17.8.11

BATUK KOKOL?

Bismillah. Saya ada menerima komen dari Puan Nur Islam di entry BAHAYA VAKSIN & IMUNISASI. Anaknya sulungnya sudah berusia 2 tahun dan tidak pernah diberikan suntikan vaksin sejak lahir. Persoalannya, anaknya sekarang sedang batuk, demam dan selsema. Sakit 3 serangkai yang selalu sahaja yang dihidapi oleh anak-anak kecil. Menurutnya, ada yang berpendapat ianya merupakan kesan akibat tidak disuntik dengan vaksin dan kemungkinan terkena batuk kokol. Walau bagaimanapun beliau tetap yakin kuasa Allah dan mahu mendapatkan pandangan ibu-ibu tentang hal ini.

InsyaAllah, sementara menanti komen ibu-ibu yang lain, mengikut pengalaman saya yang baru sahaja mempunyai seorang anak yang berusia baru juga setahun, deman, selsema dan batuk kecil bagi saya lumrah sakit untuk si kecil insyaAllah. 

Sejarah suntikan vaksin kepada Muhammad hanya terhenti ketika berusia 5 bulan. Ini bermaksud Muhammad sudah disuntik sebanyak 5 kali iaitu 4 kali setiap bulan kecuali bulan keempat dan sekali semasa baru dilahirkan. Sepanjang setahun, Muhammad sudah demam 3 kali jika saya tidak silap dan saya juga ada ke klinik untuk pemeriksaan Muhammad iaitu pada demam terakhirnya kerana diiringi semput. Kami membuat pemeriksaan paru-parunya. Alhamdulillah asbab susu ibu insyaAllah, semuanya tidak lama.

Kami hanya tidak setuju dengan ubat-ubatan barat. Di tempat saya bermastautin ini, tiada klinik homeopati yang ubat-ubatnya insyaAllah lebih terjamin disamping kami juga baru berjinak-jinak dengan perubatan alternatif. Mahu kata kami menolak doktor, tidak juga. Cuma sekiranya ada alternatif ubat yang lebih terjamin, ubat-ubatan barat memang pilihan terakhir kami insyaAllah. Puan boleh lawat blog Puan Fifah untuk kisah klinik homeopati disini.

Saya harap ada kawan-kawan yang sedia memberi kata-kata semangat untuk geng ibu kita ini insyaAllah. Mudah-mudahan nikmat ujian yang sedang dilalui anak sulungnya hanyalah sakit biasa untuk seorang bayi insyaAllah! Teruskan memberi susu ibu yang insyaAllah ada penawar dan khasiat imunisasi semulajadi di dalamnya. Wallahu'alam.

10 comments:

FADLUL & FIFAH said...

stuju..cari alternatif bukan makna tak setuju atau menolak doktor 100%..

pada puan nur islam, anak saya masih kecil.setahun pun belum.tapi macam yg saya cerita dlm blog saya, adik saya sendiri tak pernah divaksin.dan alhamdulillah, dia membesar dengan sihat.

mungkin suasana persekitaran tu tidak menyegarkan atau kurang bersih..dan menyebabkan ank puan tidak sihat.tp ini cuma andaian saya shj..

wallahu a'alam

NoEn said...

salam..ini bukan pengalaman sy, tp pengalaman abg sulung sy..

anak saudara sy demam panas..doktor menyalahkan abg saya kerana tidak mevaksin anak dia..abg sy menyoal balik doc itu, adakah doktor yakin kalau sy mevaksin ank sy, ank sy x akan demam panas? doktor hanya terdiam kerana mereka pun thu sakit, sihat, sume drpd Allah.

abg sy tidak mevaksin kesemua anak dia seramai 7org klau sy tidak silap.dan mereka semua membesardgn sihat..

dan insyaAllah sy akan ikut jejak langkah abg sy..w/pun sy agak terlambat sebab telah mevaksin ank sy sehingga dia berusia setahun..tp insyaAllah no more vaksin for my daughter and her adik2..insyaAllah

PROFESSIONAL CHEFF said...

Khas buat puan Nur Islam.Saya dapat rasakan keresahan jiwa puan apabila anak tersayang tidak sihat. Apalagi bila orang sekeliling momok-momokkan akibat tidak divaksinkan. Walaupun kuat keyakinan kita bahawa tindakan untuk tidak divaksin memang tepat tetapi bisikan was-was mula ditiupkan oleh orang sekeliling melalui syaitan.

