20.8.10

10 HARI FASA RAHMAT

Subhanallah! Alhamdulillah! Astagfirullah!
Tiada ungkapan lagi untuk menyatakan rasa kesyukuran
Masih diberi nikmat sampai ke bulan penuh berkah
Masih diberi kesempatan melalui 1/3 rahmatnya
Berdoa lagi untuk merasai kesempatan fasa keampunan
Dan insyaAllah bersama kurniaan agung untuk fasa terakhir
Ramadhan ya Ramadhan!
Pertemukan kami dengan lailatul qadarmu!

Subhanallah! Alhamdulillah! Astagfirullah!
10 hari hampir berlalu
10 hari Engkau masih memberiku meneguk kasih Ramadhan
10 hari Engkau masih menganugerahi nikmat puasa Ramadhan
10 hari Engkau masih memberiku semangat berterawih
10 hari Engkau masih membawaku tenggelam dalam asyik alunan suci qalamMu
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Subhanallah! Alhamdulillah! Astagfirulah!
Wahai anakku sayang,
Moga kekuatan dan semangat yang Allah berikan pada ibu
Untuk terus berpuasa Ramadhan
Untuk terus gagah berterawih 20 rakaat
Untuk terus mengalun ayat suci Allah hinggakan ke surah terakhir
Dalam menanti saat-saat akhir kelahiranmu ini
Menjadikan dirimu bakal khalifah agung
Menjadikanmu jundi Allah yang rindu akan syahid
Hebat seperti para ulama-ulama ulung
Dalam menyambung risalah Rasulullah SAW
Ya Rabb!
Perkenankanlah!
Kumpulkan kami disyurgaMu yang penuh kenikmatan..

2 comments:

(أحمد تجاري عثمان) said...

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah yang mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil