25.12.15

JOM KURUS (5) | TABATA

Cuba tekan lengan. Pejal atau tidak?

Lengan adalah antara pusat ternakan lemak yang paling popular selain perut. Walaupun, kita telah cuba mengawal pemakanan tetapi senaman juga pada saya sama penting untuk 'reshape' semula bahagian-bahagian lebihan yang dahulu menjadi pusat ternakan lemak berleluasa.


Melalui jiran belakang meja saya, tahulah saya bahawasanya berat badan saya tidak turun-turun juga atau statik walaupun telah mengawal pemakanan kerana menurut beliau, saya perlu bersenam. Senior saya yang lebih dahulu kurus, memang tidak lokek berkongsi senaman mereka yang kebiasaannya mereka lakukan secara ringkas selepas solat.

Saya juga merujuk seorang lagi rakan dan beliau sangat syorkan senaman '10 MINUTES TABATA'. Alhamdulillah, saya serasi dengan 2 jenis senaman yang tidak memerlukan pergerakan lebih. Maklumlah usia semakin senja, melompat-lompat pun terasa mahu tanggal segala anggota badan.

Senaman ini boleh dilihat di youtube sahaja. Betul kata kawan saya, ianya umpama memanggil jurulatih datang ke rumah. Ada 3 jenis senaman yang biasa saya lakukan. Senaman 'dumbell', tabata 'reboot your butt' dan kayuh basikal kardio. Saya paling suka senaman 'dumbell'. Mengecilkan lengan dan sekaligus perut. Jika boleh disusun senaman kesukaan saya, saya pilih,
1. senaman 'dumbell'
2. 'reboot your butt'
3. basikal kardio

Jurulatih 'youtube' saya ini hanya boleh ditonton saya seorang. Tidak dibolehkan buat suami dan anak-anak. Masalah besar ialah aurat. Faham sahajalah jika jurulatih minah saleh di dalam gym. Jadi, saya perlu  hafal 'step by step' supaya tidak menjadi gangguan kepada pakcik besar dan pakcik-pakcik kecil di rumah. Alhamdulillah senaman cukup mudah, ringkas dan hanya 10 minit sahaja tetapi impak besar. Keluar semua peluh jahat. Jika mahu tahu yang mana satu senaman kegemaran saya, boleh PM. Ceh!


Kawan baik saya yang seorang lagi ialah alat penimbang berat badan. Dia seorang yang jujur dan tidak pernah menipu saya. Saya menjenguk dia hampir setiap masa :D. Melalui dia, saya sentiasa boleh membaca skala makanan saya dan berapa banyak saya terlebih dan berapa banyak saya perlu 'workout' buang yang terlebih. Terima kasih kerana sentiasa jujur wahai kawan :D.

Berat badan asal saya sebelum berdiet adalah 64kg. Berat badan semasa anak remaja ialah 55kg dan selepas nikah turun kepada 53kg. Selepas beranak 2, berat saya susah mahu pecahkan 60kg. Pernah sekali 55kg jika saya tidak silap selepas bersalin anak pertama.


Alhamdulillah berat terbaru saya ialah 54kg dengan anggaran 10kg turun dalam masa 4 bulan. Alhamdulillah walaupun cuti-cuti Malaysia, balik kampung Terengganu, menghadiri walimah junior kesayangan di Melaka, berat saya masih 'maintain'. Asbab saiz perut mengecil, saya cepat sedawa dan kenyang. Jika lebih muatan, mudah 'sebu' perut. Paling ketara setelah turun 10kg, saya terpaksa mengalihkan cangkuk kain dengan jarak 8cm jauhnya dari kedudukan asal.

Untuk ibu-ibu menyusukan, sila 'enjoy your foods'. Jangan disekat-sekat. Selepas 2 tahun, boleh mulakan diet santai ini. Tidak susah jika ada kemahuan yang kuat. Elakkan minuman bergula, kurangkan makan bertepung. Jangan tinggalkan sarapan dan makan malam. Makan malam paling ideal ialah sebelum maghrib seperti waktu berbuka. Petang jika lapar, kunyah epal hijau. Malam jangan makan makanan berat. Jika lapar, kunyah buah-buahan. Epal hijau lagi jika lalu. Jika tidak lalu, belajarlah untuk berkawan baik dengannya :D.

Alhamdulillah dengan ketinggian 163cm, berat yang ada sekarang cukup cantik untuk saya. Target 55kg telah tercapai. Target baharu saya ialah 50kg. Suami angkat 2 tangan. Cukuplah sampai disitu sahaja kata dia.

Baik, saya menurut perintah. 

Sekian, kisah diet saya dan dia.

Diet santai cara KAMI :D.

6 comments:

Etuza said...

saya dah follow blog anda ya

Kay said...

Senangnya! Saya nak buang lg 5 kg je tak dapat2, dah statik 4-5 bulan...

Marlina Mohtar said...

tahniah lin =) =)

Akak pun on diet sekarang ni...doakan istiqomah ya. Ramai kawan tegur nampak kurus sikit, tapi TAKUT nak timbang hehe. Target awal nak turun 10 kg dulu....hihi

Marlina Mohtar said...

lagi satu,....penimbang tu lin beli mana? berkenan lah hihi

@LeenShamsh said...

Kak inaaa!!! Ampun tk ingat nk reply. Penimbang kite murahan beli DIY tk silap mase tu 35 ke 39.90. Alhamdulillah mmg dapat berat anak dare semule 53.6kg paling cun pernah jejak. Mase awal2 diet mmg catu makan. Sepinggan kongsi 2org suami isteri. Skrg da dapat berat ideal, makan sorg sepinggan balik. Alhamdulillah maintain n suami pun turun lebih 10kg same dgn isteri. Saiz hidangan kami skrg anak2 punye saiz hidangan. Ibu ayah pulak makan saiz hidangan budak kikiki.

Nak wassep akk tk jumpe no akk T___T

Marlina Mohtar said...

Hehe....tak sabar nak beli penimbang. Jom detoks....