31.8.09

MERDEKAKAH?

Tahun pertama bersama dia
Merayakan ramadhan indah
Berkunjung dari masjid ke masjid
Dan diam tak diam
Fasa pertama sudah berlalu.

Semalam
Pulang dari masjid
Makanan insyirah diisi
Dari petronas ke pondok iman
Suatu pemandangan yang tidak terduga
Kawasan dataran yang sesak
Baruku sedar esok hari merdeka.

Merdekakah?
Tidak dan pasti tidak!
Sekularisme yang kian parah
Kenapa masjid tidak dikunjungi sedemikian rupa?

Imam itu adalah hafiz
Bacaannya menyentuh hati
Sayangnya saf hanya satu dua terisi
Dan begitu juga lelaki
Dia berkata
Bila lapan rakaat berakhir
Sebaris pun tidak terpenuhi.

Hancur!
Kulihat anak-anak muda berpesta
Menyambut kononnya merdeka
Tetapi mental masih terjajah!

Mengimbas kembali sambutan merdeka
Wah! Bergegar perkataan ’merdeka’
Tetapi hambar bagiku
Kalaulah aku mampu
Mengubah paradigma mereka.

Aku masih merindu
Tugas-tugas itu
Dan ayat-ayat pembakar semangat As-Syahid Hassan Al-Banna
Beliau mahu berdakwah kepada semua bayi yang baru lahir
Dan tugas dan amanah kita berat
Aqad dan ikrar kita bersama Allah masih tertangguh
Hamba dan khalifah
Yang entah bila akan tertunai.

Aku berdoa
Allah bersamaku bersama dia
Melorongkan jalan ke syurgaNya
Kerana kadangkala
Aku tidak mampu menahan perasaan
Betapa berat tugas memikul amanah Allah ini
Yang tidak mampu kupikul lagi
Kerana takut dipertangungjawabkan dihadapanNya kelak.

Solat itu tiang agama
Jihad itu tulang belakang agama
Kehendaknya ialah seiring
Pintaku agar terus thabat dijalanNya
Istiqomah menuju Allah dan Rasul.

1 comment:

Nurul Husna said...

merdeka sebenar adalah jauh dari kebergantungan terhadap makhluk dan perhambaan hanya pada Allah..salam merdeka