14.9.12

UNTUKMU WANITA

Tazkirah jumaat hari ini ;). Suka saya kongsikan perihal solat 'berkembar' yang mungkin ada dikalangan kita yang mungkin pernah tahu atau tidak tahu. Saya ambil sumber DISINI dan ianya dirujuk dari Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

*************************************************************************
Dalam BAB TIGA:
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'

" Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH:
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama:
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

*****************************************************************

Entry sebelum ini yang bertajuk HUTANG berkenaan Hutang Solat, 'kecuaian' inilah yang saya maksudkan sehingga diperhatikan terlalu banyak mengqada' solat oleh Abu Muhammad. Semoga kita sebagai muslimah yang sedang menuju mukminah, sentiasa dibukakan hati oleh Allah untuk melihat kebenaran dan sentiasa diberikan pengetahuan agama walaupun bukan dari latar belakang mengaji agama kerana ilmu hidup beragama bukan tanggungjawab ustaz atau ustazah semata tetapi kita semua yang bernama seorang Islam, wajib belajar dan mendalaminya sebaiknya insyaAllah. Ingatan kuat buat yang sedang menulis ini terutamanya ;). 

Selamat qatam surah Al-Kahfi di hari Jumaat yang indah ini makcik-makcik dan pakcik-pakcik ~ Muhammad & Abdullah ;)

8 comments:

UmmiAbi said...

Abi selalu suruh qada' solat selepas mandi wajib kerana haid,sebab kte xtahu bl drh btul2 kering..kan? Tapi ummi nyer prob selalu ummi sedar dah kering katakan waktu asar..Ummi mandi & solat zuhur n asar. Then bila magrib tgk ada lagi. Kdg2 kte dah mandi wajib 2-3kali...Tapi slps 2-3 jam dia dtg balik.. Sabar jelaa..itu pn dugaan kan?

Ummu Muhammad said...

ummiabi: samelah tu kite..mandi 2-3kali sebb takut2 terlepas waktu yg sepatutnye..takpe ummi tu namenye berhati-hati ;D

NoEn said...

betul tu...ramai juga yg tak tahu pasal ni

♥CIK KUKUMERAH♥ said...

KAK LEENNNNNN... WAHH DAH KITE DAH ADE NEPHEW BARU KE? SAPE NAMA DIA KAK?

Ummu Muhammad said...

noen: tulah hehe ;)

dyan: dahhh..hamba Allah hiihhi ;P

syiela said...

thank atas ingo.. kdg2 2-3 kali mandi :)

Bulan Syurga Firdausi said...

syukran...mgkin lebih detail dgn zaujah nanti insyaAllah :)

Ummu Muhammad said...

k.syiela: gitulah kak..kene mcm tu kan

BSF: insyaAllah mudah2an cepat2 walimah..dikurniakan bidadari yg cantik segalanya..amin!