Mesej ini saya terima melalui adik-beradik bulatan gembira kami dahulu dalam kumpulan WhatsApp Usrati kami malam semalam. Ianya isu penting disebalik permainan sistematik zionis dalam hal Mesir dan negara-negara Arab kini yang kita perlu dan sangat penting untuk ambil tahu. Sedarkah kita yang kiamat itu semakin dekat? Fakta rahsia ini saya perbaiki mutu gaya bahasanya.
Ketika ini seluruh umat Islam di dunia menumpukan perhatian kepada krisis di Mesir dan Syria, tetapi sedarkah kita bahawa ini adalah episod terakhir permainan Dajjal sebelum laknatullah ini membuka fasa berikutnya.
Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin? Sebaliknya MEKKAH dan MADINAH! Tahukah anda MEKKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran) bermula dengan:
1. TURKI UTHMANIYYAH yang ditumbangkan dan jatuh ke tangan puak sekular ekstreme, walaupun kini diperintah 'pemimpin islamik' Erdogan? Hakikaynya beliau hanyalah PUPPET yang hanya bersuara tetapi tidak bertindak kerana dikekang pengikut setia Antartuk.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. [sumber]
2. PALESTIN yang sebelum itu makmur di bawah pemerintahgan Uthmaniyyah ditawan mudah puak kuffar sebelum diserahkan pada Zionis.
3. IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan, USA dan negara Salib dan bantuan sulit dari Syiah (IRAN).
4. AHGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya di dunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).
5. LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan eksperimen untuk mencetuskan 'ARAB SPRING'. Rakyatnya dihasut untuk BANGKIT dan dibantu bersungguh-sungguh oleh TENTERA SALIB (NATO).
6. SYRIA adalah sasaran sebenar OPERASI ARAB SPRING yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah (Dajjal) dan Al-Mahdi.
7. MESIR walaupun 'DISERAHKAN' kepada Dr. Mursi dari ikhwanul muslimin, kemudian dirampas semula oleh tentera firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tidak terhingga umat islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.
Lihatlah peta dunia, SEMUA NEGARA ARAB DISEKELILING MEKKAH DAN MADINAH telah ditawan dengan sistematik.
Lihatkan negara-negara Arab bergolak yang telah disebutkan di atas 'mengepung' Mekkah dan Madinah secara sistematik. [sumber]
Di akhir zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa tempat suci umat islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH yang diberi kepercayaan memerintah ROM. Siapakah LELAKI HABSYAH yang dimaksudkan ini?
Semua sedia maklum, ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya dan satu-satunya LELAKI HABSYAH (kulit hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA!
Presiden ROM a.k.a USA, Barrack Obama. [sumber]
Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah SAW mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah bila masa kaabah akan diruntuhkan dan pelakunya seorang lelaki berketurunan Habsyah yang dilantik menjadi Pemerintah Roman.
SUBHANALLAH! Kiamat semakin hampir! Asbab itu saya percaya yang dunia hari ini ada bersangkutan dengan konspirasi menjatuhkan umat islam dengan izin Allah. Bermula dengan ideologi, perang makanan, ubat-ubatan, semuanya dibuat dengan hanya satu tujuan, menjatuhkan Islam! Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment