4.7.12

SUSU KURANG

Suatu pagi sedang saya memandu, saya menerima panggilan bertubi yang seakan kecemasan. Rupanya makngah Muhammad. Nadanya sungguh cemas. Rupa-rupanya cemas kerana susunya semakin merundum. Puas dia memakan apa sahaja untuk meningkatkan kuantiti susu namun hasilnya tetap sama. Pagi itu, dia hanya mampu memerah sebanyak 7oz sahaja dan ianya tidak mencukupi untuk anaknya yang kini berusia hampir 10 bulan. Selalunya anaknya bangun malam menyusu sehingga 'kosong' dan menjadi asbab pagi itu dia tidak mampu memerah dengan banyak. Stok susunya habis sepenuhnya. Makngah Muhammad meminta pandangan sama ada anaknya perlu diberi susu formula kerana dengan sedihnya dia berkata yang jumlah 7oz memang tidak mampu menampung susu anaknya ketika dia keluar bekerja setiap hari.

Alhamdulillah saya dikurniakan susu ibu yang meriah kerana stok susu Muhammad mampu lanjut sehingga Muhammad berusia setahun 7 bulan cuma Allah takdirkan saya tahu cara-cara menyimpan dan memperkenalkan alat memerah yang sesuai ketika Muhammad berusia 6 bulan. Berbeza dengan makngah Muhammad yang belajar dari pengalaman saya. Bayangkan di awal kelahiran, sekali sesi perahan, Allah izinkan air susunya mampu keluar paling sedikit 20oz. Penuh peti ais 2 tingat rumahnya dan rumah mak. Penghabisannya sebaldi yang berisi susunya terpaksa dibuang memandangkan tiada lagi tempat menyimpan. Pendek kata banyaklah yang terpaksa dibuang.

Soalan yang ditanya, adakah semasa saya disahkan hamil, kuantiti susu saya sama keadaannya sepertinya kini? Jawapan saya tidak. Dalam bulan pertama dan kedua ketika saya tidak mengetahui perihal kehamilan kedua, susu saya hanya mampu keluar 0.5oz dan paling banyak 2oz sahaja. Masuk bulan ketiga, saya tidak mampu untuk perah lagi kerana kesakitan. Bulan ketiga saya semakin redho yang susu semakin tiada T_T.

Melalui pembacaan saya di blog ibu-ibu yang sedang dalam situasi seperti saya, juga di dalam forum-forum, masuk trimester kedua, hampir kesemua mereka mengalami situasi yang sama seperti saya. Air susu tidak lagi keluar. Namun ada yang gigih untuk meneruskan walaupun mengakui kesakitannya dan tiada air susu. Jujurnya air mata saya berderai jatuh membaca satu persatu fakta mengenai penyusuan ketika hamil. Saya sedang membina semangat dan belajar untuk redho yang Muhammad perlu disokong dengan susu formula untuk menggantikan susu ibu walaupun khasiatnya berbeza tetapi sekurang-kurangnya ianya kewajipan kami untuk mencukupkan susunya walaupun bukan susu ibu T_T.

Saya juga pernah mengalami situasi seperti makngah Muhammad yang mana saya berlengah-lengah untuk pam kerana tiada lagi tempat untuk menyimpan EBM sehingga sampai satu masa, stok susu semakin menyusut dan pengeluaran susu tidak berapa meriah. Sebenarnya mengepam pun memerlukan disiplin mematuhi jadual waktu sesi mengepam. Automatik, sistem tubuh akan membaca jadual biologi badan si ibu tadi. Tidak dinafikan, kadangkala memang semangat berkurang.

Apa yang saya lakukan ketika stok kritikal, saya bangun pagi sebelum Muhammad bangun menyusu. Alhamdulillah sebotol penuh untuk sekali sesi. Jadi, Muhammad tinggal mengosongkan lagi sisa yang ada. InsyaAllah istimewanya susu ibu ialah ianya sentiasa ada. Pagi sebelum ke tempat bertugas, saya melakukan sesi mengepam lagi. Di tempat bertugas lagi. Balik bekerja untuk sesi yang keempat. Malam untuk sesi yang kelima. Jadi, kesimpulannya memang penat tetapi ianya insyaAllah suatu kepuasan apabila melihatkan stok susu yang meriah ;). Tanyalah ibu-ibu pengepam tegar seperti saya ;D.

