21.5.13

TELEFON PINTAR (1)

Bagai ada kimia dengan ustazah Aishah yang berkongsi kisah teknologi 'smart phone' yang mana Allah izinkan Al-Quran bersama kita di merata tempat. Saya bersetuju dengan pendapat beliau dan 'kimia' yang saya maksudkan tadi ialah, saya juga mahu tuliskan sesuatu tentang kecanggihan teknologi yang subhanallah!

Beli 'tangan kedua' dengan pak Andak Muhammad dengan harga tidak sampai 1k dan masih baki bawa ke depan :D. Tunggu kakak kaya ya adikku sayang haha! [sumber]

Saya mengambil masa untuk memahami perisian yang ada dalam iphone4 ini. Pengalaman paling tidak boleh dilupai apabila saya tidak sempat khatam belajar dengan adik di mana letaknya butang silent. Jadi, bawalah semakpon ini ke dalam kelas/kursus bahasa inggeris yang diajar oleh orang putih. Hari tersebut, ketua guru orang putih saya hadir dan sedang bercakap dalam kumpulan kami. Tiba-tiba telefon saya menjerit. Gelabah saya tekan apa-apa yang patut. Kali pertama berjaya mematikan panggilan.

Kali kedua berbunyi lagi. Kali ini saya perlahankan suara sehingga tiada bar namun berbunyi lagi. Mati akal dibuatnya terus saya dudukkan telefon tersebut. Wakakahhh! Emak dan adik-beradik ketawa bagai mahu pecah perut dibuatnya :D. Bertuah punya telefon!

Bukan itu sahaja, sebulan pertama menggunakan telefon ini, bil telefon saya sekali ganda naik daripada biasa. Biasa topap RM30 sebulan. Kali ini tidak cukup asbab butang 3G di'on' dan memang cepat habis. Ditambah lagi tuan lama telefon, adik bekerja jauh. Jarang-jarang jumpa di hujung minggu. Ada rasa menyesal pada mulanya menggunakan telefon canggih ini kerana banyak merugikan dan memalukan :P.

Tidak kenal maka tidak cinta ;). Setelah kesusahan dan terkial-kial belajar (walaupun belum menguasai sepenuhnya aplikasi dalam telefon), Allah izin saya menggunakan telefon canggih ini dengan nikmatnya ;). Salah satunya ialah aplikasi Al-Quran. Aplikasi pertama yang saya download selain waktu solat, kiblat. Allah canggihnya!

Kemuncak nikmat hikmah disebalik kecanggihan telefon pintar ini adalah, saya boleh mengaji sambil menyusukan Abdullah. Kebiasaannya, selepas maghrib malam Jumaat, saya akan menghabiskan bacaan surah Al-Kahfi sambil menanti isya'. Kadang-kadang kami baca serentak selepas ayahanda Muhammad dan Muhammad balik solat berjemaah maghrib. Kadang-kadang saya akan mula dahulu kerana Abdullah sudah mengajak saya berperang! :)

Paling seronok disebalik kekalutan Abdullah menangis kerana mahu menyusu, maklum juga Abdullah hanya menyusu tidak makan, makanya Abdullah akan kerap menyusu untuk tampung jadual makannya. Allah izinkan surah Al-Kahfi dibaca seiring dengan mengalirnya air susu ibu ke dalam badannya. Mudah-mudahan akan tumbuh daging-daging yang berkat untuk membentuk sosok pemuda yang hebat dan hensem diredhoi Allah dan Ar-Rasul!

Selain itu juga, rutin di tempat bertugas iaitu bacaan Yasin pada pagi Jumaat juga lebih mudah. Memang  seronok juga mahu menghafal. Tambah lagi, ada aplikasi mengaji, belajar iqra', ABC, nombor, doa dan sebagainya tetapi saya hanya memuat turun Al-Quran dan iqra' kerana matlamat dan inferens awal saya ialah kesan anak-anak yang diperkenalkan Al-Quran mendahului bidang lain.

Walau bagaimanapun, teknologi ini bukan sahaja digilai remaja, dewasa malah sangat diminati anak-anak. Ada kerisauan memuncak juga dalam hati saya walaupun Muhammad hanya menonton apa-apa video dan aplikasi sedia ada. Sebelum saya sudahkan siri 1 ini, balik kepada tajuk utama, adakah teknologi dan sains membawa ummat islam ke hadapan?

13 comments:

Amri dan Aishah said...

ya. download aplikasi yg baik byk membantu. di mana2 shj ada al-quran.. yg ada auudio al-quran pun ada2.

Ruse Sulaiman said...

Betul kata Noen.

@LeenShamsh said...

noen: banyak kebaikkan rupenye..mcm nak cari yg sedang, sederhane sedang dgn besa sket heheh

ustazah aisha: ye banyk sgt cume tak reti lagi nk doulowd melalui youtube shikh2 tu mengaji sebab taknak die pandai cari kt youtube..ade care? ;)

Ui: setuju dgn UI ;)

FADLUL & FIFAH said...

wah ip4!!

Marlina Mohtar said...

akak memang banyak install Al-Quran, Iqra'....auni suka =)

Amri dan Aishah said...

cuba search aplikasi yg boleh main audio quran tanpa guna line internet. dulu saya ada download..

BishaFaizal said...

Sebab itu mulai januari 2013 umi menyimpan untuk membeli telefon pintar
baru je beli 18 MEI 2013
http://zikrimustaqimzihnimursyid.blogspot.com/2013/01/kecanggihan-teknologi.html

kayzie said...

seronok kan?sesuai dgn kita yg kalut dgn anak2 ni..org pun sll mengepam smbil mengaji..cuma yg terkilan tak sedar camne faris leh terjebak dgn game..mcm2 game dia mnt donlod di phone, walhal pada asalnye hnya bg dia tgk or belajar je dr phone ni..huhu

@LeenShamsh said...

Fifah: ip5 mashaAllah lagi laju..pk andk gune yg tu ibu muhammad merase yg 4 ;) trpikat da gajet cap apple :P

Ustazahaisha:ade da download yg pelbagai shaikh tukan tapi nk cari yg video ade gerak2 mcm vcd..

Anna:ye kan hehe ade byk mnfaat sbb mmg ade kajian pad gini lebih brkeaan dr blaja dgn guru cumenye makin besa mnfaat makin mencabar jugak mudarat..mmg byk doaAllah pelihare ank2 kite

KayZie; hehe adat budk mmg advance dr mak die..cube uninstall kayzie game tu n buang button youtube ke apa2 yg brkaitan dgn game tu

myamyza said...

bagus juga smartfon ni sebenarnya.. bamlom pon lebih mengenal huruf2 tumi dan jawi mealaluinya,, kadang2 dia lagi laju sebaut dr smartfon tu.. tapi sekarang lebih kepada main game.. mommy upload juga game yang membina mindanya.. semoga bermanfaat..

Oleakimili said...

Aleen, sampai dudukkan hp?hihi.memang kelakar..

@LeenShamsh said...

myza: betul tu setuju dgn myza tapi skrg ayahanda muhammad da block semakpon kat muhammad sebb adik je dgr mengaji dalam taman taqwa..nantlah cite episod akhir semakpon heheh

nisak: hahahah..mmg kene gelakkan je dgn apik, mak n makngah muhammad berjemaah haha..tpi mmh dudukan sak sebb tak tau button silent hapelahh

Unknown said...

bestnye um pakai iphone :) hehe..jom kita berwhatsapp :)