Kenapa orang Islam Allah selalu uji?
Kenapa orang kafir Allah bagi semua nikmat senang-senang sahaja?
Ramai orang-orang kaya ialah orang kafir
Hidup mereka enjoy dan seperti tiada masalah
Istidraj dari Allah Taala.
Inilah bukti sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah Taala
Manusia ini kalau tidak kerana ujian menimpa
Maka kuranglah hati-hati dalam mengingati Allah
Hikmahnya Allah mahu bagi pahala lebih sebab sabar + bersyukur
Sedangkan Allah Taala memberi nikmat kepada kafir kerana kemurkaanNya
Dibiarkan terus hanyut dibuai indah dunia
Sebab dunia memang syurga mereka tetapi bukan kita
Dunia kita yang hakiki hanya DISANA
Sama-sama usaha untuk syurgaNya.
Kasih sayang Allah ini sangat meluas dan tak terhingga
Walaupun di alam maya sekalipun
Hati ini hidup dengan merasai kasih sayang sesama rakan-rakan blog
Hanya bermula dengan mencari info breastfeeding
Allah pertemukan dengan blog kak vagg
Siap masuk + menang saguhati contest yang best anjuran blog kak vagg
Berkenalan pulak dengan ibu danial
Terima kasih nina! Kita banyak belajar ilmu berblog dari awak! ;)
Kemudian jumpa blog ummu ahmad
Kita semua dipertemukan dengan tajuk breastfeeding ;)
Selepas belajar tentang apa itu contest + giveaway
Semua ilmu ini dari nina ;)
Mulalah membuat Maulidur Rasul Giveaway anjuran sendiri
Disini lagilah bertemu dengan ramai kenalan blog
Mereka mempunyai follower yang ramai dan kebanyakkan adalah ibu-ibu
Dan paling suka mereka seperti kasih mengasihi sesama mereka
Mereka ini penginfaq tegar kerana kekerapan menganjur giveaway + contest
Sebagai hamba, kita memang disuruh menginfaqkan sebahagian harta
Contoh setiap bulan ketepikan paling kurang 2.5% daripada gaji
Bersedeqah/infaq inilah yang akan menyuburkan harta
Dengan niat menjalinkan ukhuwwah hanya dan kerana Allah Taala
InsyaAllah pasti akan ada keberkatannya! ;)
* segala niat yang dipasakkan hanya kerana Allah adalah dikira ibadat untuk kita
Firman Allah:
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya?
(surah al-Baqarah: 245)
Walaupun hanya berkenalan melalui alam maya
Juga kepada pemenang Maulidur Rasul GA, perisai mahkota
Anda semua mencatat sejarah yang indah dalam sebahagian hidup saya ;)
Akhir kata, kasih sayang Allah memang tersangat luas!
Tidak rugi menjalin ukhuwwah kerana pasti akan ada rahmatNya
Sama-sama saling berkongsi ilmu-ilmu untuk manfaat bersama
Setiap hari adalah hari kasih sayang kita semua.
Ukhuwwah fillah abadan abada! InsyaAllah!
p/s: suburkan harta anda dengan menginfaq 2.5% di jalan Allah contohnya memberi pada pembangunan masjid + pusat2 tahfiz dan sebagainya tetapi infaq terbaik adalah pada kaum kerabat kita yang memerlukan. InsyaAllah!
7 comments:
sy pun dapat banyak ilmu di sini =) terima kasih Ummu muhammad..semoga 1 hari nnt dpt ketemu..xjauh pun kite nih =)
Assalamualaikum wbt..
Terasa manisnya ukhuwah di sini.. tak terucap dgn kata2,hanya senyuman meniti dibibir.. :-)
nina:insyaAlah ketemu kite nanti heh ;)
kak zefa: waalakumusslm wrt..ukhuwwah fillah kak! ;)
wah... perisai mahkota pun ada!
mekaseh kak..
insyaAllah... ukhuwah ini brtrusan wlaupun d alam maya. jika nt ada rzaeki, bleh bt prjumpaan..tringin gk nk jumpe muhammad.
brknaan dgn hdiah GA, esok iklil balik klantan. nt iklil cek hdiah2nya. tp dgr crite, adik idzni (adik bongsu) dh bukak.. siap main susun2 lg..hihi.
trima kasih lg skali.
Salam Ukhuwah dr blog Perisai Mahkota.
ukhwwah fillah juga dr Bayt Al-Iman!
ummu auni pun ada (^_^)
- ummi pun x sabar nak jumpa ummu muhammad dan muhammad sendiri hehe.
- Ya Allah, satukanlah hati kami agar dapat bertaut dengan cintaMu -
ummi auni ukhuwwah fillah! ;) insyaAllah kite jmp kalau bukn di sini kat SANA ok ;)
Post a Comment