21.11.13

ROTI PURI SIHAT

Perasaan mencatat yang ikut bercuti ;). Seronoknya andai diizinkan untuk WAHM. Boleh main masak-masak dengan anak-anak. Masa cuti memang masa kualiti yang sentiasa dinanti-nanti ;). Permulaan cuti baru-baru ini, saya cuba membuat roti puri atas cadangan seorang rakan sekursus.

Roti puri sihat!

Subhanallah rasanya memang sedap! Resepinya sangat mudah dan ringkas! Hasil carian di beberapa blog yang mana setiap mereka mempunyai resepi yang lebih kurang sama sahaja. Bahan yang sama untuk membuat doh roti.

Bahan A
1. Tepung gandum atta (saya guna tepung turki kakton di campur baki tepung atta) - 2 cawan
2. Yis sesudu teh.
Adun supaya yis rata dengan tepung.

Bahan B
1. Gula perang - 2 sudu makan
2. Garam bukit warna pink - sesudu teh
3. Minyak masak - 2 sudu makan
4. Air suam - 170ml (sukatan botol susu budak)
Dipanaskan dengan api sederhana.

Cara Membuat:
1. Bahan B dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A. Gaul rata sehingga menjadi seperti doh roti. (Nota: Pandai-pandailah. Kurang air, tambah air. Lebih air, tambah tepung.)
2. Diamkan setengah jam/sejam untuk doh kembang sekali ganda.
3. Selepas sejam, tumbuk doh dan ambil sedikit untuk dilenyek nipis dengan rolling pin.
4. Tekap dengan mulut cawan atau apa sahaja bentuk kesukaan anda seperti berikut:


5. Sedia untuk digoreng! Pastikan minyak betul-betul panas dan kawal api untuk menghasilkan roti kembung :D.

Itu sahaja ;). Mudah bukan? Buatlah kari ayam kampung atau ayam organik untuk gabungan yang lebih terangkat! InshaAllah kita jana kesihatan yang baik melalui bahan-bahan bukan sahaja halal malah dijamin 'toyyibah' untuk rezeki kesihatan lumayan dalam beribadah kepada Allah inshaAllah! Jom sihat kerana Allah! ;)

6 comments:

CeqGu said...

aduhhh pg2 buka blog nampak pulak roti puri,perut pun apa lg berdondang syg la....kalau guna garam biasa je ok x?

@LeenShamsh said...

nisss!!! rindu sudah.. balik malaysie da? ngaja mane?

bole gune garam putih tu nis tapi tak sihat huhuhuu..nari brtukar barg2 asas rumah!

Ibu Yusuf Maryam said...

Wah, tergoda dengan gambar tu. Hebat hasil air tangan UM ni.. ;-)

Ummi Nur said...

Assalamualaikum Ummu Muhammad

Selamat kembali ke skolah..Nak tanya berkenaan tepung Turki, boleh beli melalui UM ..betul kan? Berminat pula nak rasa...:))
Kalu tersilap, harap maaf ye

@LeenShamsh said...

waalaikumusslmummi nur...kaifalhal :) lame tidak ketemu ;)

umminur boleh contact puan norisa hashim 0122629727

inshaAllah mudah-mudahan Allah mudahkan ;)

Ummi Nur said...

Alhamdulillah..:))Sihat

Sedikit kekangan, tak dapat nak online selalu..

Terima kasih ye atas no contact itu..:)