27.2.11

PAM SUSU

Khas ditujukan buat ibu-ibu yang terbaca entry ini:

Pam susu Muhammad telah menunjukka garis-garis penuaan
Dengan hanya bermodalkan kurang lebih RM20
Pam susu jenama Pureen telah berkhidmat sejak Muhammad dilahirkan
Dan sekarang perlulah diganti kerana keuzurannya
Apa pendapat ibu-ibu di luar sana tentang pam-pam susu di bawah?

Harga termurah disurvey Medela swing = RM 540 termasuk pos
Harga termurah setakat ini dalam RM 170 termasuk pos
Yang ini memang idaman kalbu! Tetapi apakan daya perlu ukur baju di badan sendiri.
p/s:
~ hajat dihati medela swing sebab dalam lingkungan budget yang ada sekarang dan kelenguhan tangan guna pam manual yang lama
~ ada ibu-ibu yang telah menggunakan event manual ke? komen anda amatlah membantu untuk mengurangkan perbelanjaan untuk medela swing ;)
~ ada suggestion kedai-kedai yang boleh dapat dengan harga yang lebih rendah?

26.2.11

ISU MURTAD


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam. 

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. 

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri. 

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut. 
1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan? 

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. 

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. 

Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. 

Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian." 

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. 

Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan. 

Butir asal permohonan....... Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan.. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 
1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. 

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam." Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik". 

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya.. 

Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk. 

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'. 

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin. Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke rumah dalam keadaan Hindu. 

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak.. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu. 

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga. 

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu. 

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan. 

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. 

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata nehe! Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. 

Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya. 

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari. 

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof. 

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan.. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah. 

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. 

Sambil menangis, budak tu kata "Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. 

Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar. 

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka... 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. 

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali. 

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa. 

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. 

Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara 

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya. 

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". 

Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia"

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. 

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak silap saya). 

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. 

Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. 

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam." 

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati. 1942. kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu. 

Macamana benda ni boleh terjadi? 

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. 

Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. 

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih? 

Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. 

Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu. 

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. 

Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. 

Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. 

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya. 

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.." Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak..., Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. 

Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. 

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. 

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat. 

# kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul. 

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

kredit: email dari geng sefikrah.

p/s: na'uzubillah! beroda dan terus berdoa agar Allah memelihara iman dengan sebenar-benar iman kita dan zuriat keturunan kita hingga ke akhirnya.

23.2.11

DARAH GADDAFI HALAL!

    
Fatwa Yusuf Al Qaradawi: Darah Gaddafi Halal!

REPUBLIKA.CO.ID, KAIRO -  Ulama Muslim berpengaruh Mesir, Yusuf al-Qaradawi, telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan bahwa setiap tentara Libya yang memiliki kesempatan untuk menembak pemimpin Moammar Gaddafi harus melakukan itu 'demi membebaskan Libya dan rakyatnya dari kejahatan'.


"Saya disini memfatwakan siapapun  di dalam angkatan bersenjata Libya yang mampu dan memiliki kesempatan menembakkan peluru ke Gaddafi harus melakukannya," kata Qardawi yang sebelumnya bermukim di Qatar, kepada telivisi Al Jazeera.

Ia juga menyerukan tentara Libya "untuk tidak mematuhi perintah menyerang terhadap rakyatnya sendiri". Ia juga mendesak duta besar Libya di seluruh dunia untuk memisahkan diri dari rezim Gaddafi.
Qaradawi mendukung rakyat Libya dan menyeru mereka tetap meneruskan perlawanan dengan konsekuensi apa pun, termasuk berapa pun martir yang mungkin tumbang. Ia menekankan bahwa balasan Tuhan sudah dekat dan Tuhan akan membalas Gaddafi baik di dunia maupun di masa nanti atas ketidakadilan dengan hukuman setimpat.

Ia meminta pula rakyat Libya untuk tetap 'teguh dan sabar menghadapi ketidakadilan'. Tak luput, ia mendesak negara-negara Arab untuk memberi dukungan kepada rakyat Libya yang berada dalam tekanan. al Qaradawi juga mengajak pemuda Tunisia dan Mesir untuk mendukung gerakan rakyat di Libya.

Terkenal di seantero Timur Tengah atas beberapa kali fatwa kontroversialnya atau dekrit keagamaan, ulama berusia delapan puluh tahun itu mendadak menjadi selebriti dunia dalam dunia Arab karena tampil dalam siaran agama di Al Jazeera.

Barat menuding Qaradawi mendukung 'terorisme' karenai ia menyetujui serangan bunuh diri yang dilakukan warga Palestina. Inggris dan AS telah berulang kali menolak memberikan visa masuk ke negara kepada Qaradawi.

Yusuf Qaradawi lama tinggal dalam pelarian Qatar sebelum kembali ke Mesir begitu Hosni Mubarak mengundurkan diri. Keberadaan ulama itu dilarang pemerintah Mesir setelah pembunuhan terhadap Anwar Sadat. 


UBAT DEMAM

Penulis: Akak tak pernah hantar anak pergi cucuk (suntik) setiap bulankn? demam mcm mane nak buat tanpa makan ubat?

Soalan diatas diajukan kepada seorang sister
Yang tidak pernah suntik dan memberikan ubat kepada anaknya
Dan hanya menyusukan anaknya 2 tahun penuh tanpa diajar makan
Sedikit rumusan tentang jawapan yang sangat berinformasi
Untuk dimanfaatkan bersama hasil kajian-kajian kini.

Di sini masih mengupas tentang sunnah Nabi SAW dan bayi
Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW amat menyukai air sejuk
Air sejuk berupaya menguatkan tulang bayi dengan izinNya
Ia jugak dipercayai dapat meningkatkan sistem imum yang luar biasa
Sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan
Air sejuk/ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut
Seperti demam panas yang biasanya dihadapi oleh bayi yang berpotensi terkena sawan.

Oleh yang demikian, apabila anak anda menghidap demam
Disyorkan memandikan dengan air sejuk dengan kekerapan yang tinggi
Kemudian disusui dengan kekerapan yang tinggi juga
Marilah kita bersama-sama berazam menjauhi ubat-ubatan kini
Yang kita sendiri tidak tahu kesohehan kandungan dalamannya
Kerana memang kita perlu meragui golongan kuffar
Zionis dan konco-koncanya yang mempelopori industri ubat-ubatan
Mereka adalah golongan yang bukan sajaha dibenci manusia malah dilaknat Allah!


Pengajarannya~ Rajin-rajinlah rendam anak-anak anda di dalam air sejuk. InsyaAllah setiap suruhan Nabi Muhammad pasti+yakin terkandung ketinggian hikmah yang bukan sia-sia.

22.2.11

20.2.11

JEMARI ASMARA 2ND GIVEAWAY


Bayt Al-Iman support Jejari Asmara 2nd Giveaway!

Klik banner untuk turut serta!

19.2.11

LAPTOP KANAK-KANAK

Ada pertanyaan dan permintaan ke atas laptop milik Muhammad
Keduanya laptop biasa sahaja yang hanya audio tanpa visual
Keduanya dibeli di negeri penyu telur dan sukar ditemui di pasaran luar
Dan kami sendiri pun jarang pulang kecuali cuti-cuti dan kecemasan
Jadi agak sukar menyatakan janji walau bagaimanapun,
Kami ada juga mengintai mini laptop yang punya visual untuk Muhammad
Boleh search di mudah.com

Ini dia hasil intaian kami
Keadaan tidak mengizinkan untuk membelinya lagi
Sekiranya ada kawan-kawan yang mungkin akan dan telah beli
Sila-silalah respon kepada kami
Respon anda didahulukan dengan ucapan terima kasih ;)

SISTEM PENDIDIKAN KITA

Seperkara utama yang barat perlu buat untuk melumpuhkan umat Islam
Adalah dengan menguasai sistem pendidikan seperti hari ini
Kita telah didoktrinkan bahawa ilmu itu perlu dikelas-kelaskan
Contoh terbaik, tingkat tertinggi pendidikan ialah phD
Walhal dalam sistem kekhalifan dulu tiada unsur pengelasan
Tidak benar dakwaan Rasulullah menyuruh menuntut ilmu hingga ke negeri China
Kerana ilmu Allah ini luas dan mencakupi banyak aspek.

