12.3.11

BAB 1: SEJARAH SUATU SUNNATULLAH

Ini adalah kesinambungan BEDAH BUKU tazkirah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Al-Hafiz!

Apakah yang dimaksudkan dengan Sunnatullah? Sunnatullah adalah suatu ketetapan Allah contohnya matahari terbit sebelah timur dan tenggelam sebelah barat, bumi berputar di atas orbitnya, takat didih air 100 darjah celcius dan sebagainya. Semuanya tetap dan tidak berubah dari dahulu sehingga kini. Baik dalam mentadbir urusan keduniaan mahupun menegakkan Islam, Allah menyediakan segala kemudahan yang berupa ketetapan atau ketentuan kaedah yang kita kenal sebagai sunnatullah.

Bukan manusia yang menentukan sunnatullah! Apabila seseorang saintis mengkaji sesuatu perkara dan berjaya maka mendabik dada, hasil kajian itu adalah terbaru dan miliknya. Sebenarnya, perkembangan ilmu manusia mempelajari dan menggunakan ketetapan Allah dengan aqal yang diberikan hanya memerhatikan, berfikir dan memberikan wajah baru terhadap sunnatullah dengan pelbagai istilah tidak kira teori, hipotesis atau apa sahaja untuk memahami undang-undang Allah.

Orang-orang atheis mengatakan fenomena alam ini adalah semulajadi tetapi orang beriman berkata, memang semuanya semulajadi tetapi semuanya di bawah undang-undang Allah! Kita yang mengaku mengtauhidkan Allah hanya tidak akan mengiyakan teori Darwin yang memperbodohkan umat manusia dengan penciptaan awal manusia!

Sejarah Sebahagian daripada Sunnatullah
(kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu" (Al-Fath:23)

Sejarah bukanlah suatu kebetulan kerana sememangnya setiap peristiwa yang tercatat adalah menurut sunnah Allah SWT. Tiada apa yang berlaku dari sekecil-kecil atom mahupun berubahnya siang dan malam, putaran kehidupan atau cara manusia membiak, ekosistem dan pelbagai lagi melainkan di bawah tadbir Allah SWT. Contohnya seorang doktor pasti merujuk sejarah keturunan kesihatan seseorang pesakit sebelum berani mengambil kesimpulan terhadap sakit dan rawatan pesakitnya.

Sayyid Qutb berkata bahawa sejarah bukanlah peristiwa-peristiwa melainkan tafsiran peristiwa-peristiwa dan pengertian mengenai hubungan-hubungan nyata dan tidak nyata yang terjalin seluruh bagian serta memberikan dinamika dalam waktu dan tempat. Ringkasnya, apabila manusia mengkaji dan memahami asal usul dirinya , asal usul keIslamannya ataupun asal-usul kebudayaan bangsanya, faktor-faktor pertumbuhan dan fasa perkembangannya, barulah akhirnya dia mampu mengahayati hakikat dirinya kini kerana dia memahami hubungkait antara pengalaman lalu dan langkah seterusnya yang perlu diambil untuk masa hadapan.

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusof: 111)

Ramai orang berkata, sesiapa yang menguasai masa lepas, dia akan menguasai masa hadapan. Al-Quran mengajarkan kita pelajaran-pelajaran penting daripada generasi lepas kerana disitu ada hikmah, kehendak dan kemahuan Allah yang telah dirangkum di dalam sunnah syar'iyah dan kauniyahNya.

Sejarah kebangkitan dan kemenangan Islam juga tidak lari daripada suatu taqdir yang telah ditentukan Allah akan sesiapa dan bagaimana ia terjadi. Ia tidak pernah lari dari apa yang Allah kehendaki kerana DIA yang berkehendak sebegitu. Sunnah Allah itu tidak akan berubah. Sunnatulallah akan berlangsungan tanpa henti dan Allah menggilirkan kekuasaan di atas bumi berdasarkan sunnahNya.

Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang yang mewarisi (bumi). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Hamam beserta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dari mereka itu. (Al-Qasha: 5-6)

Sunnah-sunnah Allah memiliki hubungan yang sangat erat dengan akibat-akibat yang dilakukan oleh manusia yang taat pada perintahNya atau mengaplikasikan pengalaman-pengalaman generasi lepas yang berpegang teguh kepada perintah Allah adalah suatu kewajipan. Bagaimana mereka berjalan dengan fasa-fasa yang alami untuk menegakkan Islam adalah suatu sunnatullah baik ketika permulaan dakwah di Mekah, bernegara di Madinah dan seterusnya memimpin umat manusia. Tidaklah ia berlaku secara kebetulan melainkan ianya merupakan suatu sunnatullah!


*Sejarah itu akan sentiasa berulang dan berulang. InsyaAllah kemenangan Islam itu pasti!


kredit: Ini Sejarah Kita oleh Thoriq Ahmad, AIMS (Alumni of International Muslim Students)

No comments: