Muhammad baru berusia 7 bulan lebih dan terasa belum layak untuk berkongsi tip menggalakkannya membaca. InsyaAllah Bayt Al-Iman mahu sama-sama meriahkan giveaway ini, insyaAllah!
Melalui pengamatan saya sebagai ibu Muhammad, insyaAllah Muhammad mempunyai minat untuk membaca. Sedikit kronologi saya mula membaca bersamanya:
1. Semasa di dalam kandungan, kami sudah beberapa kali qatam al-Quran selain membaca bahan-bahan ilmiah lain.
2. Saya mula membacakannya sirah Rasulullah SAW dan para sahabat ketika usianya dalam hari sebagai teman tidurnya sehingga kini.
3. Selain itu saya membelikannya pelbagai bahan bacaan yang bewarna untuk merangsang minatnya kepada buku.
3. Mula mengaji iqra' ketika usianya 6 bulan dengan mengambil jarinya tunjuk ke huruf bertanda di dalam Iqra'.
4. Kini sedang berusaha menggunakan alat bantuan mengajar seperti Al-Furqan dan kad imbas Al-Barqy sebagai persediaan awal ke arah hafiz kecil. (main kejar-kejar kerana Muhammad hanya dapat memberi tumpuan untuk beberapa ketika sebelum menyambung semula aktivitinya ;)
5. Menjadi rutin harian kami suami isteri MESTI membaca 2 helaian kalamullah setiap kali selepas solat Subuh paling kurang dalam sehari. Muhammad mengaji bersama kami sekiranya terjaga awal dari tidurnya. Muhammad menunjukkan minat seperti khusyuk ketika kami membaca Al-Quran. Ini salah satu cara kami menarik minatnya kepada Al-Quran.
InsyaAllah dengan keberkatan pengasuh Muhammad menjaganya ketika saya dan suami keluar bekerja mencari redho Allah, perkataan 'ma ma' dan 'ba ba' sudah keluar dari mulutnya sama seperti helaian pertama di dalam buku 'Al-Furqan' jilid 1.
InsyaAllah fokus saya dan suami ketika ini hanyalah pada Al-Quran. Mudah-mudahan Allah terangkan hatinya untuk menjadi hafiz kecil seperi Muhammad Bin Idris (Imam Syafi'e) untuk memartabatkan golongan huffaz yang AMAL di persada dunia. Doakan kami!
Bayt Al-Iman memerihkan lagi giveaway tajaan sitisifir10 ;)
4 comments:
alhamdulillah...
tips menarik ni...ada yg ummi amalkan juga :)
ummi na jom semangat2 lahirkan golongan huffaz dunia akhir zaman!
semoga ada rezeki menang =)
baguslah tips ni..boleh amalkan dengan Danial insyaAllah
jom nina join sekali!
Post a Comment