19.9.13

APA ITU GMO (2) l VAKSIN

Edisi untuk para tabib pencinta kebenaran. Bukalah hatimu!

Bayi-bayi ini juga divaksin dengan membuat keyakinan tentang bahayanya kuman. Benarkah kuman bahaya? Zaman Rasulullah tiada kumankah? Sesungguhnya Rasulullah mengutamakan kebersihan dalam hidupnya. Baginda memberi pernyataan melalui hadisnya bagaimana air yang mengalir itu boleh menghapuskan kotoran.

Tapi kita hari ini sudah sampai ke tahap memakai sabun antibakteria kerana takutkan kuman. Kuman adalah makhluk Allah dan bukankah kita percaya yang Allah tidak menjadikan suatu apa pun dengan sia-sia. Kuman kuman ini dijadikan sebagai imunisasi percuma kepada kita demi menguatkan sistem imun kita.

Sabun antibakteria mematikan hampir semua kuman-kuman yang tidak merbahaya yang diperlukan oleh kita. Hasilnya imuniti kita akan berkurang. Kita seharusnya hanya menggunakan sabun biasa atau lebih baik lagi bahan-bahan semulajadi seperti limau purut dsb.

Apa yang perlu kita lakukan bila menghadapi jangkitan kuman adalah dengan menggunakan madu, bekam atau habbatus sauda. Tapi disebabkan sunnah itu sudah tidak digigit, maka kita percayakan ubatan simptomatik di mana dadah-dadah ini berfungsi merencat sistem imun. 

Paracetamol@panadol: Merencat thermoregulation, menurunkan suhu dengan cepat, juga mempunyai kesan anti inflamatori, menyekat penghasilan tentera-tentera semulajadi tubuh untuk melawan kuman. Bila peperangan tiada untuk melawan kuman, maka kita akan berasa aman bukan?Hilang demam, kita rasa sihat, hakikatnya kuman tadi belum lagi mati dan akan boleh pergi lebih jauh ke dalam organ dan menyebabkan komplikasi meningitis, pneumonia, nephritis dan macam2 lagi.

Piriton: menghentikan penghasilan bahan histamine yang menolong untuk mengumpulkan kuman dan memerangkapnya dalam cecair hingus kita. Bila kita berhentikan hingus, kuman yang masuk akan pergi lebih dalam lagi.

Banyak lagi contoh yang boleh diberi namun pokoknya ingin dinyatakan bahawa dadah kimia ini menghentikan symptom, bukan mengubatinya sedangkan Rasulullah suruh kita berubat bila sakit. Dadah bukanlah ubat tetapi racun.

Berbalik kepada isu vaksin, apabila ramai kanak-kanak yang tidak berdosa mendapat komplikasi akibat kuman tadi (atas sebab drugs) maka ramailah doktor yang yakin kuman itu yang menyebabkan kematian padahal lupa memikirkan kesan ubatannya tadi.

Hasil dari melihat penderitaan yang banyak akibat kuman ini menyebabkan dengan hati yang ikhlas, para doktor menyarankan vaksin sebagai jalan pencegahan dan ini diterima umum bertahun-tahun. Vaksin zaman ini pula juga dibuat dengan teknologi rekombinan DNA. Asid amino DNA dari pelbagai sumber disusun atur menyerupai DNA virus terbabit. Inilah kebanyakannya yang digunakan dalam vaksin hari ini.

Pada pendapat kita umat Islam, bolehkah manusia mencipta virus? Bukankah ada petunjuk dalam Quran yang Allah mencabar manusia membuat lalat dan ada juga ayat tentang nyamuk dan Allah ada katakan makhluk yang lebih rendah dari itu? Apakah makhluk yang lebih rendah dari nyamuk, lalat? Kedua2 nya adalah vektor pembawa kuman. Dan lebih rendah tentunya kuman-kuman itu sendiri.

Manusia tidak akan boleh mencipta kuman sama seperti yang Allah ciptakan. Ini adalah aqidah kita yang tidak ada pada mereka. Dan haruskah kita mengikut mereka yang tidak diturunkan Al- Quran sedangkan kita yang memiliki Quran dalam rumah-rumah kita?


Lihatlah bagaimana kewangan mereka dijana dan disokong oleh kita sendiri? Dan kita jugalah yang mengutip derma untuk membantu saudara kita di sana yang telah diuji dengan kerosakan yang disebabkan oleh tangan kita sendiri secara tidak sedar.

Puan Tabib Terpercaya (PTT)

2 comments:

Anonymous said...

Assalam, saya nak masuk dalam wassup jelitawan tu....huhuh...malu...

Ummu Muhammad said...

heeheh...ade syarat..kene katam study di ohub (our healthy unvaccinated baby) tak silap di fb..study smpi dpt keyakinan nan bulat utk ke arah bebas ubat drugs dan sedia utk perubtan gaya Rasulullah SAW..tidak boleh bercampur inshaAllah! ;)