Mari kita tengok sistem pendidikan yang terdekat dengan kita
Ini ialah satu lagi sistem sekular yang barat buat
Pelajar lelaki dan perempuan duduk sekelas
Hatta berdua lelaki dan perempuan disuruh duduk sebelah menyebelah
Dengan alasan pelajar perempuan yang rajin boleh mengajar pelajar lelaki yang leka
Israel tidak membenarkan ini terjadi!
Pelajar mereka diasingkan kerana mereka telah membuat kajian
Apabila pelajar berlainan jantina diasingkan, maka produktiviti mereka sangat tinggi!

Lagi perlu kita lihat aspek pengelasan dalam sistem pendidikan
Sistem yang kita guna pakai sekarang
Silibus budak berumur 4-6 tahun ialah ABC 123
Silibus ini menyekat kebebasan fikiran dan kreativiti kanak-kanak
Kenapa imam syafie boleh berfatwa di usia 15 tahun?
Kerana Saidina Ali boleh menghafaz Al-Quran diusia 7 tahun?
Kenapa kanak-kanak zaman Islam ulung sangat hebat?
Kerana salah satunya tiada pengelasan dalam menuntut ilmu!

Ummat Islam hari ini memang terlalu mudah diperdaya
Tengok sahaja buku Biologi yang kita belajar zaman sekolah menengah dulu
Dalam buku disuruh makan hati ayam untuk tambah darah
Tetapi Rasulullah SAW tidak pula menggalakkan memakan organ dalaman
Kerana hati merupakan tempat toksin dikumpulkan dan dinuetralkan
Mudah sangat barat merubah fakta
Sistem pendidikan kita pula percaya sahaja.

Sebab itu sekiranya seorang guru yang telah ada tarbiyyah
Begitu bodoh sekali mengajar subjek sejarah
Kita memang telah dibodohi dengan fakta-fakta sejarah yang telah diubah
Kita diajar yang zaman beratus ratus tahun dahulu manusia tiada teknologi
Hanya pakai cawat tinggal di gua
Walhal dalam sejarah Islam setiap Nabi ada teknologinya sendiri
Contohnya Nabi Daud dengan teknologi besinya
Begitu juga dengan Nabi-nabi yang lain
Walaupun hanya 4 Nabi yang menerima kitab tetapi Nabi-nabi yang lain menerima syariat dalam bentuk mushlaf-mushlaf
Lagi dalam al-Quran pun ada menyebut perintah menutup aurat
Membuktikan memang sudah wujud pakaian
Ditambah dengan Rasulullah berdagang/berniaga
Semuanya membuktikan Islam memang canggih sehingga hari ini.

Oleh itu, bagaimana seorang guru mahu mengajar pelajaran yang salah kepada anak murid?
Ketahuilah sejarah yang sebenar hanya ada di Oxford!
Kerana setiap satu yang terjadi sejak sistem kekhalifan runtuh telah dirancang dengan begitu rapi
Seolah-olah yang terjadi hanya sebuah kebetulan
Hakikatnya ianya rancangan 'mata satu' sehingga ke hari ini.

Apa lagi yang ummat Islam harus tahu?
Orang Yahudi laknatullah hanya berkomunikasi dengan bahasa mereka
Yang bermaksud hanya mereka sahaja yang faham
Kerana khuatir yang rahsia mereka terbongkar
Mereka sangat kedekut dengan ilmu-ilmu yang semuanya berasal daripada sunnah Rasulullah SAW
Tetapi ditukar fakta apabila untuk umat Islam khususnya.

p/s: Selagi ibu ayah punya daya, insyaAllah Muhammad tidak akan disekolahkan di sekolah aliran sekular. Mudah-mudahan Allah bantu misi ibu ayah Muhammad!

