23.4.11

PANAH BERACUN!

Kebiasaannya kami (suami, Muhammad dan saya) akan keluar ke tempat bertugas bersama. Perjalanan adalah satu arah. Muhammad akan berhenti dahulu di rumah Cik Hawanya. Kemudian, suami dan terakhir adalah saya. Tempat bertugas saya yang paling jauh. Jadi, pagi-pagi adalah masa kami untuk berbual bersama-sama selepas tamat kuliah tafsir Ustaz Zahazan dan menghabiskan bacaan ma'thurat masing-masing semasa dalam perjalanan. Saya teringat suami membawakan kisah 'panah beracun' iaitu kuliah yang baru didengarnya malam semalamnya.

Panahan Beracun
“Rasulullah bersabda dengan membawakan firman Allah dalam hadits Qudsi: “Pandangan mata adalah panah beracun dari antara panah-panah Iblis. Barangsiapa meninggalkannya karena takut kepada-Ku maka Aku ganti dengan keimanan yang dirasakan manis dalam hatinya.” [HR. Al Hakim]

Suami: Tahukan firman Allah dan hadits Rasulullah SAW berkenaan 'panah beracun'? Sebenarnya ditujukan kepada golongan yang membawa imej Islam supaya berhati-hati dengan mata.
Saya: Kenapa dengan mereka?
Suami: Ustaz tu kata, jangan ingat kamu berpakaian elok, nampak elok semuanya (islamik), Allah tak nampak apa yang kamu tengok. Kamu memang takkan terang-terangan tapi ekor mata kamu itulah panahan beracun yang dimaksudkan Rasulullah SAW.

Closed Circuit Television
Saya mendengar sambil fikiran saya menerawang mengimbas kenangan di zaman kolej dahulu. Seringkali junior (saya batch pertama degree fresh SPM) atau adik-adik usrah yang mengadu tentang seorang pelajar lelaki yang mereka gelar 'Closed Circuit Television' yang begitu jelas matanya melihat-lihat ke arah pelajar-pelajar perempuan tidak kira dimana sekalipun, pasti matanya begitu suka melihat perempuan. Jadi, gelaran 'Closed Circuit Televison' itu terlahir apabila ketinggiannya yang lebih sedikit dari pelajar yang ketinggiannya biasa-biasa, tampak begitu ketara apabila dia melihat + merenung ke kiri dan kanannya terutama ketika berhimpun.

Untuk Orang Beriman
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nur 24: 30]


Tambah suami lagi, ustaz yang memberi kuliah tersebut berkata, jelas ayat ini ditujukan kepada lelaki beriman. Maksudnya lelaki yang telah sedia baik sememangnya juga tidak akan terlepas dengan 'panah beracun'. Pernah saya mendengar ceramah seorang ustaz terkenal dari pantai timur mengatakan, "jangan percaya semua lelaki atas dunia ini kecuali saya," katanya secara berseloroh. Disini menunjukkan sebaik mana sekalipun seorang lelaki, wanita perlulah lebih berhati-hati. Tazkirah ringkas suami yang lebih kepada peringatan secara halus kepada saya supaya sekadarnya sahaja berurusan dengan manusia yang bernama lelaki insyaAllah!

No comments: