13.4.11

TUDUNG KESELAMATAN

Peristiwa 1
Semasa mengajar sains tahun 3 yang mempunyai 7 orang murid. Saya sedang mencatat sesuatu di papan putih sambil disalin oleh murid. Telinga saya menangkap dialog di antara 2 orang murid yang betul-betul dibelakang saya berbual dengan dialek asli lebih kurang beginilah sebab saya hanya boleh mengajuk sedikit sahaja.

Murid 1: Die ngatak suruh diam. Buat kerja dulu baru boleh cakap. Bile kita siapkan, kita cakap disuruh diam. Lepas tu dicubiknye kita ek kan.
Murid 2: Ha ngendek (saya pun tak pandai ajuk)

Saya sudah tergelak-gelak (geli sungguh hati). Saya kemudian terus berpaling mematahkan kata-kata mereka.

Saya:  Awak mengumpat cikgu ke?
Murid 1: Bukan cikgu..
Saya: Habis tu hik ngatak sapa?
Murid 2: Cikgu N****. Dia ngatak boleh cakap kalau kerja siap. Bila kerja siap, dia marah.
Murid 1: Ye cikgu. Dia suke cubit orang. Sakit die cubit kecik.

* Hati saya terdetik. Budak-budak ini mesti boleh mengata saya juga. Tak berapa lama kemudian memang budak bertuah 2 orang ini mengata saya.


Peristiwa 2
Masih lagi semasa mengajar sains tetapi dihari yang berlainan. Sedang saya sibuk-sibuk sebab murid baru masuk. 2 orang murid yang sama lagi.

Murid 1: Cikgu W**** ngatak tudung cikgu besar. (tudung saya memang ala-ala kelambu ;)
Murid 2: Bukan cikgu. S***** yang ngatak.
Saya: Aissshhhh tudung ni bukan tudung sebarangan awak tahu.(sambil mencari idea alasan yang munasabah untuk tahap mereka)
Murid 2: Kenapa cikgu tak pakai tudung kecik macam cikgu-cikgu yang lain? (soalan cepu emas ni selalu saya dapat daripada murid)
Murid 1: Ha..Kenapa cikgu tak pakai macam cikgu (menyatakan beberapa nama cikgu mereka)
Saya: Hey cuba awak bayangkan awak sekelas pergi camping di dalam sebuah hutan. Ada sebatang pokok yang ada sarang tebuan. Tiba-tiba sarang tebuan itu dijolok. Apa yang awak buat?

Murid terlopong seketika mendengar cerita rekaan saya hasil inspirasi teringat tulisan Ustazah Fatimah Syarha dalam majalah Solusi isu keberapa saya kurang pasti. Isu mengenai tudung labuh.

Murid 1: Kok(saya/aku) larik cikgu.
Saya: Itu sekiranya ada sungai. Kalau beadak? (tiada) Mesti awak dah lebam-lebam kan?

Murid-murid tersenyum.

Saya: Dengan tudung cikgu yang besar ni, cikgu terus buat macam ni (sambil menyauk kepala murid saya yang terdekat diletakkan di bawah tudung saya).

Murid-murid terkejut dan ketawa suka seketika sebelum saya menyambung cerita semula.

Saya: Macam W**** dia hanya tudung kecil (seorang sahaja pelajar Islam) yang boleh melindungi dia seorang. Tudung cikgu yang besar ni mampu memuatkan bukan sahaja S***** malah W****. Tengok ni yang takde tudung kepale, mesti dah bengkak disengat tebuan. Jika suatu hari awak main-main kat padang, ada tebuan kejar, awak cepat-cepatlah lari masuk bawah tudung cikgu. Awak nak selamat tak?
Murid-murid: Nakkkk...
Saya: Jadi tudung cikgu ni bukan tudung sebarangan. Ini TUDUNG KESELAMATAN! Tudung apa?
Murid-murid: TUDUNG KESELAMATAN!
Saya: Pandai!


Setiap kali saya memandang satu persatu wajah anak-anak didik saya, ada satu perasan halus yang sukar saya gambarkan. Kasihan saya melihatkan mereka hanya kerana mereka bukan beragama Islam. Semua orang Islam tahu, sekiranya kita mati bukan berada di dalam agama Islam, nerakalah habuannya. Pasti!

Hati seorang pendidik khalifah...
Anak-anak kecil yang suci bersih fitrahnya,
Sekiranya kamu tahu tudung ini adalah tudung kasih sayang Allah buat cikgu
Tudung ini membuatkan cikgu izzah (bangga) dilahirkan Islam
Nikmat iman dan islam milik Allah yang cikgu pohon sehingga kehujung nyawa
Hanya mampu mendoakanmu diberikan taufik dan hidayah agar sejahtera aqidah
Kerana hanya aqidah mengaku hanya Allah Tuhan yang Esa
Hanya Islam tiada agama lain yang layak untuk ke syurga Allah.

Anak-anak kecil yang tidak berdosa,
Kematian itu datang tidak kenal tua ataupun muda
Andai Allah menjemputmu sekarang pastinya syurga itu milikmu walau bukan Islam agamamu
Kerana kamu masih tiada catatan amal sehingga kamu bisa membezakan baik atau tidak
Sedangkan cikgu sekiranya kematian itu datang
Apakah jawapan cikgu atas tanggungjawab yang diamanahkan Allah?

Ya Allah! Sesungguhnya tugas manusia itu berat!
Tidak hairan Abu Bakar ra mahu menjadi uban dirambut orang yang beriman
Kerana amanah ini Rasulullah SAW diutuskan menjadi qudwah (teladan) ulung
Sebagai contoh manusia sehingga akhir zaman
Dan cikgu sedang berdoa+berusaha+tawakkal...

4 comments:

puan nina said...

ni bahasa/loghat mane eh?tak pernah dengar..haha..tak paham pung kalau ummumuhammad tak translate

ummu muhammad said...

ni longat org aslilah nina..kok pun bek pandai nk ngajuk hihi..meh tergkan sket:

Peristiwa 1:
Ade budak 2orang betul2 belakang kite y tengah conteng whiteboard. dieorg ngate sorang cikgu die. cikgu die ckpa jgn bising, nk bising kene siapkan keje dulu.diorng tak puas hati sebab diorng dh buat keje cepat2 pahtu bile bercakap cikgu tu marah pulak.dahlah marah suke pulak cubit org.sakit pulak tu sebab cubit kecik.hihi..

kesimpulannye..mesti dieorg boleh ngate kite jugak..

peristiwe 2:
tengah budak2 sibuk masuk sebab mase pertame, salah sorg murid tadi cakap tudung kite besar..pahtu ceritelah tudung besar ni boleh selamatkn die dr sengatan tebuan..begitulah kisahnya..

kesimpulannye, mereka udah paham kenape tudung kite dipanggil 'tudung keselamatan' ;)

puan nina said...

ooo..orang asli..ngajar diorang sekarang ke?

ummu muhammad said...

a'ah..peeristiwe ini berlaku seminggu due yg lepas.. ;)