SOYA vs KOPI

Kita diajar minum soya bagus untuk kesihatan
Hakikat sebenarnya soya menjejaskan sistem badan
Meningkatkan risiko kanser ovari + prostat
Mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan
Melemahkan otak dan tulang
Kerana adanya phytic asid yang membuat sistem badan terjejas
Maka tidaklah pelik US merupakan pengeluar terbesar soya
Mereka mempunyai agenda menjahanamkan Islam secara luar sedar.

Kita juga disogok yang kopi tidak baik untuk kesihatan
Namun perlu kita tahu kopi juga adalah minuman kesukaan Nabi SAW selain susu kambing
Perhatikan cara-cara pemakanan Yahudi laknatullah
Mereka penggemar kopi dan starbuck
Professor di UK yang berdarah laknatullah semuanya pasti bersama segelas kopi
Mereka hebat kerana mengamalkan sunnah
Sedangkan Islam diajar membenci dan menjauhi sunnah
Di sini pentingnya amal jama'ie bermula dengan individu muslim
Membetulkan pelbagai aspek supaya kembali membina sistem Islam yang benar.

Kopi dan susu kambing (bukan susu lembu) minuman kegemaran Rasulullah SAW.

p/s: Kajian mengenainya dibincang ketika hari berjumpa kawan-kawan. Sepupu Muhammad sebelah ayah penghidap penyakit kulit yang bukanlah kronik. Umminya sendiri mengakui kesan soya yang diminum menggantikan susu ketika mengandung.

JUMPA KAWAN-KAWAN

Alhamdulillah semalam petang ialah hari 'jumpa kawan-kawan'
Terapi hati walaupun seminggu sekali
Semakin hari kecintaan semakin menebal
Semakin hari semakin bersemangat
Satu hari yang menyuntik tenaga seminggu
Seminggu yang berinformasi.

Terima kasih kepada mak pertama yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem 'jumpa kawan-kawan'
Terima kasih kepada mak kedua yang mengajar erti 'bekerja' dalam Islam
Terima kasih juga kepada mak ketiga yang mengajar erti rindu berkawan-kawan
Dan mak terkini yang mengajar erti teruja menimba ilmu yang pelbagai
Kesemuanya 4 orang mak setakat ini.

Lain mak lain caranya
Lain mak lain pendekatannya
Lain mak lain penyampaiannya
Tapi yang terpenting sama isinya
Jelas aqidah sihat dan sejahtera
Beramal dengan ibadat yang soheh
Sedaya menghiasi diri dengan akhlak sebagai muslim
Semata-mata kerana menyahut seruan Allah
Mengembalikan sistem kekhalifan Islam sebenar
InsyaAllah.

p/s: Pernahkah anda terfikir dalam sehari berapa kerap kita bercakap mengenai Allah dan RasulNya selain ketika solat? Dalam 24jam lidah tidak henti-henti berzikir duniawi...muhasabah iman empunya diri.

14.2.11

MUQADIMAH KEPUTUSAN GA

Bulan terang 12 Rabi'ulawal 1432H yang baru diambil di ruangan terbuka dari dalam Bayt Al-Iman.

Alhamdulillah dengan ini berakhir sudah Maulidur Rasul Giveaway
Anjuran Bayt Al-Iman buat pertama kalinya
Bertujuan menyemarakkan perasaan kasih, sayang, rindu dan cinta kita
Kepada junjungan mulia Nabi kita, Muhammad SAW
Semoga sedikit usaha ini dikira amal soleh disisi Allah.

Sebenarnya dunia akhir zaman menyaksikan ummah semakin tenat melupakan Rasulullah SAW
Pemikiran kita telah dijajah sepenuhnya oleh sekular (mengasingkan agama dan kehidupan)
Pernahkan kita bertanya kepada diri termasuk empunya diri yang menulis ini
Berapa peratus kita mengenali Rasulullah SAW berbanding kita mengenali ibu bapa kita?
Pernahkah kita tahu dengan baik bilakan Rasulullah SAW dilahirkan berbanding tarikh lahir kekasih kita?
Pernahkan kita jengah Al-Quran dan As-Sunnah untuk mengenali baginda berbanding mesej cinta panjang berjela?
Tahukah kita penderitaan dan penyiksaan yang diterima Rasulullah SAW berbanding hati yang terluka dek kerana cinta kekasih yang tidak kesampaian?
Berapa kalikah kita berselawat ke atasnya berbanding menyebut nama lelaki/perempuan yang haram bagi kita?

Lihat! Licik bukan?
Kita tanpa sedar telah meletakkan cinta bukan pada tempatnya
Cinta kita hanya khayalan mainan perasaan
Sedangkan cinta yang dituntut adalah cinta yang hanya berpaksi pada Allah dan RasulNya sahaja.

Sabda Rasulullah SAW:
Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

p/s: insyaAllah keputusan Maulidur Rasul Giveaway telahpun berada digenggaman Muhammad...

TAMAT SECARA RASMI

Malam hari itu berbeza dengan malam-malam sebelum dan sesudahnya
Subuh hari itu begitu indah berbanding subuh-subuh sebelum dan sesudahnya
Isnin hari itu lain dengan Isnin-isnin sebelum dan sesudahnya
Semuanya begitu istimewa sehingga hati-hati merasakan kedaiman yang
luar biasa
Begitu Allah menciptakan sebaik-baik hati dan manusia
12 Rabiu'ul awal bersamaan 20 April 571 Masihi
Lahirlah putera Abdullah sebagai Rasul utusan Allah
Memancar sinar kegemilangan disegenap pelosok dunia.

Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
(Ali-Imran: 110)

Ya Rasulullah!
Menyoroti sirah kelahiran sehinggakan kewafatanmu
Menyelami perit getir perjuanganmu menegakkan Deen
Merenung sunah-sunahmu yang engkau ajarkan
Sungguh aku tidak layak akan syurgaNya!
Sungguh betapa kerdilnya aku mengharapkan redhoNya
Sungguh aku malu menyatakan rindu, cinta, kasih, sayang kepadamu
Namun belum sempurna makna disebalik pengakuan syahadahku
Masih belum jelas perbuatanku selaras ajaranmu
Hanya mengharap syafaat daripadamu.

Ya Rasulullah!
Kami ummatmu di akhir zaman yang penuh tipu daya menyesatkan
Mengamalkan sunahmu umpama menggenggam bara api membakar
Nista, keji, fitnah semuanya berpadu menjadi atom yang meledak hati
Namun kami mengerti lahirnya kami di dunia adalah sebagai hamba dan khalifah
Perlu thabat dan berani menyatakan kebenaran
Kerana kami pasti syurga itu memerlukan pengorbanan
Kepahitan dan kesengsaraan ada kemanisan dipenghujungnya.

Duhai kekasih Allah!
Hari ini genap 1440 tahun kami ditinggalkan
Namun dirimu seolah-olah hidup dengan sunnah-sunnahmu yang engkau ajarkan
Selagi upaya dengan keizinanNya kami ikut dan pelihara
Sebagai saksi amalan tiket melayakkan ke rumahNya
Duduk berhimpun bersamamu di Firdausi syurga idaman.

Ya Habibullah!
Kasihanilah kami sebagai ummatmu!
Lindungi kami dengan syafaatmu!
Moga Allah redho kami kerana redhomu ya Rasulullah!


Dengan lafaz:
MAULIDUR RASUL GIVEAWAY oleh Bayt Al-Iman ditutup secara rasmi tepat 12 Rabi'ulawal 1432H selepas maghrib mengikut kawasan masing-masing. InsyaAllah!


p/s: bila dah masuk maghrib, dah masuk hari lain kalender hijriah.

MAULIDUR RASUL GIVEAWAY

* entry terlekat sehingga 12 Rabiul'awal 1432H

Alhamdulilah seperti yang dijanjikan
Kami di Bayt Al-Iman ada sesuatu yang istimewa untuk semua
Iaitu GIVEAWAY yang pertama dari kami
Bertujuan menyemarakkan lagi perasaan kasih, cinta, sayang dan rindu kita kepada junjungan mulia Nabi kita, Rasulullah SAW.


SYARATNYA MUDAH SAHAJA!

1. Letakkan banner MAULIDUR RASUL GIVEAWAY diatas di sidebar blog anda dan link kan ke entry ini (syarat utama) . TIADA paksaan untuk membuat entry.


2. Hanya perlu pilih SATU jawapan sahaja. Soalan adalah seperti berikut:

Rasulullah SAW telah menganjurkan beberapa syariat menyambut kelahiran bayi terutama tuntutan pada hari ke-7 kelahirannya. Antara yang berikut, yang mana satukah tidak sempat/Allah tidak mentakdirkan berlaku pada hari ke-7 kelahiran putera kami, Muhammad?
(A) Memberi nama
(B) Aqiqah
(C) Bercukur
(D) Khitan/Sunat/Jawi

Hint: Boleh rujuk label Diari MUHAMMAD


3. Nyatakan jawapan anda di ruangan komen entry ini dengan format jawapan berikut:
Nama:
URL blog:
Jawapan: A, B, C atau D


4. Sekiranya semua memilih jawapan yang tepat, putera kami Muhammad sendiri yang akan memilih seorang pemenang secara undian manual (cabutan bertuah;)


5. Tarikh tutup adalah pada hari Isnin 14 Februari 2011 selepas maghrib (mengikut kawasan masing-masing) dan insyaAllah pemenang akan diumumkan pada keesokkan harinya bersamaan 12 Rabiulawal 1432H iaitu ulangtahun junjungan mulia Rasulullah SAW.



HADIAHNYA:









1 set Intellect Building Block Toys
Inspire the children's imagination and creativity

Cenderahati khas dari tanah tumpah darah ayah ;)


Jemput semua join ramai-ramai!

12.2.11

ISU MESIR

Malam Ini Kita Semua Adalah Misri!

Oleh: Saifulislam

“Alhamdulillah….!”

Bersujud syukur setiap hamba Allah yang menghargai sebuah keadilan.

Keadilan yang menjadi tunggak sesebuah kuasa. Mengkhianatinya akan mengheret kejatuhan sebagai hukum Alam sebelum hukum Agama.

Tanggal bersejarah 11 Februari ’11, Omar Suleiman membuat pengumuman perletakan jawatan Presiden Republik Arab Mesir keempat, Muhammad Hosni Sayyid Mubarak selepas tiga dekad pemerintahannya.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]

18 hari rakyat Mesir berhimpun di Dataran Merdeka Kaherah, tegas dengan satu tuntutan.

Pelbagai insentif ditawarkan oleh Hosni Mubarak, memecat kabinet dan melantik Perdana Menteri yang baru, malah buat pertama kalinya mewujudkan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh anak didik CIA kesaya

ngannya, Omar Suleiman, segalanya ditolak dengan aman oleh seluruh rakyat. Mereka hanya mahukan satu.

Hosni Mubarak meletakkan jawatan!

Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.

Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.

Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.

Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.

Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.

Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.

Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.

Segalanya, ameen untuk semua itu!


TELADAN REVOLUSI TUNISIA

Mesir mengambil teladan yang amat penting daripada mesej yang dilontarkan oleh Revolusi Tunisia.

Sheikh Rashid Ghanushi, pemimpin al-Nahdhah yang kembali ke tanah air selepas 20 tahun dalam buangan, memberikan pendapat bahawa sebuah revolusi rakyat tidak boleh berlaku jika ada mana-mana parti yang cuba mendominasinya dengan slogan masing-masing. Seluruh rakyat mesti bersatu pada menuntut pengunduran regim zalim yang memerintah. Ia mesti bersifat gerakan rakyat. Bukan an-Nahdhah, bukan mana-mana parti.

Itulah wajah Revolusi Mesir.

Ia tidak didominasi oleh mana-mana parti, tidak juga oleh mana-mana pemimpin pembangkang.

Ia benar-benar sarat membawa kehendak seluruh rakyat yang menderita membayar 7 Pound untuk sebotol susu, ketika Presiden menghimpun harta mencecah USD70 billion, biar pun dia hanya manusia biasa yang kapasitinya mampu makan sekeping roti setiap pagi. Rakus, tamak dan kejam, rakyat sudah memainkan peranannya.

Al-Ikhwan al-Muslimun tidak bersikap simplistik pada membayangkan perjuangannya sebagai pengisi kekosongan yang berjaya diperolehi.

