8.3.11

PANDUAN MAKANAN BAYI

Muka hadapan buku kecil.
Kulit belakang.
MENIPU BAYI
Helah Label dan Taktik Perdagangan Pengeluar Makanan Bayi
Adakah bayi anda diberikan makanan komersial dalam paket atau balang? Awas! Siasatan CAP menunjukkan makanan bayi komersial adalah:
* makanan bergula yang berisiko menjejaskan kesihatan
* makanan remeh yang diproses berkali-kali dan dicairkan
* air yang dipekatkan
* 'diperkuat' dengan bahan kimia, kapur dan serpihan besi!
* tidak berkhasiat dan
* tidak bernilai untuk wang anda
CAP memeriksa senarai bahan ramuan di dalam makanan bayi, mendedahkan helah pemasaran industri makanan bayi dan membimbing anda agar tidak terpedaya dengan helah label mereka.

Dakwaan Mengelirukan
* Dengan membaca label, anda mungkin menyangka bayi anda akan memperolehi makanan yang terbaik untuknya. Selain menjadikan seorang ibu merasa makanan yang dimasak sendiri masih belum lengkap untuk bayinya, dakwaan pengeluar juga kadangkala mengelirukan.
* Benarkah bijirin 'tidak bergaram' lebih baik daripada bijirin yang 'diperkaya dengan vitamin'? Adakah bayi lebih baik diberikan jus buah dengan 'kemanisan asli' berbanding jus yang 'tidak dicampurkan gula'? Mengikut  satu tindakan yang dijalankan oleh penyelidik Britain pada tahun 1995, 83% produk makanan bayi yang dijual menggunakan ungkapan yang mengelirukan dan tidak memberi sebarang maksud.

Ibu Bapa Jadi Sasaran
Makanan bayi, walaupun dirumuskan untuk bayi, tetapi lebih ditujukan kepada ibu bapa. Para pengeluar menyedari ibu bapalah yang membeli makanan untuk bayi. Jadi, produk pengeluar perlu memenuhi cita rasa mereka yang menyedia dan menghidang makanan.

Menyediakan Sendiri
* Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Sebaik-baiknya susui bayi anda sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan. Tetapi jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda kelaparan sebelum 6 bulan, anda boleh mula memberinya suplemen terlebih dahulu. Tetapi ia tidak seharusnya lebih awal daripada 4 atau 5 bulan.

* Masa apabila anak anda bersedia untuk menjamah makanan pejal pertama ialah ketika tabiat yang akan mempengaruhi dirinya disepanjang hayat mula terbentuk. Jenis makanan yang dimakannya dalam tempoh ini akan meninggalkan kesan jangka masa panjang ke atas pembesaran, perkembangan dan kesihatan dirinya pada masa depan.

* Masaklah sendiri untuk bayi anda dengan menggunakan bahan-bahan asli yang segar. Jika anda ibu yang bekerja yang kesuntukkan masa, sediakannya dengan agak banyak dan bekukan bakinya. Untuk memastikan pembahagian yang sempurna, gunakan bekas kiub ais. Berikut adalah panduan kasar mengenai apa yang harus diberikan kepada bayi:

~ 5 bulan: Bubur nasi cair (hanya beberapa sudu penuh). Apabila bayi anda telah biasa dengannya, anda boleh memasak nasi dengan air sayur (seperti air sayur bayam yang telah dimasak)

~ 6 bulan: Bubur nasi lebih pekat. Sayur-sayuran seperti bayam, tomato, lobak merah, ubi kentang dan kacang dicampurkan ke dalam menunya. Anda juga boleh memberinya telur (tetapi hanya separuh kuning telur dan bukan direbus terlalu keras). Jangan berikan putih telur sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya setahun kerana ia boleh menimbulkan alahan.

~ 7 bulan ke atas: Anda memberinya sebiji kuning telur. Bubur kini boleh dimasak dengan sayur-sayuran dan daging yang dikisar halus. Ikan bilis dan produk kacang soya seperti taufu dan taukua juga berkhasiat. Tetapi perkenalkan sejenis makanan pada satu-satu masa. Berikan juga buah-buahan seperti pisang, betik, dan belimbing sama ada dalam bentuk jus atau dilecek. Tetapi ketika kali pertama memberinya buah, jangan campurkan sayuran atau makanan baru ke dalam buburnya.

~ satu tahun: Bijirin contohnya (beras, oat, roti), sayuran (bayam, sawi, taukua, taufu, lobak merah, kubis, ubi kentang), buah-buahan (pisang, betik, belimbing), daging, sup (sebarang bubur sayur atau daging yang ditapis), dan telur (separuh masak, direbus atau dimasak hancur).

Nota penting: Jangan beri makanan dengan tulang atau ketulan besar, makanan berminyak dan bergoreng. Jangan tambah gula, garam, mentega, marjerin, minyak, rempah atau bahan perisa lain.


p/s: Buku kecil ini boleh didapati di kedai buku antaranya kedai buku Badan Cemerlang di Plaza Angsana Johor Bahru dengan harga RM 2.50.

kredit: mak usrahku ;)

2 comments:

Unknown said...

tgk kt pic kulit belakang ade tulis "Gam sampul surat".. takutnyeee!! betul ke baby kt Malaysia ni makan benda2 macam tu?

@LeenShamsh said...

;) sekarang makanan memang banyk halal tapi tak toyyibah..masak sendirilah jawabnye selamat+jimat+sihat insyaAllah ;)