13.7.12

SELAMAT MELAHIRKAN

Hari ini genap 38 minggu 2 hari. Maksudnya tinggal dalam 12 hari sahaja untuk menyempurnakan due yang doktor bagi. Ikut kira-kira manusia. Namun Allah lebih mengetahui masa yang paling sesuai untuk anak-anak kami menjengah keluar. Tajuk suspen ;D. Bukan saya tetapi rakan seangkatan yang sama due dengan saya. Alhamdulillah dia selamat melahirkan pada pagi tadi.

Di entry terdahulu ada saya menyatakan rakan saya yang membuat ujian imbasan di klinik kerajaan, jantina yang telihat adalah boy. Menjelang bulan ke-8 kehamilan, si rakan tadi membuat ujian imbasan sekali lagi di klinik swasta pula dan jantina yang terlihat adalah girl. Pening juga si rakan tadi memandangan persediaannya sebelum ini ke arah boy. Pagi tadi, permulaan membaca Yasin di tempat bertugas, saya teringat si rakan dan terus sahaja SMS. Dia telah mengambil cuti awal untuk bersalin di kampung mertuanya. Alhamdulillah tepat jam 4.24 tengah pagi tadi, si rakan saya ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3kg. Nampaknya dia sudah punya 2 hero ;).

Alhamdulillah tahniah ma! Sekarang anda ada 2 orang pengawal peribadi yang bakal menjaga keselamatan mamanya hehe! ;D

Rakan saya mengalamai sakit bersalin yang sekejap sahaja. 12 malam tadi sudah ada tanda umpama awal kedatangan bulan. Kemudian, jam 2 lebih pagi si rakan sudah mengalami sakit-sakit. Pergi ke hospital dan terus dimasukkan ke dalam labour room. Jam 4.24am si rakan telah selamat melahirkan dengan hanya 3 kali teranan. Ya Allah mudahkan juga aku T_T. Dia juga mengakui kali kedua ini lebih mudah dan umpama tidak begitu terasa sakit mahu bersalin tidak sama seperti hero pertamanya yang mana beza abang dan adiknya adalah 3 tahun.

Saya pula, malam tadi kusangkakan sudah turun tanda. Rupanya masih belum. Nenek Muhammad beriya menyuruh si adik Muhammad keluar sebelum Ramadhan.  Kalau boleh esok. Boleh ke nenek? ;D Tidak sanggup melihat saya membawa perut yang memboyot. Penat melihat katanya ;D. InsyaAllah saya sedang menunggu masa. Anak Sya'ban atau Ramadhan. Due insyaAllah pada 5 Ramadhan. Sekiranya si adik tidak mahu kalah dengan si abang, overdue 10 hari dapatlah sama tarikh dengan si abang, 15 Ramadhan ;) tetapi minta jauh untuk paksa keluar ;(. Melihatkan keadaan perut yang sudah ke bawah, insyaAllah tunggu masa sahaja ;). Wahai adik Muhammad, sila tunggu ibu membuat persiapan terakhir BERSIH 3.0 dahulu insyaAllah cuti hujung minggu ini ;D.

Jom teka! ;D

13 comments:

Ruse Sulaiman said...

Suspen je tajuk. Ingat adik Muhd dah keluar ;)
Tahniah buat rakan UM

FADLUL & FIFAH said...

tah nye..wat saspen je...klu dh slmt msj la sepatah 2 kata ye..hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam UM..k.atie pon ingat UM dah bersalin.
Boy/Girl xkisah la UM..yg penting semuanya selamat,UM & baby sihat.
Yg penting pejuang/srikandi Islam lahir lagi ke dunia ini.
Sok2 bersalin..jgn lupa msj k.atie tau :D

IntaNBerliaN said...

suspen tajuk ni... ingat ummu yg bersalin.. hihi

kalau xsilap saya, aritu, ummu ada komen kat entry sy yg psl 2 org lg lum bersalin tmasuk ummu... sorgnya scan boy n sorg scan girl...

mksudnya ummu ni scan tgk girl la yer.. hihii

tambah lg sorg baby lelaki thn ni yer... adkh adik alisha pun sm spt ank kwn ummu?.. hihii

Unknown said...

sabo je la :) ingatkan dah bersalin :) nanti kalau teringat sms la ye, raya tu boleh gak huda jenguk adik muhammad :) hehehe..moga dipermudahkan semuanya..gurl eh?

@LeenShamsh said...

UI, fifah & kak tie: heheh saje buat suspen.. ;D

intan: tu kawan tempat kerje..ni kawan mase belaja..eheh tungguuuu... ;D

huda: sile2 tau..iA ade je kat rumah., tahun ni raye sini ;)

puan nina said...

hee.. ingat dah bersalin..malm tadi teringat-ingat nak sms tanya tapi dah malam sangat tak molek pulak kacau tido orang ;p

Marlina Mohtar said...

ingatkan adik Muhammad dah keluar hehe....ummi rasa baby girl lah :)

Ibu Yusuf Maryam said...

Tajuk yg memsaspenkan, haha.. Tp masa baca tsjuk td dan sebelum klik, hati terdetik um belum bersalin. Yaeh, tekaan ibu yusuf betul. Tahniah buat kwn um, dan semoga dipermudahkan um hingga betsalin nanti. Amin..

Ibu Yusuf Maryam said...

Banyaknya salah ejaan.. Maaf cikgu ye.. :-)

@LeenShamsh said...

nina: mesej je..pg bangun i reply ;D

ummi na: heheh tungguuu.. ;P

kak zefa: aminnnnn!!! debor dah kak ni..tu mest masalah keyboard..laptop nipun same banyk dh rosak..kene tekan kuat2..hasil tangan kreatif si muhammad..saba jelah ;D

NoEn said...

hoho..xsabar rasanya menanti kelahiran adik muhammad...rasanya girl kot adik muhammad ni

syiela said...

ingat adik muhd yg keluar tadi.. apapun tak care.. tak sbar nak tau lekai @ perempuan ye ^_^