8.11.13

KELAHIRAN SEMULAJADI (1) l MELAWAN ARUS!

Pagi Jumaat yang penuh barakah. Selamat beramal dengan hadis sohih tentang surah Al-Kahfi. Beberapa hari kebelakangan ini membuatkan saya terfikir tentang perjuangan PTT kami di dalam kumpulan JLo (Jelitawan Organik). Ianya nampak seperti perjuangan yang masih sangat panjang. Alangkah indahnya andai golongan doktor yang sefikrah dengan PTT mampu duduk meja bulat untuk membina satu komuniti yang lebih bertenaga.

Sebagaimana impian PTT mahu membina sebuah hospital tanpa ubat-ubatan dadah sintetik dan menawarkan pakaj bersalin yang sungguh terpelihara. Aurat si ibu terjaga dengan baik. Anak yang lahir terus boleh berdakapan si ibu. Terus sahaja diazan dan diiqamatkan si ayah. Juga, disusui dengan penuh kasih sayang dengan serta merta. Ianya sungguh suatu proses yang sungguh indah!

Semua ini ialah suatu proses yang panjang dan memakan masa. Bukan cerita setahun dua tahun malah berpuluh atau beratus tahun. Hari ini, sudah banyak hospital swasta yang 'islamik' tetapi tidak mesra bayaran. Menggunakan nama Islam tetapi prosedur dan kaedah rawatan terlalu dan masih terlalu jauh dengan label Islam yang diguna pakai. Ianya suatu yang menyedihkan tetapi sebagai rakyan mahrean, apa sahaja yang mampu kita buat? Makan pun bercatu lagi-lagi semua barang naik.

Jauh disudut hati saya, saya teringin dikurniakan anak-anak perempuan supaya rantai perjuangan PTT tidak terhenti setakat ini. Malah, saya doakan usaha dan kajiannya ini mampu disambung oleh anak-anak perempuan saya dalam JLo. Doktor-doktor yang mampu membezakan antara hak dan batil. Sama-sama usaha untuk memartabatkan industri ubat-ubatan berdasarkan makanan-makanan sunnah dan herba-herbaan semulajadi yang memang diperlukan tubuh dan bukan kimia sintetik yang merosakkan sistem tubuh. Sesungguhhnya kita semua telah lama tertipu T__T.

Sesiapa yang mengikuti tulisan bersepah saya disini, pasti akan perasan keterujaan saya untuk mengamalkan tatacara hidup 'back to basic'. Teringin hidup dengan penuh semulajadi. Mengamalkan sunnah selagi termampu. Baiki diri melalui pemakanan yang memang mempengaruhi kitaran hidup kita seharian. Tengok sahaja orang-orang alim bertaqwa. Ambil yang perlu sahaja untuk bekalan sepanjang perjalanan. Dan kita?

Salah satu faktor yang mendorong saya untuk mengamati kembali disiplin makan saya hari ini adalah kerana perasaan teruja melihatkan mak-mak organik yang melalui proses kelahiran mudah tanpa pencemaran maruah yang sentiasa dianggap enteng dengan memegang ianya 'darurah'. Bagi wanita yang beriman, aurat itu sangat eksklusif! Ianya bukan wayang yang perlu dipertontonkan di khalayak. Prosedur hospital sememangnya amat mendukacitakan.

Menyusuri kelahiran semulajadi mak organik yang jelita baru-baru ini, Puan Adlie baru-baru ini, membawa saya terawang-awang, merasai bagaimana melalui perasaan yang namanya 'bertenang' dan psikologi yang sangat positif diurus tadbir dengan baik sehingga Allah izinkan ibu dan anak ini disatukan di dunia nyata dengan penuh syukur dan gembira. Kami semua bersyukur dan sangat gembira! Saya merasainya walaupun hanya berwhatsup!

Proses alami yang ditekankan adalah penjagaan makanan. Melawan arus proses klinikal. Vitamin hospital digantikan dengan makanan sunnah dan herba-herba semulajadi yang diambil satu-satu kerana pengambilan herba atau makanan sunnah sekali banyak iaitu bercampur dipercayai boleh menyebabkan tindak balas kimia yang lagi memudaratkan badan.

Lagi, scanning adalah sangat bahaya buat bayi kerana radiasi yang begitu tinggi mampu merosakkan atau mematikan sel-sel otak bayi sedangkan bayi yang sedang membesar di dalam perut ibunya memerlukan sel-sel otak ini untuk tumbesaran yang sihat dan selamat. Menurut PTT, beliau hanya menggunakan alat scan ini hanya untuk kurang dari 60 saat. Penggunaann yang sangat minimum untuk melindungi bayi dari radiasi. Mintalah para doktor yang merawat anda supaya mengurangkan aktiviti scanning ini.

Malah mak-mak organik yang meyokong kelahiran semulajadi ini tidak mengambil suntikan ATT, minum air gula dan pelbagai prosedur yang membosankan. Buka buku merah hanya sebagai syarat. Menyatakan kebenaran yang mereka tidak makan vitamin hospital dan mereka tidak memerlukan suntikan ATT. Semuanya atas tanggungjawab mereka. Malah, ada juga yang membuat surat supaya ianya lebih difahami dan dihormati.

Kami pernah bincangkan masalah anak makan najis sendiri, dan pelbagai kompilasi semasa proses melahirkan. PTT menyatakan itu semua kesan ubatan sintetik dan pemakanan si ibu yang tidak sihat dengan mengambil kira faktor GMO. Sekiranya mak tersebut mengamalkan gaya hidup sihat, inshaAllah si anak mampu menolak najis tersebut. Akibat kesan suntikan ATT dan pelbagai vitamin sintetik, si anak menjadi lemah dan kurang tindak balas atau respon.

Menurut PTT, islam ini sangat cantik aturannya sebagaimana yanng termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. InshaAllah, saya sebarkan tulisannya yang penuh kasih sayang berkenaan KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM secara berperingkat. Fahamilah dengan akhlak yang baik semasa membacanya. Semoga bukan kita sahaja yang menerima tempias kebaikkan ini malah ianya suatu nikmat malah titik perubahan dalam sistem perubatan sekular hari ini. Sama-samalah kita berdoa. Melawan arus!

8 comments:

UmmiAbi said...

Subhanallah... Alhamdulillah..termasuk dalam insan2 terpilih dimasukkan dalam JLo, semuanya telah diaturkan Allah. Tersedar ezrn tatkala membaca satu persatu info organik atau yang um mention 'back to basic'.. Allahu Rabbi..Allah sayang kita.. Kalau x sampai sekarang masih dengan barang2 serta bahan yang memudaratkan. Semua barang2 dapur juga telah bertukar coraknya dari segi ingredients, style malah presentation. Malah jajan anak2 sebelum ini adalah biskut GMO yg dibeli telah ditukar kepada kismis & kurma yg mudah dilihat. So, wafas mesti cakap "nak" bila nampak..hehe.
Bercerita pula tentang HB,tepuk dahi sendri bila memikirkan Allah sudah buka peluang tetapi kerana tiada ilmu ketika itu terus serah diri ke hospital.huhu(Geramm..sedih..keciwa..Namun tentu ada hikmahnya kan..). Masa saat kelahiran mujahidah ke2, memang dh rasa kepalanya kat umah. Rasanya jika terus lahirkan pun ok. Tapi mindset yg ketika tu "nk bersalin,MESTI masuk labour room" buatkan diri ini berserah,nak cepat2 ke hospital.huwaa.. Alhamdulillah, Allah masih sayang..Lebih bersemanagt untuk kelairan ketiga plak nanti..Yg penting kena gali ilmu lagi..
Jom UM..."Back to basic" & HB..hehee

Home4health said...

MasyaAllah..suka baca ayat kak Lin :)))

gokurinbulma said...

Ummu...sya pregnant, dah 5 bulan ni..baru minggu ni, saya tgh cuba...pg,sblm sarap,5-10 kismis, selepas sarap, minum air masak + madu + 1 biji kapsul myk habatussauda + 1 biji kapsul minyak zaitun.. malam pula, benda yg sama, air msk+madu+1 habatussauda+1 myk zaitun... baru minggu ni, saya x ambil iberet folic..kalau x, sebelum ni, saya ambil iberet + madu+ minyak2 tu..

Minggu dpn, saya nak cek hb...harap2 ok..saya update nnt ye...sharing is caring..hihi

Unknown said...

Salam UM,

Penulisan terbaik & mantappp..
Boleh tulis buku lepas ni leen :)

Syukur Alhamdulillah berada dlm group JLO, byk belajar ilmu baru walaupun saya hanya Silent Reader :D

NoEn said...

terbaik la lin ku sayang... :)

Unknown said...

penulisan yang mantap...

@LeenShamsh said...

wahai JLOS sekalian yang disyangi fillah..sabo jelah daku..sesungguye sume dr Allah..muge usahe kasih syg PTT dan kite mampu disemarakkan wlau mellaui penulisan...saham jariah berpnjangan buat kalian! ;)

All about a journal said...

alhamdulillah...
hehe jLo gathering kat sini..
tapi yelah dengan izin Allah blog leen ni la permulaannya.. ^_^