16.7.14

6 PEMENANG KIMARA 1435 GA

Alhamdulillah cepatnya 18 Ramadhan 1435. Alhamdulillah Allah mengurniakan kesempatan berada dalam Ramadhan untuk sama-sama mengislahkan diri untuk menjadi hamba dam khalifah Allah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sedikit sejarah pada tarikh semalam 17 Ramadhan. 17 Ramadhan 2H berlakunya peperangan Badar Al-Kubro dan 17 Ramadhan 40H, wafatnya Saidina Ali r.a. Sungguh Ramadhan adalah bulan yang begitu mulia. Dalam bulan ini juga berlakunya pembebasan Andalusia, penyerahan Kota Thaif dan bulan turunnya Al-Quran.

Allahu! Muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.


Alhamdulillah bertepatan malam 18 Ramadhan 1435, kibarul mashayikh kami telah cabut 6 nama sebagai pemenang KIMARA 1435 GA untuk meraikan makcik-makcik sebagai hadiah hari ulangtahun mereka berdua. Kita ubah tradisi. Hari lahir tidak perlu menerima hadiah tetapi memberi lebih banyak asbab hari lahir adalah tanda hari untuk pulang kepada Allah semakin dekat. Tidak dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat.

Tanpa membuang masa, diumumkan nombor-nombor yang telah Allah izinkan untuk menjadi 6 pemenang KIMARA 1435 GA. Mereka adalah:

Allah telah mengizinkan tangan Shaikh Muhammad memilih nombor:
10. DiDie
11. JDT Fiza
17. KakRaudhahMerzuki
18. Fizah (yuzai_angah)

Takdir Allah juga, mendorong tangan Shaikh Abdullah memilih:
4. SitiFatimah
16. Istiqamah

DVD 30 juzuk Al-Quran x 1 pemenang
Telekong Masturah Dewasa x 2 pemenang
Telekong Kanak-kanak Zahirah 0-2 tahun x 2 pemenang
MACoo istimewa walnut x 1 pemenang

Anda berenam boleh membuat pilihan hadiah dengan syarat, siapa cepat dia dapat ;D. Segera tuliskan hadiah yang berkenan di hati di ruangan komen ini sahaja. Selepas itu, email atau lebih mudah Whatup/SMS saya nama, alamat dan no telefon anda sesegera yang mungkin. InshaAllah, sekiranya semua pemenang telah membuat pilihan, kami mahu poslajukan semua hadiah pada petang ini. Biiznillah.

Saya manusia banyak kekurangan dan kelemahan serta jahil. Mohon ampunkan dan doakan saya untuk menjadi hamba dan khalifah kepada Allah yang lebih taat, sentiasa menjaga Allah supaya Allah sentiasa menjaga saya. Doakan, jika kita tidak mampu bertemu di dunia, Allah temukan dan kumpulkan kita semua di syurga tertinggiNya tanpa perlu bersusah payah inshaAllah. Mohon doa kalian berpanjangan.

9 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Tahniah pada yg berjaya. Semoga UM sekeluarga terus dilimpahi rezeki dan kesihatan yg baik. Amiin..

Anonymous said...

Alhamdulillah.... Terima kasih muhammad

Saya nak telekung utk dewasa ya....

AUNTY FIZA JDT

IntaNBerliaN said...

Tahniah utk semua pemenang. moga muhammad n abdullah dimurahkan rezeki n dpnjangkan usia

Anonymous said...

nak cake sedap.

hahah ooo nama takde senarai eh kenalah pilih hadiah yg takde lam senarai gak haha..

Alhamdulillah semoga diberkati usia dan rezeki shaikh muhammad dan abdullah, dan kita semua serta tetap kita semua di atas jalanNya..AMeenn..

ummu amir

Fizah said...

alhamdulillah!!!!

kak...sy nak DVD syaikh mishary al afasy......:))))))

tq kak...sanah helwah muhammad!! tabarakallah!!

istiqamah said...

alhamdulillah..terima kasih ummu muhammad..saya nak telekung masturah dewasa

didieadila said...

dah boleh komen! nak telekung dewasa k.lin :) kalau dah ada orang chop mana2 pon xpe :)

Jazakallah :)

didieadila said...

ala dah boleh komen lambat pulak hihi..dd pilih macoo k k.lin :)

didieadila said...

ala dah boleh komen lambat pulak hihi..dd pilih macoo k k.lin :)