21.8.13

WW- BAHAN ASAS MASAKAN DI BAi

Niat dihati mahu catatkan tragedi tragis sebelum syawal atau lebih tepatnya penghujung puasa sebelum pulang berhari raya ke kampung ayahanda Muhammad dan Abdullah. Tangguhkan dahulu. Agak sibuk untuk selesaikan beberapa urusan tergendala ;). Jadi, cerita pendek sahaja hari ini. Tentang bahan asas masakan yang kami gunakan di Bayt Al-Iman kami.

Gula putih (refined sugar cane) yang dikimiakan, kami ganti dengan gula perang (gula semulajadi atau gula proses yang tidak dikimiakan). Banyak lagi bahan yang boleh menggantikan manis gula seperi daun stevia. Kami belum sempat mencari pokok stevia lagi. Gula bertukar warna menjadi putih setelah melalui proses 'klorox' atau dilunturkan.

Alhamdulillah kami telah merasakan perbezaannya setelah mengamalkan gula perang ini. Apabila kami makan selain gula perang, memang mudah tegang urat kepala. Tidak percaya? Cubalah amalkan. Gula perang ambillah seberapa banyak sekalipun, inshaAllah ianya tidak memudaratkan. Bahan-bahan organik, semulajadi inshaAllah pengambilannya tiada batas.


Garam halus (NaCl), kami ganti dengan garam berwarna merah jambu atau nama popularnya, rock salt atau natural sea salt. Mulanya, seram juga warna garam begini rupanya. Setelah istiqomah menggunakannya dengan izin Allah, ianya sedap! Ada 'lemak'nya tersendiri ;D.


Ini dia stok gula (5 paket gula perang) dan sepeket garam pink. Stok lepas geram ayahanda Muhammad dan Abdullah asbab kami pernah kehabisan stok disebabkan bekalan gula perang yang tiada sebelum puasa lepas. Stok untuk taska Muhammad dan Abdullah juga. Moga anak-anak di taska membesar dengan sihat dan ummat yang disukai Allah & Ar-Rasul inshaAllah.


Gandum cap pelbagai itu kami ganti dengan cap Atta atas saranan dan kajian Puan Tabib Terpercaya (PTT) dan Puan Osem yang telah mengkaji susur galur penghasilannya. Menurut PTT, cubalah cari gandum yang organik atau gandum yang berasal dari bumi anbiya' atau Jepun yang masih belum tercemar dengan GMO. Begitu juga dengan rempah ratus. Sejujurnya, kami sendiri memang jarang menggunakan tepung. Makanya, tepung ini belum lagi terusik ;).


Alhamdulullah akirnya ketemu juga dengan kicap organik seperti saranan Puan Dee kesayangan :). Kicap ini jenama Jepun. Baru-baru ini juga kami bertemu kicap jenama lain yang organik juga. Keduanya mahal! Rasa juga tidak sesedap kicap popular. Biasalah yang sihat memang tidak sedap. Ianya sangat berguna ketika waktu kecemasan iaitu ketika berlaukkan telur goreng, telur rebus semata ;). Terima kasih Allah atas kurniaan 'telur'. Lauk yang paling mudah dan cepat dimasak ketika anakanda Muhamamd kelaparan tidak terbendung untuk menantikan lauk pauk lain haha!

Kami bukanlah terlalu cerewet. Kami meraikan semua pemberian jiran, keluarga kerana disitu ada keberkatannya. Begitu juga keberkatan dalam menyambung silaturrahim ketika beraya, menghadiri jemputan rumah terbuka. Kami makan sajian tuan rumah dengan berselera haha! Bukankah menggembirakan hati dengan menghabiskan sajian tuan rumah itu sangat dituntut? ;) Jadi, jangan anggap semuanya kami pangkah. Berpada-pada kata ayahanda Muhammad dan Abdullah kerana kita selalu akan diuji dan teruji dengan apa yang kita perjuangkan. Cuma ayam bandar memang kami terpaksa pangkah awal-awal juga, produk zionis serta minuman bergas dan pewarna yang keterlaluan. Ayam kampung, ayam organik, kami makan ;D. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan :D.

7 comments:

NoEn said...

tepung atta...i guna tepung faiza..tak sure ia nonGMO atau GMO tp dia tanpa peluntur yg digunakan kat tepung biasa..itu pun suggestion dr group solid food...tepung atta ni pun antara tepung yg disuggest

some said gula perang better sikit dr gula putih tu tapi mcm lebih kurang cuma better sikit je..tapi kalau nk lagi bagus amik gula organik yg costnya untuk 1botol yg lebih kurang sekilo tu RM10...fuhhh lap peluh jap...

kicap tamari...xbeli2 lagi sbb kedai organik kat sini buka sampai petang je..jumaat tutup..mmg xsempat nak pergi jenguk lg kedai tu...huhu..itu pun xthu ada ke x kat situ

info tambahan...haha poyo...any soy based adalah tak bagus kecuali tempe... i like sambal tempe *tetiba* haha

NoEn said...

tambah lagi, betul bukan sampai obses itu tak boleh ini xboleh, tapi kita kurangkan mana yang patut yang under control kita...yg beyond control tu pejam mata dan telan la ye...hehe

Surishariff said...

Assalamualaikum..terima kasih kerna berkongsi maklumat yg membawa kebaikan

Surishariff said...

Assalamualaikum..tq atas perkongsian ilmu ini.

UmmiAbi said...

UM...jemput datang umah ummi 31hb ogos ni ye..Nt ummi bg email..:)

@LeenShamsh said...

noen: ohh kicap tamari better kah? hari tu g eon big baru bukak mmg ade satu tempat yg khas utk organik tapi sygnye suamiku taknak beli makanan kt tempat ade jual rokok n arak..die hnye shopping runcit kat kedai yg takde jual bebende tu sume..g pasaraya selalu beli bende bukan makan mcm baju, etclah

penh tgk gule organik tu tapi lebih kurg gule perangku cume gule perang kat pasaraya mmg nampak mcm gule melake kene blend..yg ni beli kt tahfiz warne same dgn hok mahal organik tu tapi tak taulah kandungan die guane..

noen..nnt kalau ade i post entry memakn ni, u comment tau..i nk tgk pendapat lain jugep..;)

suri: sharing is loving ;) sayang fillah ;)

ummi: wah!!! dimanekah rumahmu ummi wafa kesayangan??

@LeenShamsh said...

p/s: sgt syor utk bace link ini semule lebih2 utk pembace baru

http://attuffahumairah.blogspot.com/2013/07/perubatan-islam-7-l-mekanisma-badan.html

tulisan puan tabib terpercaye