30.3.11

TUTUP!

Pada 30 Mac 1432 lahirlah seorang panglima Allah
 Genap 579 tahun telahpun berlalu dan sejarahnya menjadi pedoman sehingga ke hari ini
Tidak kurang ramai yang menamakan anak mereka dengan gelarannya
Kerana kehebatannya Rasullullah SAW sebut-sebut ketika menggali parit Khandak
800 tahun lamanya sebelum kelahirannya
Sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera!

Bayangkan Rasulullah SAW telah melangkaui tamadun demi tamadun
Ketika menggambarkan keperibadian panglima Allah ini
Rasulullah SAW melangkaui zaman 4 sahabatnya
Kemudian era bani umayyah dan abasiyyah
Barulah empayar Turki Uthmaniyyah ketika sejarahnya terukir.

Panglima Allah yang dimaksudkan adalah..
..SULTAN MUHAMMAD II yang dikenali sebagai MUHAMMAD AL-FATEH!
Jom celik sejarah! Klik sini untuk sejarah lanjut.

Dengan coretan pendek mengenai tarikh bersejarah 30 Mac
Mudah-mudahan selepas ini, ibu bapa lebih sedar dan bersemangat
Menanamkan ikhtibar kisah-kisah tokoh dan sejarah Islam yang hebat
Menggantikan cerita-cerita dongeng fairy tales, dunia artis dan lain-lain
Supaya anak-anak kita lebih kenal siapa Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat
Anak-anak lebih tahu Abu Ayyub Al-Ansari dan Mus'ab
Lebih teruja dengan kisah Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh
Kerana kita hari ini lebih kenal siapa David Beckam
Kita lebih tahu setiap inci pergerakan artis-artis Hollywood, Bollywood
Dan kita kadang-kadang lupa ianya membabitkan soal aqidah!

Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sudi sertai kami
InsyaAllah kami akan pergi menziarahi anda secara berperingkat
Mudah-mudahan ada rezeki untuk little caliph anda!

InsyaAllah Bayt Al-Iman dengan ini menutup rasmi My Little Caliph Contest :)

p/s: Alhamdulillah tahniah kepada Kak Fisha dan zaujnya diatas kelahiran seorang mujahiddah pada ulangtahun kelahiran Sultan Muhammad Al-Fateh. Semoga kelahirannya meneruskan roh semangat perjuangan Sultan Muhammad II. Cik ummu muhammad sedang menanti nama lil mujahiddah sahabat baik kepada Tasneem mujahiddah Kak Nurul ;)

5 comments:

mariah_smile said...

suka dgn nama muhammad al-fateh.. tapi ahmad fathi tetap menjadi pilihan hehe :>

@LeenShamsh said...

fathi-kemenangan, pembuka lebih kurg fateh ;) ..insyaAllah mudh2an dgn keberkatan nama, anak membesar sbg insan hebat!

esfa said...

tak de rezeki nak join huhu. line intenet kt umah tak betul skrg ni. nak tulis pun susah...huhu. good luck pada semua yg join

@LeenShamsh said...

wah ramai jugak yg nk join..insyaAllah tarikh akan dilanjutkan..

NuHu said...

saya pun tak sempatjoin..mungkin patut lebih laju menyiapkan..