29.9.12

CUKUP 5!

Alhamdulillah akhirnya cukup 5 peserta untuk membeli ALDO EGO CONVERTIBLE CAR SEAT semalam ;). Isi borang pesanan, mulanya shipping dikenakan RM10 untuk 5 unit tetapi setelah beremail dengan pihak kedai, setiap unit RM10 untuk shipping dan Alhamdulillah boleh terus dihantar ke rumah semua orang. Jadi jumlah besar setiap orang adalah RM199.40 + RM10 = RM209.40. Alhamdulillah Allah mudahkan kerja ;).

Kredit kepada ummu ikram yang telah memberi review berkenaan di ruangan komen di entry CAR SEAT. Juga kepada ummu tasneem yang sempat saya SMS. Terima kasih semua :D. Di bawah adalah sebahagian foto-foto 'real' berkenaan kerusi kereta ini. Kakak-kakak semua, pinjam gambar ya ;D. 

Kelabu. Foto ehsan DISINI.

Merah. Foto ehsan DISINI.

Baby tidur ;). Foto ehsan google lagi DISINI.

Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi dengan kami. Alhamdulillah kita semua merasa harga borong yang jauh lebih murah yang mana harga asalnya adalah RM299. Mereka termasuk kami yang membuat tempahan adalah seperti berikut :D
1. Muhammad- grey
2. Abdullah- red
3. Mama Mia- red
4. Ummu Amna- red
5. Ummu Mus'ab- red

Muhammad ketua rombongan ;). Dia seorang sahaja kelabu. InsyaAllah selepas ini Muhammad dan Abdullah boleh tidur dalam posisi yang selesa dengan izin Allah. InsyaAllah Muhammad tidak perlu lagi tidur merengkek di tempat duduk sebelah pemandu. Abdullah pula memang nyanyak tidur diletakkan dalam car seat milik maklongnya yang digunakan Muhammad sebelum ini. Semuanya antara asbab Muhammad dan Abdullah sangat perlu akan car seat. Walaupun car seat ini tidak sebegitu 'gebu' atau setanding dengan yang ada mencecah ribu, mudah-mudahan ianya ada keberkatan disisi Allah buat anak-anak kita semua insyaAllah! Terima kasih semua! ;D

11 comments:

Umialya said...

cantik..

FADLUL & FIFAH said...

mmg bbaloi bli ramai2 cmtu

NoEn said...

muafakat membawa berkat...berbaloi2 dapat share beli kn

ummu ikram said...

afwan ummu muhammad..

lama tak menjengah ke sini, sdg bz dgn adik ikram skrg.. x terjawab soalan yg ditanya.. tp nmpknya Allah mudahkan pencarin ummu muhammad wa abdullah mencari carseat tu, murah pulak tu.. alhamdulillah, mmg tak gebu tp selesa insyaAllah.. rugi tak join sama2 beli.. sbb mmg plan nak beli carseat yg sama juga utk adik Islah ni.. =)

kayzie said...

suka merah..:)

syiela said...

mmg berbaloi kan beli borong camni

Unknown said...

huda nak beli gak la rasanya nanti :)

Izan Ishak said...

sgt2 berbaloi beli sekali 5 camtu. syukur dpt kawan2 yg nak beli car seat dlm masa yg sama...

insan_marhaen said...

Alhamdulillah..dapat juga kumpul 5 dan beli..

IntaNBerliaN said...

yg warna merah tu cantiklah.. :-)

IntaNBerliaN said...

yg warna merah tu cantiklah.. :-)