InshaAllah pagi ini ada rezeki buat pembaca yang mana rezekinya sedang mencari alamat tuannya. Pagi-pagi saya berbual dengan seorang sahabat yang tidak pernah bertentang mata tetapi sangat dekat di hati. Fikrah tentang amalan pemakanan anak, ubat alami anak, membuatkan ramai sahabat maya menjadi sahabat yang akrab. Teknologi whatsup menghubungkan kami. Fikrah kami sama ;).
Ini rezeki Ramadhan yang mencari kami. Terima kasih ustazah kesayangan saya nun jauh di utara. Rezeki kami ada dalam rezekinya ;).
Buku ini dibaca dahulu oleh tuan suami. Subhanallah! Kupasan ceritanya membuatkan saya tidak tunggu lama untuk saya berlumba baca dengannya. Kita biasa membaca kupasan buku tentang rezeki tetapi olahan bukunya sangat menarik. Bagaimana penulis cuba mengajak pembaca bukunya untuk menjemput rezeki kerana MENJEMPUT REZEKI ITU LEBIH MUDAH DARIPADA MENCARI REZEKI.
Sejujurnya saya tinggal beberapa bab kecil untuk dilengkapkan tetapi takdirnya mak teringin sangat mahu membacanya selepas saya berulang kali menyatakan betapa perlunya buku ini untuk dibaca kerana inshaAllah sesiapa yang membacanya akan menjadi bertambah baik! Percayalah!
InshaAllah ada kelapangan yang berkat, mudah-mudahan Allah izinkan saya kupas penulisan penulis berkenaan rezeki yang mampu menarik kita semua dalam beramal inshaAllah!
Jadi, seperti tajuk di atas, rezeki sedang menanti 10 orang yang bertuah di blog Puan Iryani Ahmad sempena GA ulangtahun tentera keduanya yang genap setahun bernama Hassan sempena nama pengasas parti PM Morsi Mesir, Ikhwanul Muslimin iaitu diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
Kami di Bayt al-Iman mendoakan anakanda Hassan juga abangnya AlFatih, membesar sebagai tentera Allah yang hafiz Quran semenjak kecil dan istiqomah dalam berjuang menegakkan agama Allah inshaAllah! Dunia memerlukan generasi kalian untuk dibentuk dan diacu sebagaimana generasi awwal inshaAllah! Doakan Muhammad dan Abdullah juga! ;)
Apa tunggu lagi? Jom jemput rezeki DISINI!
7 comments:
Assalamualaikum puan, saya nak join group wassup prochoice vax macam mana ya, teringin juga nak berkongsi ilmu bersama ibu-ibu lain.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah. Menarik GA ni..
puan asmah: waalaikumusslm..takruf sket jom puan ;) email atau wassup saye boleh ;)
UI: amin UI..jomlah juin!!
thanks ummu...
saya join jugak.. hihi.. nk baca jugak buku ni.. xcited je baca ummu gtau psl buku ni :)
Alhamdulillah. ameen. terima kasih doakan Hassan. Semoga doa acikLeen dimakbulkan Allah.Nanti berikan nama penuh, alamat & no telefon pada email yani ya. pn.iryani@gmail.com
puan boleh bagi email, insyaallah saya email puan sebagai permulaan sesi takruf kita.
Maaf blog saya tu kosong sebab dah dihibernatekan beberapa ketika bagi membersihkan kekotoran yang ada, mungkin sudah tiba masanya saya kembali aktif berblogging setelah membaca entry-enty puan berkenaan pendidikan anak-anak dengan al-quran.
Saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah kerana asbab dipertemukan dengan blog puan, saya memperolehi petunjuk bagi pendidikan anak saya Ehmed Baazon Asyhaab yang kini berusia 1 tahun 7 bulan.
ini email saya : asmah.ismail84@yahoo.com
sekian, dulu insyaallah saya panjangkan lagi takruf saya dalam email nanti.
wassalam.
Ummu baazon: maaf ye UB..email sye attuffahumairah@gmail.com
IA didikn Quran lebih mudah juge buat baazon..bayi mmg cept rakam dn perlu tunggu die mule brckp utk memunthkn sume memori die selame ni..inshaAllah Allah akn tolong ;)
Post a Comment