11.4.11

4S?

Malam semalam sebelum saya tidur disamping menidurkan Muhammad, saya sempat belek-belek majalah Solusi isu 30. Mata saya tertangkap tajuk menarik 'Umpama Syaitan yang Menipu' ruangan kiasan oleh Ustaz Shauqi Othman. Kata-kata beliau saya ringkaskan:

Golongan munafik dan yahudi sama sahaja seperti syaitan yang berusaha mempengaruhi kehidupan manusia terutamanya umat Islam untuk melakukan keingkaran kepada Allah. Taktik 4S laknatullah ini sedikit sebanyak telah menghasilkan kejayaan. Apakah dia 4S?

1. SEX
- sedikit sebanyak umat Islam dilalaikan keseronokkan seks melalui kaca TV dan pawagam
- pergaulan bebas antara lelaki dan wanita dihalalkan atas nama kemodenan dan 'berfikiran terbuka'
- akibatnya lahirlah perlakuan sumbang seperti perzinaan makin bertambah hari ke hari

2. SONG
- pelbagai program hiburan dan muzik ditampilkan dan bentuk menyeronokkan dan 'lazat'
- budaya hedonisme disuburkan dengan begitu meluas
- akibatnya keruntuhan akhlak berlaku begitu berleluasa
- umat islam hilang jati diri dan hala tuju dalam kehidupan, tenggelam dalam suasana hiburan yang disediakan musuh Islam
- apabila budaya hedonisme ini semakin mekar, maka ia sinonim dengan kewujudan dan kesuburan arak, dadah dan pelacuran
- islam tidak mengetepikan hiburan tetapi ambillah tahu hiburan yang sebagaimana yang islam suruh

3. SPORT
- dalam aspek sukan, musuh-musuh islam telah berjaya menjauhkan umat islam daripada agamanya dengan menampilkan aksi dan pakaian sukan yang kebanyakkanya tidak menutup aurat
- bukan itu sahaja, malahan elemen perjudian juga dimasukkan dalam acara sukan secara berleluasa
- islam bukanlah agama yang jumud, riadah dan bersukan juga digalakkan tetapi ikutlah garis panduan syarak

4. SMOKE
- sebagaimana yang dimaklumi, pengeluar rokok terbesar adalah berkait rapat dengan yahudi
- yahudi sendiri melarang rokok memasuki premis kediaman mereka kerana merokok adalah sesuatu yang dilarang di negara Israel (pencuri tanah)
* selain itu, kajian mendapat terdapat gelatin babi di dalam rokok (fakta yang pernah saya jumpa mengikut kajian terkini)

Tidak hairanlah apabila produk barat terus mandapat tempat dalam kalangan masyarakat islam. Sebagai contoh apabila diberi pilihan 'Coca cola, Mecca Cola, Zam zam cola atau Radix Cola' maka sudah tentu dengan penuh bangga Coca cola yang dipilih. Inilah mentaliti segelintir masyarakat kita yang tidak dapat membezakan di antara kaca dan permata. Mereka sebaliknya terus rela dijajah pemikiran sehingga memandang apa-apa sahaja yang datang dari barat itu merupakan sesuatu yang baik dan hebat.

Moga jati diri masyarakat kita kukuh dengan penghayatan terhadap ajaran islam dan menjauhkan diri daripada tertipu dan terpedaya agenda daripada musuh-musuh islam.

5 comments:

Abah Yie & Ummi Na said...

Na'uzubillah..

Ya Allah, selamatkanlah kami dari tipu daya Syaitan....

AishaAminudin said...

assalam

sha sokong artikel ni, kalau tak silap..4 perkara ni ada dlm protokol kaum yahudi utk menjatuhkan org islam..

@LeenShamsh said...

ummi na & sha: mudah2an seluruh org islam Allah kurniakan kesedaran supaya lebih berhati-hati..insyaAllah :)

Ibu Yusuf Maryam said...

Assalamualaikum..

Apa khabar ummu Muhammad?
Termenung seketika, memuhasabah diri yg kadang2 alpa.. Terima kasih atas pekongsian artikel ini..

@LeenShamsh said...

wkmsllm k.zefa :) same2 ingat mengingati..kasih sayg fillah! ;)