Mohamed Mustafa El-Baradei juga tidak memposisikan dirinya sebagai pemimpin rakyat Mesir pasca pengunduran Hosni Mubarak.

Justeru apakah masa depan Mesir?


MANUSIA YANG AMAN

Richard Mitchell di dalam bukunya The Society of Muslim Brothers membuat sedikit analisa menarik berkaitan dengan tabiat rakyat Mesir.

Pembunuhan Anwar El-Sadat pada 6 Oktober 1981 menggemparkan seluruh negara. Namun unik sekali, kejadian itu tidak mencetuskan revolusi. Apa yang menyusul kematian Anwar Sadat adalah sesuatu yang sangat aman. Yayasan-yayasan Islam terbentuk, ramai rakyat mula mendefinisikan jati dirinya sebagai Muslim dan Islamic Activism berkembang. Rakyat Mesir di peringkat marhaen yang terkenal dengan sifat agresif mereka, sebaliknya adalah rakyat yang komited dengan langkah-langkah aman untuk membentuk perubahan di negara yang diperintah secara hukum darurat oleh Hosni Mubarak ekoran pembunuhan Anwar El-Sadat itu.

Rakyat Mesir adalah rakyat yang komited dengan keamanan.

Inilah juga contoh yang ditunjukkan oleh demonstrasi aman jutaan penduduk Kaherah di Dataran Merdeka (Tahrir Square).

Biar pun ada usaha provokasi yang dibuat oleh jet-jet yang terbang rendah di awal kebangkitan, orang-orang upahan yang menimbulkan kacau bilau sambil menunggang kuda dan unta, serta 1001 usaha yang dilakukan oleh Hosni Mubarak termasuk usahanya mewujudkan rasa tertekan tertinggi apabila membuat pengumuman pada 10 Februari 2011 bahawa beliau tidak akan berundur, rakyat Mesir bertegas dengan tuntutan yang satu, dan mereka menuntutnya dengan AMAN.

Pastinya hal ini menjadi subjek yang diteliti oleh penduduk seluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Eropah yang dilanda ‘Ikhwanphobia’, tidak berhasil setakat ini pada mencari sisi-sisi keganasan yang sering digembar gemburkan.

Islamist bukan pengganas.

Mereka adalah manusia yang berintegriti.

Integriti yang bertunjangkan ajaran yang aman, ISLAM.

Malah imej ganas golongan Islamist itu sendiri adalah projek panjang regim warisan Jamal Abd al-Naser ini.

Semoga Mesir berjaya membentuk kehidupan yang lebih baik selepas pengunduran bersejarah Hosni Mubarak.

Amerika Syarikat memerhati. Regim Zionis memerhati. Eropah memerhati. Seluruh dunia memerhati.

Akan tetapi berpeganglah dengan firman Allah:

“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman “Jadilah engkau!” Maka ia terus menjadi.” [Yaasin 36: 82]


MUSNAHNYA KUASA MEDIA PERDANA

Namun saya gagal menyembunyikan rasa gembira yang amat sangat secara khusus terhadap Radio Televisyen Mesir.

Media dokongan regim Hosni Mubarak itu yang selama ini bertindak sebagai alat propaganda, menyembunyikan keadaan sebenar Mesir yang bergolak, mempotretkan baik hatinya Hosni Mubarak pada mendahulukan rakyatnya dengan pelbagai reformasi dan insentif serta tidak henti-henti mencela TV Satelit (Al-Jazeera secara khusus), Facebook, Twitter, Blog dan internet sebagai petualang negara yang sengaja menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap kerajaan yang memerintah…

Akhirnya Media itu jugalah yang menjadi platform Omar Suleiman mengumumkan kekalahan Hosni Mubarak!

Jamal Abd al-Naser tumbang oleh ‘racun’.

Anwar El-Sadat tumbang oleh peluru.

Hosni Mubarak tumbang oleh Facebook dan Twitter.

Media Perdana bukan lagi ‘tuhan’ yang menguasai pendapat umum.

Semoga iktibarnya diteladani dengan bijaksana oleh semua.


Malam ini, kita semua adalah Misri!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG