20.4.11

HADIAH UNTUK CIKGU

Semalam Muhammad dapat hadiah. Hari ini saya pula yang dapat hadiah. InsyaAllah Chemistry antara ibu dan Muhammad ;). Semasa waktu rehat dan saya sedang berjihad menyahut seruan Allah membuat stok EBM untuk Muhammad di bilik rakan setugas, Mokna, tiba-tiba pintu bilik Mokna diketuk dan dikuak.

"Cikgu W**** bagi cikgu hadiah," kata kawan sekelas si pemberi hadiah. Saya pun tercengang-cenganglah campur segan dengan Mokna. Hadiah apakah ini? Hari lahir lama lagi. Hari guru pun belum lagi.

"Siapa bagi? Salah cikgu ke awak ni?" kata saya.
"Betul cikgu W**** bagi".
"Kenapa W**** bagi?" tanya saya lagi.
"Dia kata cikgu _____ dgn ______" (nanti masuk bakul angkat sendiri pula ;)

 
Alhamdulillah, insyaAllah anak didik saya sudah merasa apa perasaan saya kepadanya. Hadiah sebuah cawan inilah (siap tanda harga ;) bukti penerimaannya walaupun saya bukanlah kategori pendidik yang sabar. Sesekali suara saya kuat juga dan pembaris kayu selengan mesti ada yang hinggap di mana-mana. Bukan pukulan mencederakan tapi sekadar menyapa lengan mereka ;)

Bila saya fikir-fikirkan mungkin disebabkan saya ada mengajarnya iqra' tempoh hari. Mungkin ini sign daripada ibu dan ayahnya supaya terus mendidik anak-anaknya untuk beragama. Saya tidak menyalahkan mereka. Memang begitulah doktrin Yahudi laknatullah.

Tahun ini saya ada target dan azam untuk pelajar islam di sekolah. Tahun lepas adalah tahun pertama saya dan lebih kepada tahun memahami seisi sekolah. InsyaAllah saya faham dengan baik. Tahun ini alhamdulillah Allah mudahkan saya dengan meletakkan saya di sebuah bilik khas untuk memudah cara mendidik anak-anak seislam saya. Saya sangat sedih dengan realiti islam disini dan sesungguhnya tanggungjawab beraqidah bukan sahaja terletak di bahu ustaz/ustazah malah saya sebagai guru islam walaupun mengajar sains matematik yang insyaAllah faham asal usul kejadian saya perlulah lebih giat untuk meng'islam'kan mereka insyaAllah!

Target dan azam saya sebagai pengganti ibunya disekolah pada tahun ini adalah untuk mengkhatamkan iqra' untuk kedua beradik ini serta seorang sepupunya di tahun 6. Selain itu, saya mohon Allah memberikan saya kekuatan untuk mengajarkan mereka cara dan bacaan dalam solat kerana fitrah mereka bersih insyaAllah lebih mudah dan mereka merupakan murid tercerdik di dalam tahun masing-masing.

Itu sahaja target saya. Target saya BUKAN A! Apa guna segulung ijazah andai mak ayahnya meninggalkan dunia tetapi tiada satu amalan pun yang sampai daripada anak-anaknya. Tidak dapat saya bayangkan, jenazah ibu dan ayahnya hanya ditemani suara kaset alunan al-Quran kerana mereka TIDAK MAMPU MENGAJI! Semoga Allah memudahkan urusan cikgu wahai anak-anak didikku!

3 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam, BSB tengah fikir nie nak kasi apa kali nie...

d'la Fadelia said...

tahniah, ummu muhammad telah berjaya mentarbiahkan mereka-mereka yang memerlukan...chayok...

@LeenShamsh said...

kak BSb ni cayalah! betul2 menghargai jasa guru2 anak2 akak nih..semoge budak2 tu dapat cikgu2 yg baik2 dlm mendidik ank2 akak!

cheD belum berjaye..tengah usaha! kasihan sgt kak ;(