Walau bagaimanapun, rezeki susu ibu juga adalah suatu kurniaan. Pengetahuan untuk pelaksanaan sangat penting sebagai panduan masa mendatang lebih-lebih lagi ibu-ibu bekerja seperti saya yang mana rezeki anak-anak nampaknya susu EBM ketika keluar bekerja. Saya berharap Allah panjangkan lagi rezeki susu ibu buat anak saudara saya sehingga 2 tahun penuh dan makngah Muhammad diberi kekuatan dan kesungguhan yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa insyaAllah!

8 comments:

IntaNBerliaN said...

sy xpnh merasai pengalaman mengepam susu... sbb selama ni sy bg alisha secara direct je.. tu yg bila nurse tanya brp oz alisha minum sy xtau nak jwb.. hihii

ummu said...

salam Ummu Muhammad
saya dahulu pun terpaksa mengepam susu apabila cuti bersalin habis.anak saya memang nak susu ibu sahaja sanggup tak minum susu tepung kalau saya takde.tapi cuma dapat susukan full BF hanya setahun sebab saya kena ambil ubat hospital yg beri effect kalau anak saya susu saya

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya pun dpt menyusu paling lama 6 bulan jer..lepas tue susu dah kering.saya pakai pam yg biasa2 jer..

kayzie said...

susah tak Muhammad nak terima FM?tuk yg 2nd belajar dr pgalaman nyusukan Faris, kali ni utk ayman nak sediakan stok yg bnyak sebelum stat keje...:)

@LeenShamsh said...

intan: asbab mengepam nilah tau susu takde..cek2 rupe2nye preggy dah..ingatkan same je pengeluaran mase mengandung, cari punye cari rupenye memang air susu berkurang mala bole smpai kering sbab badan sedang membina susu yg baru..mudah2an ade rezeki lain buat ank2 kitekan..redho segala ketentuan Allah ;)

ummu: takdir setahun pun dah cukup lama dan anak kenyang..susu ibu rezeki ummu..ade nak bgi tapi tak bole.. ;)

kak BSB: lame jugak tu kak..sekali lagi susu ibu memang rezeki ;)

kayzie: susah kayzie. stok susu dalam peti habes sepenuhnye baru die nak susu FM..sebelum tu penatla buat itu buat ini nak suru minum susu..alamdulillah die nak minum susu..samelah kayzie..insyaAllah na blaja dari kesilapan ank pertame..kene buat stok byk2 ;)

Unknown said...

Assalamualaikum..Terima kasih admin ats perkongsian..
Saya jg sgt2 menyokong penyusuan susu ibu dan ingin membantu lbh ramai ibu di luar sn menyusukan anak..Dptkn konsultasi percuma..Jemput singgah ke blog saya ye..
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html

Nissa
0193584312

Anonymous said...

Asslaualaikum..
Sy sedih sgt...sy setiansa pam susu,wlaupun sy hamil.
namun,sejak usia kndungan nak mencecah 5 bulan ni,susu mcm dah xde...
2 sesi sy pam,dpt x smpai 10z pun..
sedih sgt2..
Baby pertama sy baru nak umo 7 bulan..
kalau bole sy nak teruskan myusukan die dgn susu ibu..
mcm2 milk booster sy minum..
tp masih tiada hasilnya..

Unknown said...

Wkmslm..jemput kunjung ke blog sy.inshaAllah sy blh mbantu pn utk teruskn penyusuan susu ibu..eksklusif drpd sy konsultasi percuma n panduan bfeeding buat ibu2 d luar sn..
http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html?m=1
konsultasi percuma hubungi terus
Nissa
0193584312