29.7.12

REZEKI BERGANDA RAMADHAN

Alhamdulillah dapat juga jenguk blog BAi ;). Alhamdulillah dan terima kasih kepada rakan-rakan maya sama ada yang meninggalkan komen mahupun yang sentiasa SMS bertanya khabar. Terima kasih  atas segala doa dan kata-kata semangat untuk kami. Hanya Allah yang boleh membalas segala doa-doa dan semoga semua doa yang baik-baik pulang mencari yang mendoakan. Kepada fifah ummi tasneem, nina ibu danial, myza mummy bamlom, huda ummi husna dan rakan-rakan yang hampir mahupun dekat, jemput singgah ke BAi di alam nyata ;). Kita memanjangkan ukhuwwah ya! Kepada rakan-rakan baru, insyaAllah sekiranya ada masa yang terluang, saya akan ziarah rumah-rumah anda dan follow you back! ;) Sekiranya tiada tinggal jejak minta maaf sekali lagi. Kadang-kadang hanya sempat touch and go! ;)

Alhamdulillah semalam kami di BAi dikurniakan rezeki berganda Ramadhan! Ramadhan yang sangat signifikan dengan turning point dalam kehidupan, kehadiran 2 panglima Ramadhan yang gagah berani (Muhammad 15 Ramadhan 1431H dan adik 5 Ramadhan 1433H). Semalam pula, Allah kurniakan lagi rezeki menang TEMPAT PERTAMA untuk SEGMEN: NOSTALGIA RAMADHAN. Mata yang mengantuk, terus segar sampai ke pagi sambil bertemankan kedua-dua panglima yang sedang saling takruf.  Takruf mereka berdua sangat  menguji mataku semalam ;D. Seorang menyusu tidak mahu berhenti dan seorang lagi mahu tidur seperti zaman solonya dahulu. Sabarlah wahai ibu! ;P Mudah-mudahan keduanya bakal bersahabat baik sebagaimana Rasulullah SAW dan Abu Bakar As-Siddiq!


Bukan sahaja saya yang teruja, ayah Muhammad juga bersinar-sinar biji matanya ;D. Semasa menulis pengalaman sendiri melalui segmen nostagia Ramadhan anjuran ummuairies, saya tidak perasan pula hadiah utamanya. Saya sangkakan hanya segmen untuk memanjangkan uhuwwah dengan menceritakan pengalaman-pengalaman berharga semasa Ramadhan. Jadi, saya pun menulis dengan hati sambil membayangkan Ramadhan 1425H yang sangat istimewa pernah saya lalui. Saya hanya perasan ada hadiah disediakan setelah singgah di laman seorang adik yang meninggalkan komen di ruangan entry segmen nostalgia Ramadhan saya. Hadiahnya sangat mengujaka rupanya tetapi tidak dalam target saya. Hadiah yang sangat istimewa dan ada cerita sebelumnya. Apakah hadiahnya?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tempat Pertama: Quran berserta pen digital! Kredit gambar di blog c'jai ;).

Sehari sebelum mengetahui keputusannya, saya dan suami ada berhajat untuk memiliki sebuah Quran dan pen digital untuk panglima Ramadhan kami yang pertama mengenangkan Muhammad yang insyaAllah genap 2 tahun pada pertengahan puasa ini. InsyaAllah seiring dengan pangkat 'abang' yang dirangkulnya kini, mudah-mudahan Muhammad akan semakin dewasa dan matang untuk menggunakan alat bantu mengajarnya menghafaz Al-Quran di peringkat permulaan. Rezeki berganda Ramadhan ;D. Alhamdulillah mudah-mudahan dengan hadiah daripada ummuainries ini, Muhammad serta adik-adiknya dapat memanfaatkannya semata-mata kerana agamaNya dan semoga saham jariah sentiasa mengalir buat ummuainries insyaAllah!

Terima kasih tidak terhingga buat team SEGMEN: NOSTALGIA RAMADHAN terutama untuk penganjur segmen, ummuainries, juri-juri dan semua peserta-peserta yang memberi sokongan kepada c'jai ;). Hanya Allah yang dapat membalasnya. Tidak lupa kepada ummi-iman yang menjadi asbab membuka jalan rezeki buat kami ;). Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya dan Allah perkenankan kita semua bertemu dan menikmati malam yang lebih baik dari seribu bulan insyaAllah!

Panglima-panglima kecil Ramadhan hebat yang diredhoi Allah dan Rasul! Cerita yang bakal menyusul insyaAllah! ;)

11 comments:

Marlina Mohtar said...

Alhamdulillah...tahniah lin :) Tak sabar nak tahu nama Panglima Ramadhan yang ini...cepat2 update kisahnya di hari kelahirannya yang ke-7 ya

Ruse Sulaiman said...

Askm UM. Panglima2 sudah beradu ke? Iman saya sudah beradu kepenatan shopping hr ni.. senyap2 je tidur hihi.

Rezeki UM tu... benarlah anak itu pembawa rezeki. Rezeki panglima peranglah tu.. :) lps ni berperang dgn alquran ya.. Pastikan kemenangan membaca dan mendalami alquran sepenuhnya.

Comel nampaknya adik Muhd walaupun dr sisi ;)

Ibu Yusuf Maryam said...

Alhamdulillah.. tahniah. Betul2 rezeki berganda ni :D

Unknown said...

Alhamdulillah, tahniah :) aah la apa nama adik muhammad? :) insyaAllah raya ni mana tahu sempat boleh kita bersua muka :)

puan nina said...

olooo..comelnya..rambut sama dengan abang lah :)

hee..lama2 biasa la Muhammad dgn adik..awal2 mmg nak berkepit jugak dgn ibu kan..

syiela said...

alhamdulillah rezeki ramadhan... mmg berganda2 ni

FADLUL & FIFAH said...

wah!!mmg bulan ramadhan ni doa sangat makbul!!

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah... murah rezeki... sreonoknya.. moga muhammad cepat2 dapat menghafaz al quran :-)

insan_marhaen said...

salam UM.... maaf ye atas kelewatan hadiah yg dijanjikan...oleh kerana keberkatan bulan ramadhan ini.., quran tu sangat2 laris sekali hingga kehabisan stok.. hari ni encik zauj c'jai sedang berurusan mengambil stok yg baru tiba...insyaAllah akan diurusi secepatnya..maaf lagi sekali....harap UM sabar ye... tahniah lg sekali atas kelahiran satu lagi jiwa moga menjadi pejuang agama Allah...

insan_marhaen said...

salam UM.... maaf ye atas kelewatan hadiah yg dijanjikan...oleh kerana keberkatan bulan ramadhan ini.., quran tu sangat2 laris sekali hingga kehabisan stok.. hari ni encik zauj c'jai sedang berurusan mengambil stok yg baru tiba...insyaAllah akan diurusi secepatnya..maaf lagi sekali....harap UM sabar ye... tahniah lg sekali atas kelahiran satu lagi jiwa moga menjadi pejuang agama Allah...

@LeenShamsh said...

c'jai terime kasih byk cjai! semuge Allah lipat gandakan lagi rezeki c'jai sekeluarge! ;)