6.4.11

REVIEW: MEDELA FREESTYLE

InsyaAllah entry khas untuk kawan-kawan yang bertanya. Setakat hari ini saya amat berpuas hati dan alhamdulillah ternyata pelaburan saya insyaAllah berbaloi! Selepas sahaja puting susu kegemaran Muhammad koyak dan Muhammad tidak boleh terima puting barunya, pada mulanya saya mula berputus asa. Satu-satunya jalan yang saya terfikir pada masa itu adalah mengajarnya minum menggunakan cawan dan stok susu juga dalam keadaan kritikal. Alhamdulillah Allah gerakkan saya untuk membeli Medela Freestyle walaupun sebenarnya kewangan ketika itu tidak begitu mengizinkan. Susu berupaya keluar hampir 2 kali ganda dalam tempoh sehari. Sedikit jadual susu dipam setiap hari.

4.40 pagi

Pola tidur Muhammad kini sama dengan pola tidur saya iaitu seawal 930-1000 . Kebiasaan suami yang akan bangun awal untuk membuat segala persediaan kerja, saya lewat sedikit dalam 430 pagi. Susu diatas dipam kurang dari 10 minit. Susu tadi dibahagi dua sama rata. Kebiasaannya akan ada susu yang lebih banyak terhasil daripada salah satu. Susu di atas dalam kategori banyak sebab Muhammad tidak bangun untuk menyususu .

Inilah rupanya beg yang siap dinamakan dan dilabel tarikh dan kuantitinya. Sukatan botol susu Medela ini lebih dari sukatan botol susu di Malaysia. Muhammad memerlukan 3 bag sahaja yang berisi lebih kurang 5 oz setiap satu dari saya pergi kerja jam 7 pagi sehingga 2 petang secara puratanya.

Selalunya Muhammad akan bangun sekali untuk meminta susu dan pada paginya, saya hanya guna single pumping dan boleh stok sebanyak 150 ml atau 5 oz US.

10.00 pagi (ikut keperluan tangki dan masa free)
Ini pula semasa di tempat bertugas.

Muhammad lahir pada 15 Ramadhan. Jadi hutang puasa Ramadhan saya pada Allah adalah sebanyak 16 hari. Semasa Muhammad hampir kepada usia 6 bulan, saya cuba berpuasa. Pada mulanya saya takut untuk mengqada' awal kerana khuatirkan air susu kering. Rupanya banyak mitos sahaja. Alhamdulillah saya puasa selama 4 minggu. Seminggu saya mengganti sebanyak 4 hari. Bermula Isnin sehingga Khamis. Saya bersahur dengan secawan susu kambing, secawan kopi dan 2-3 keping roti kosong. Alhamdulillah hasilnya juga sama sahaja seperti hari tidak berpuasa. Kadangkala saya rasa lebih lagi ketika berpuasa. Susu diatas dipam ketika berpuasa.

Setelah selesai diperah, susu akan disimpan di cooler bag. Berwarna biru itu adalah ais yang menjadi fridge sementara kita. Boleh bertahan selama insyaAllah 12 jam. Cooler ini set bersama Medela Freestyle. Saya lebih suka isi di dalam plastik terus kerana apabila balik dan tiba di rumah, saya akan letak di fridge dan botol boleh dicuci kemudian. Selalunya saya akan bilas segala peralatan sebaik sahaja digunakan.

Ini adalah sabun pencuci botol yang saya gunakan. Murah sedikit berbanding brand yang lain. Selalunya ianya tahan selama 3 bulan. Saya perlu pencuci ini kerana ianya membantu membersihkan botol dengan lebih berkesan selain mencuci bersih sayur-sayuran dan buah-buahan. Pencuci yang serbaguna.

Ini adalah stok lebih kurang seminggu menggunakan pam Medala Freestyle. Alhamdulillah luar biasa banyaknya! ;) 

petang-malam:
Saya sengaja tidak pam dan memenuhkan tangki supaya Muhammad boleh menyusu kenyang walau tidak diajar makan secara berjadual. Alhamdulillah setakat hari ini Muhammad sangat nyenyak tidur. Pola tidur malamnya bermula 930 malam sebaik selepas isyak sehinggalah linkungan 5-6 pagi. Lewat sedikit dari kebiasaan pola bangun pagi saya.

Ini antara pro Medela Freestyle pada pendapat saya. Jika ditanya tentang kontranya, bunyi mesin pam bukan dalam kategori perlahan sangat. Yang lain-lain insyaAllah saya sangat berpuas hati ;)

p/s: Pam ini saya beli disini.

6 comments:

mummyrinazone beauty said...

assalammualaikum nak tanya..tempat yang awak beli madela FS tuh mmg selamat sampaiker barangnya?terasa ingin sgt nak beli..adakah sekarang 2011 harga mastih rm1300?sebb saya survey harga tulah yang paling murah=)

berapa lama awak dapat dr tarikh pembayaran?

@LeenShamsh said...

salam ukhuwwah fillah hezrina! ;)

kite pun beli baru sangat tahun ni 2011..alhamdulillah sempat sampai tak sampai seminggu..dlm 4,5 hari tak silap sebab die gune pos berdaftar..awak email terus die takpe tanye..boleh tany2 harge ke ape2..die reply jarg2 sket sebab waktu tak same dgn kite ;)

lepas tu kene pegi kat wastern union agencies pos duet.. ;)

ha'ah memang harge die termurah..pahtu spare part boleh beli kat ajusa hihi..

insyaAllah kite sgt berpuas hati dan tak penat..tak payah pakai handsfree pun takpe sebab insyaAllah pump 5-10 minit je ;)

mummyrinazone beauty said...

ooo mcm tuh ker?adakan kat web dia tulis emailnya..?bukan apa nurul tak pernah terlibat beli brg dr luar terus

@LeenShamsh said...

ha nurul ade email die kat situ..email je..insyaAllah jujur dan telus orgnye..tak rugi beli..sgt enjoy utk pump ;)

Anonymous said...

Salam,
seblm ni pakai pump apa?

@LeenShamsh said...

cik anon boleh tgk sini insyaAllah! http://attuffahumairah.blogspot.com/2011/05/lecehkah.html