22.8.13

TRAGEDI TRAGIS SEBELUM SYAWAL 1434H

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Sana sini rakan-rakan alam maya mengabadikan kenangan kisah raya, ibu pula masih dalam Ramadhan. Ramadhan yang sentiasa dirindui. Ianya membawa keberkatan, keberkahan dari pelbagai segi. Rohani, jasmani. Mudah-mudahan momentem Ramadhan membawa kita istiqomah untuk 11 bulan lainnya. Mudah-mudahan Allah sampaikan lagi kita dalam Ramadhan 1435H pula.

Ramadhan begitu signifikan dengan bulan Al-Quran. Tadarus, tadabbur semakin diperhebat. Maklumlah, Ramadhan sangat istimewa. Semua amalan digandakan berlipat kali ganda. Sebab itu Ramadhan sentiasa dinanti-nantikan kita. Alhamdulillah walaupun ABC ibu agak panjang tahun ini, Allah izinkan ibu khatam juga walau sekali.

Tahun ini masih bertadarus berdua dengan ayah. Kami tidak membahagi setengah-setengah. Tamakkan pahala berganda :D. Jadi, selepas subuh atau selepas maghrib, mana-mana yang sempat, ibu akan baca semuka dan disemak ayah. Begitu juga sebaliknya. Ayah baca semuka, ibu semak. Sebenarnya ibu cukup tidak sabar untuk sama-sama bertadarus bersama Shaikh Muhammad dan Shaikh Abdullah. Moga Allah kurniakan masa-masa syurga itu bersama kita inshaAllah!

Sesudah membaca doa khatam Al-Quran yang ibu cukup suka dan sungguh syahdu doa khatam Al-Quran. Maknanya yang sangat mendalam dan penuh pengharapan hanya kepada Allah. Ibu meneruskan niat dan misi ibu untuk membuat lagsir di dapur basah untuk menggantikan bidai yang telah berkhidmat dengan kita hampir 4 tahun lamanya. Memang sangat kritikal si bidai di dapur basah kita.

Belek-belek katelog ikea, dapat idea untuk membuat langsir corak kotak-kotak merah di atas. Tema ala-ala English kunun ;).

Kain ini RM2 semeter. Ibu ukur dan inshaAllah 7 meter cukup untuk kawasan bidai lusuh tersebut.

Maka, bermulanya tragedi tragis yang menyayat hati. Sedang ibu seronok menjahit, ayah memanggil. Abdullah buang sisa besar sehingga bocor. Jadi, ibu  diperlukan untuk cuci kawasan yang tercalit sisa besar adik untuk disucikan. Selesai sahaja urusan mensucikan tempat-tempat bernajis tadi, ibu segera mendapatkan kain kotak-kotak ibu semula.

OMG! 

Nampak tidak apa yang terjadi?

MUHAMMAD GUNTING LANGSIR IBU! Bahagian tengah pula itu. SHAIKHH KABIRRRR!!! Marah anak memang perlu sumpah yang baik-baik. Rujuk ibu Shaikh Sudais, imam Masjidil Haram. Betapa 'solehnya' Shaikh Sudais semasa kecil. Peristiwa mahsyur semasa kecilnya. Si shaikh membaling pasir masuk ke dalam hidangan untuk para tetamu ibunya. Si ibu sumpah as-shaikh pergi jauh. Menjadi imam Masjidil Haram. Allah takdirkan masin si mulut ibu. Hah begitulah cara menyumpah anak! ;D

Ibu puasa. Mood baik dan tenteram hati. Baru lepas khatam tadarus lagi. Baca maksud doa khatam Al-Quran, sabar pun lebih sedikit.  Ibu gunting tempat guntingan Muhammad ke bawah dan jahit semula dan mencatumkannya semula. Alhamdulillah ilham Allah. Selesai masalah.

Bidai yang berkhidmat selama 4 tahun kepada kami terlalu uzur, siap bertongkat :D.

Kerjasama ayahanda yang sangat baik. Ibu siap sahaja jahit, segera digantikan bidai berjasa kita yang kritikal itu. Terang mata masuk dapur sekarang ;).

Inilah hasil terakhir. Bahagian bawah dicerut menggunakan tali.

Kos langsir ini hanya RM14 dan Allah izinkan selesai masalah. Untuk menaikkan batu dan membuat pintu dan tingkap, ianya memerlukan modal yang tinggi. Maklum modal perlu dikumpul berdikit-dikit, jadi, tiadalah pintu dan tingkap berdinding batu. Perlu kreatif. Asal ianya kemas dan harmoni mata memandang.

Ada satu lagi projek yang ibu teringin buat sebelum balik kampung. Projek alas meja! Lerang besar kain berkotak besar dijual RM15 semeter. Paling kurang mesti semeter setengah. Anggaran ibu. Ibu tangguhkan dahulu kerana terlalu mahal pada ibu.

Balik dari kampung ayah pula, ibu kembali untuk mencari semula kain tersebut. Selepas raya, dijualnya RM5 semeter. Amboi! Harga runtuhkah selepas raya? Ibu belilah semeter setengah berserta alas meja jernih jenis tebal. Dengan kos RM 11.30 jika ibu tidak silap, maka selesaikan masalah alas meja buat meja pusaka, warisan daripada nenda turun temurun haha! 

Tarraaahhh! Alas meja baru dengan penjimatan hebat haha! Alas pinggan atas meja pula 99 sen sekeping. Anak-beranak seorang satu. Jangan gaduh.

Sekian kisah tragis yang sungguh nostalgia di penghujung Ramadhan 1434H haha! InshaAllah kisah raya yang pilu inshaAllah akan dicatat ibu juga dengan izin Allah. Syawal juga merupakan bulan walimah ibu ayah. Maka, salah satu dari syawal kali ini, genaplah usia bayt al-muslim kami yang ke-5. Sudah 13 Syawal baru ibu tersedar, sudah beberapa hari berlalu tarikh genap 5 tahun kami. Terlepas candle light dinner! :D

2 comments:

@LeenShamsh said...

holah noen..telekong org tempah pun tak jait lagi hehe bagi laluan langsir rumah dulu heee

FADLUL & FIFAH said...

tak yah bazir2 bli mhl2 kt ikea kn!!