Langkah pertama ialah yakin seratus peratus walau apa pun berlaku bahawa tindakan puan tidak vaksinkan anak adalah paling tepat. Kedua, demam, batuk dan selsema adalah asam garam dalam pembesaran anak-anak. 2 dari cucu saya divaksinkan. Yang ketiga hanya setakat umur 5 bulan sahaja dicucuk kerana kami dah tahu bahaya vaksin. Walaupun divaksinkan sepenuhmya, cucu saya yang ketiga sering sakit. Kadang-kadang sangat kritikal dan selalu masuk hospital tengah-tengah malam. Andailah kami tak vaksinkan dia dulu, tentu ada sahaja komen orang kata..."itulah...tak cucuk." Kala tu...hati keibuan kita yang tak sanggup tengok anak sakit, mula rasa was-was akan tindakan yang telah kita ambil.

Sekarang jelaslah bahawa ramai kanak-kanak diluar sana yang divaksinkan sepenuhnya tapi mengidap bermacam penyakit bahaya. Penyakit itu tak ada kena mengena langsung dengan tidak divaksinkan.Jatuh sakit dan kanak-kanak adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Cuma ada yang biasa dan ada yang teruk. Untuk meningkat dari satu tahap ke tahap yang lain, biasanya anak-anak akan deman. Semasa demam, berlaku perubahan di dalam badan mereka baik dari segi jasmani dan kerohanian. Kita sebagai ibu mesti tahkik bahawa demam yang dihidapi oleh anak kita adalah demam untuk berubah jadi lebih pandai. Bila anak kita dah sembuh, Insyaalllah mereka akan jadi seperti yang kita tahkikkan. Allah bersama sangkaan kita. Kalau kita sangka anak kita benar-benar jatuh sakit dan bukan melalui proses peningkatan, mereka tak akan dapat apa-apa peningkatan bila sembuh. Ini adalah satu kerugian dalam pembesaran anak kita. Sebagai ibu, kata-kata, harapan, was-was dan sangkaan adalah doa yang mujarab terhadap anak.

Langkah ketiga: mengubati anak-anak

Kalau selsema, banyak petua untuk kanak-kanak yang mujarab seperti tumbuk kunyit hidup dan sapu atas batang hidung anak. Petua untuk batuk juga banyak seperti sapu minyak bawang putih pada dada anak dan tulang belakang. Juga boleh tumbuk pucuk muruku hitam dengan kapur dan sapu pada dada. Paling penting jaga pemakanan anak. Kena perhati makanan mana yang dia alah.Juga suasana sekeliling dia. Adakah terlalu sejuk dan sebagainya. Kalau demam panas, jeram kepala dan badan anak kerap-kerap dengan air daun melur. Malah banyak lagi petua-petua di internet yang mungkin berkesan. Ada satu buah kering, namanya buah cina dan boleh didapati dikedai cina. Rebus dan minum airnya.Ini anak-anak yang lebih besar. Sangat bagus untuk turunkan suhu badan. Kadang-kadang batuk juga sebab badan panas. Mungkin juga sebab resdung.Malah ada seribu kemungkinan dan kita sebagai ibu mestilah arif dengan badan anak-anak. Sampai kita dah dapat jadi doktor untuk anak kita. Dalam internet banyak dapat kita timba ilmu perubatan alternatif yang nyata lebih baik dari bahan kimia. Wallahualam.

PROFESSIONAL CHEFF said...

Khas buat Puan Nur Islam.

Saya dapat rasakan keresahan jiwa puan apabila anak tersayang tidak sihat. Apalagi bila orang sekeliling momok-momokkan akibat tidak divaksinkan. Walaupun kuat keyakinan kita bahawa tindakan untuk tidak divaksin memang tepat tetapi bisikan was-was mula ditiupkan oleh orang sekeliling melalui syaitan.

Langkah pertama ialah yakin seratus peratus walau apa pun berlaku bahawa tindakan puan tidak vaksinkan anak adalah paling tepat. Kedua, demam, batuk dan selsema adalah asam garam dalam pembesaran anak-anak. 2 dari cucu saya divaksinkan. Yang ketiga hanya setakat umur 5 bulan sahaja dicucuk kerana kami dah tahu bahaya vaksin. Walaupun divaksinkan sepenuhmya, cucu saya yang ketiga sering sakit. Kadang-kadang sangat kritikal dan selalu masuk hospital tengah-tengah malam. Andailah kami tak vaksinkan dia dulu, tentu ada sahaja komen orang kata..."itulah...tak cucuk." Kala tu...hati keibuan kita yang tak sanggup tengok anak sakit, mula rasa was-was akan tindakan yang telah kita ambil.

Sekarang jelaslah bahawa ramai kanak-kanak diluar sana yang divaksinkan sepenuhnya tapi mengidap bermacam penyakit bahaya. Penyakit itu tak ada kena mengena langsung dengan tidak divaksinkan.Jatuh sakit dan kanak-kanak adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Cuma ada yang biasa dan ada yang teruk. Untuk meningkat dari satu tahap ke tahap yang lain, biasanya anak-anak akan deman. Semasa demam, berlaku perubahan di dalam badan mereka baik dari segi jasmani dan kerohanian. Kita sebagai ibu mesti tahkik bahawa demam yang dihidapi oleh anak kita adalah demam untuk berubah jadi lebih pandai. Bila anak kita dah sembuh, Insyaalllah mereka akan jadi seperti yang kita tahkikkan. Allah bersama sangkaan kita. Kalau kita sangka anak kita benar-benar jatuh sakit dan bukan melalui proses peningkatan, mereka tak akan dapat apa-apa peningkatan bila sembuh. Ini adalah satu kerugian dalam pembesaran anak kita. Sebagai ibu, kata-kata, harapan, was-was dan sangkaan adalah doa yang mujarab terhadap anak.

Langkah ketiga: mengubati anak-anak

Kalau selsema, banyak petua untuk kanak-kanak yang mujarab seperti tumbuk kunyit hidup dan sapu atas batang hidung anak. Petua untuk batuk juga banyak seperti sapu minyak bawang putih pada dada anak dan tulang belakang. Juga boleh tumbuk pucuk muruku hitam dengan kapur dan sapu pada dada. Paling penting jaga pemakanan anak. Kena perhati makanan mana yang dia alah.Juga suasana sekeliling dia. Adakah terlalu sejuk dan sebagainya. Kalau demam panas, jeram kepala dan badan anak kerap-kerap dengan air daun melur. Malah banyak lagi petua-petua di internet yang mungkin berkesan. Ada satu buah kering, namanya buah cina dan boleh didapati dikedai cina. Rebus dan minum airnya.Ini anak-anak yang lebih besar. Sangat bagus untuk turunkan suhu badan. Kadang-kadang batuk juga sebab badan panas. Mungkin juga sebab resdung.Malah ada seribu kemungkinan dan kita sebagai ibu mestilah arif dengan badan anak-anak. Sampai kita dah dapat jadi doktor untuk anak kita. Dalam internet banyak dapat kita timba ilmu perubatan alternatif yang nyata lebih baik dari bahan kimia. Wallahualam.

@LeenShamsh said...

subhanallah! saye rase seperti berade dimasjlis ilmu..ilmu yg sgt2 mahal untuk kite ibu2..terime kasih kepada puan fifah, puan noen, FCU..komen anda sememnagnya insyaAllah cukup utk menyejukkan hati bukan sahaja puan nur islam malah ibu2 keseluruhan insyaAllah!

jazakallah khairan ;)

IntaNBerliaN said...

wah.. banyaknya ilmu kat blog ummu muhammad ni.. thanks sgt berkongsi..

sblm ni saya xpernah dgr pun pasal batuk kokol.. ni br 1st time... huhuu

Ummi Nur said...

As'kum..

Mm Nur vaksin 3 kali gak sampai usia 6bln..Lepas tu, umur 1 thn, ummi tak ambik.Utk 1 thn, vaksin utk sakit measles/campak ye..correct me if i'm wrong..

Nur ade gak demam dan selsema serta batuk dari semasa ke semasa.InshaAllah, utk batuk ummi praktik tepuk belakang anak, cam yg dicadang oleh paed..Alhamdulillah batuk nur berkurang,inshaAllah..kat belog ummi ade citer sikit pasal baby selsema dan batuk..sila la;;malu2, tapi nak share..
Kaedah tepuk gak dinamakan pysiotherapy kalu ummi xsilap..
..kalu baby admit ward, selain nebulizer dan sedut, therapist akan wat therapy inshaAllah..

@LeenShamsh said...

ohh..ummi nur bagi link sini..mudah2an pn nur islam membace entry ini ;)

Ummi Nur said...

:))
As'kum Puan Nur Islam

Link;

http://secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com/2011/03/baby-batuk-n-selsema.html