7.8.10

AMALAN PEMAKANAN IBU

Set pemakanan yang menjadi amalan pagi dan malam

1. Antara amalan pemakanan semasa mengandung:
(i) sedayanya istiqomah mencontohi pemakanan sunnah Rasulullah SAW:
- susu kambing + kurma
- madu
- kismis
- air zam-zam
Makanan tambahan:
~ pil mega-3 HPA (isi ikan untuk perkembangan otak bayi)
~ pil spirulina HPA (membekal tenaga untuk ibu)
~ teh herba HPA (insyaAllah memudahkan proses bersalin)

Rahsia pemakanan ilmuan Islam:
1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”



(ii) hindari/boikot semahunya barang-barang zionis (israel)
- mujahadah makan di KFC, PIZZA HUT, MCDONALD walaupun ianya lazat dan berkrim
- hindari berbelanja di gudang/paasaraya milik yahudi contohnya CARREFOUR, TESCO dll
- jauhi barang-barang yahudi seperti milo, nescafe (keluaran NESTLE) dan semua barangan yang berhubung kait dengan yahudi. ingatlah penderitaan saudara kita di Palestin!
- coca-cola mengandungi kandungan yang meragukan dan sesetengah ulama menetapkan ianya haram sehinggakan meminum coca-cola perlulah disucikan dengan meminum air zam-zam (kerana coca-cola mengeraskan hati).
- jauhi rokok. rokok penyebab kegoblokkan anak-anak (anak-anak keras hati, sukar untuk dinasihati walaupun ada yang bijak akademik tapi belum tentu bijak akal + cantik akhlak) dan tentu sekali penyumbang saham terbesar untuk setiap peluru yang membunuh saudara-saudara kita di Palestin
- TV dan media massa antara agen perosak pemikiran ummat Islam (kita dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah aurat, anak-anak dirangsang dengan adagen seks yang tiada batas..kasihanilah mereka!)



Kod babi yang terdapat di dalam kandungan makanan yang menjadi keraguan

(iii) carilah makanan yang sohih halal dan berkhasiat
- biasakan menyemak kandungan barangan makanan ataupun kosmetik walaupun terdapat cop halal JAKIM
- biasakan membuat research untuk makanan
- pilihlah makanan yang baik bukan sahaja halal tapi bermutu


P/s:
~ Khas untuk sahabat-sahabat yang bertanya. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini menjadi titik tolak kesedaran kita sebagai perintis untuk melahirkan khalifah-khalifah agung Islam kerana percayalah kegemilangan Islam itu bakal tiba. Teruskan berdoa dan berusaha mengamalkan cara hidup bersyariat.
~ Ingatan tegas terutama diri sendiri.
~ Komen dan segala penambah baik dari segi pemakanan ibu mengandung amatlah dialu-alukan. Jzzk.

2 comments:

fairuz said...

salam..
just nak dptkan komen ttg KFC, pizza hut,ayamas yg dikatakan jihad ekonomi under qsr holdings under johor corps..erm..alhamdulillah setakat ni mmg menjauhi lain2 produk yahudi, tapi confuse dgn statement jihad ekonomi tu..minta pandangan awak..jazakallah..

@LeenShamsh said...

Memang ada yang berpendapat jika kita boikot kfc, pizza hut, ayamas hatta mcd pun akan merugikan umat Islam kerana ada orang Islam yang kerja kat mcd. kfc,pizza hut, ayamas lagilah sebab jadi hak milik syarikat Melayu Islam sepenuhnya. Terpulanglah, tapi bagi saya selagi mampu, saya akan terus boikot. RFCkan ada . Terfikir juga saya kenapa dalam masa yang sama syarikat besar ini tidak mewujudkan satu jenama makanan semacam kfc yang bebas terus daripada bayangan musuh Islam, contohnya RFC.Tanya pendapat jadi itulah pendapat saya, tak semestinya betul.