17.12.11

PALING HENSEM!

Muhammad hebat! Muhammad hensem! Muhammad hafiz!

Ini adalah panggilan-panggilan yang selalu saya dan suami gunakan untuk memanggil Muhammad dan insyaAllah saya akan gunakan juga untuk memanggil anak-anak orang lain juga. Mungkin ada yang beranggapan ianya umpama memuji anak sendiri namun ianya tidak bagi saya. Ianya adalah satu bentuk doa berbisa saya sebagai ibu buat anak-anak.

Adat Kita Dan Adat Mereka
Suka saya sertakan satu artikel di blog cinta-rasul berkenaan adat kita dan adat mereka. Ustazah Aisha dan suaminya mengambil peperiksaan lisan dan bertulis al-Quran semasa belajar di syria dahulu. Dalam menanti giliran, anak-anak mereka sempat bersalaman dengan sheikh-sheikh hebat disana. Apa yang istimewanya,  cara mereka ketika bersalaman dengan anak-anak, mereka akan memanjatkan doa-doa yang hebat. Subhanallah!

Sebahagian tulisan di blog cinta-rasul.

Apakah perasaan anda sebagai ibu dan bapa apabila orang-orang hebat dan kuat beragama mendoakan dengan doa-doa yang hebat buat anak-anak kita? Sudahlah didoakan, ianya cukup melapangkan dan menyejukkan hati si ibu mahupun bapa bukan? Saya juga cukup setuju dengan perbandingan yang dibuat berkenaan adat kita disini dan adat mereka disana. Penulis juga mengesyorkan untuk selalu berjumpa dengan orang alim. Kesimpulannya, rajin-rajinlah duduk di majlis ilmu supaya kita dapat meneguk ilmu-ilmu sebegini yang tidak ada di shopping complex mahupun panggung wayang dan sebagainya.

Agama vs Akademik
Saya juga tertarik dengan perbandingan orang bijak akedemik dan orang alim beragama yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI). Antara ustaz yang sangat popular mengalahkan selebriti ;). Antara ulasannya yang saya simpulkan sahaja, orang yang belajar tinggi sehingga ada phD sekalipun andai tidak punya ilmu agama, dia adalah orang yang BODOH tapi orang yang ada agama tapi tidak belajar tinggi, jangan panggil bodoh. Bayangkan anak-anak kita yang kita sendiri bukakan lorong-lorong untuk berjaya akademik dengan mengetepikan ilmu agama, mereka menyedekahkan bacaan Al-Quran dengan membuka kaset kerana tidak pandai mengaji ketika kita mati. Begitukah pengakhiran yang kita harapkan? Mungkin  anak-anak mampu memberi beribu-ribu setiap bulan tetapi apabila kita meninggal, belum masuk pun dalam perut tanah, kita sudah diazab. Nauzubillah!

PALING HENSEM!
Serring kali apabila saya memanggil Muhammad dengan panggilan Muhammad hensem, mahupun memanggil anak-anak orang lain, apa yang selalu terdetik dan melintas dihati saya adalah:

Kredit: Ibnu Muslim. Salah satu blog ilmu insyaAllah!

Walau bagaimanapun, kita hanya mampu mendoakan 'hensem' kerana menurut nota kaki di blog ibnu muslim, manusia yang PALING HENSEM adalah kekasih Allah dan kekasih kita, Rasulullah SAW. Manusia paling sempurna dan hensem adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana akhlak Nabi S.A.W adalah akhlak Al-Quran.

Akhir kalam, mulakanlah hari-hari seterusnya dengan doa-doa yang hebat buat anak-anak kita. Ubahlah persepsi yang tidak baik terhadap diri dan orang lain. Jauhi bahana hasad dengki. Mudah-mudahan dengan hati yang bersih dan tulus, maka akan lahirkan generasi-generasi al-Quran merayap. Kalau bukan kita, jangan biarkan anak-anak kita mewarisi kejahilan kita. Sesungguhnya TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGEGAR DUNIA!

9 comments:

puan nina said...

terharu bila ada orang doakan yang baik-baik untuk anak kita =D

dan sedeh bila orang kata anak kita 'degil...etc...' walaupun sebenarnya dia tgh dlm fasa meneroka alam dan serba ingin tahu...

myamyza said...

alhamdulillah, selalu panggil panggilan yang baik buat bamlom, selalu panggil dia, bamlom anak yang soleh jangan itu, jangan begini.. bamlom anak yang rajin tolong dan sebagainya... mari kita sama2 menggegar dunia!!!

Marlina Mohtar said...

ummi setuju dan sokong 100% :)

Qaseh Suhaida said...

betul panggilan nama seseorang mcm satu doa jugak jadi bagilah nama yg ada maksud yg baik2 utk anak kita.

Ruse Sulaiman said...

selalu puji Iman... baik, pandai, comel.. dia pun suka. kalau nakal ummi dia ckp anak yg baik taat kepada ummi dan ayah. mesti dia terdiam. ayat tu ada dalam cd ABC, alif ba ta yg kami beli ;) apa pun kesabaran dan contoh dari ibubapa sendiri yang utama kan?

Ummu Ukasyah said...

Ya.. setuju 100%..

Ummi tag :

http://www.mamafaiz.com/2011/12/giveaway-dari-mamafaizcom.html

Ibu Yusuf Maryam said...

Ibu Yusuf setuju juga.. :D

NoEn said...

mama alya pun setuju juga ^____^

Unknown said...

panggilan yg baik2 utk anak2 memang 1 doa.. :)