9.5.11

PENYEDIAAN EBM

Hari ini saya sungguh seronok kerana saya sempat ber'mesej'an dengan 2 orang kawan sekolej dulu secara serentak (tak menang tangan dibuatnya ;) yang sedang menanti kehadiran orang baru yang pertama dalam baitul muslim mereka. Isunya ialah pemilihan pam susu dan CD. Pada mulanya yang seorang yang bakal melahirkan hujung Jun ini insyaAlah hanya mahu half BF sahaja. Maksudnya mahu campur susu. Alhamdulillah saya cepat-cepat cantas pemikirannya supaya fully BF selagi boleh selama 2 tahun. Seorang lagi bertanya tentang pam susu yang sesuai. Akhirnya, melarat sehingga ke CD dan persediaan mengajar anak berenang ketika usia 3 bulan. Saya doakan mereka dipermudahkan untuk bersalin dan selamat menjalani kehidupan sebagai muslim yang diredhoi Allah!

Sudah Masuk 2!
Malam semalam pula saya sempat ber'mesej'an dengan seorang kawan saya sejak semasa foundation course. Subhanallah! Kawan saya sedang mengandungkan anak kedua. Saya sangat teruja dengan berita gembira ini. Bilalah masanya kami semua boleh bertemu ;) Disebabkan semangat saya meningkat kerana semangat kawan-kawan saya yang dua orang itu tadi, entry kali ini saya mahu berkongsi cara penyediaan EBM (expressed breast milk) yang saya ambil dari blog mummy merah walaupun kawan-kawan saya tadi  mungkin tidak tahu kewujudan blog ini ;) Di blog mummy merah insyaAllah banyak lagi info tentang BF(breastfeeding).

Penyediaan EBM
1. Sekiranya susu diambil di chiller(bukan tempat beku)susu hendaklah disuamkan terlebih dahulu.

2. Susu yang telah dibekukan pula(di tempat frozen), perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam (selalunya ini dilakukan pada waktu malam sebelum diberi kepada pengasuh keesokan paginya) atau dicairkan dibawah laluan air paip (seperti keadaan mencairkan ikan yang beku sebelum sedia untuk dimasak).

3. Jangan cairkan susu pada suhu bilik.

4. Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.

5. Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya. Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist). Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Sekian sahaja perkongsian berkenaan info breastfeeding untuk kawan-kawan saya yang saya tahu ramai silent reader yang sedang menanti kehadiran orang baru. Selamat berjihad untuk anak anda! ;)

2 comments:

Unknown said...

tengkiu...info sgt berguna utk sy!!

@LeenShamsh said...

Alhamdulillah! gune jgn tak gune! credit to mummy merah! ;)