6.8.10
RINDU TAK TERLUAH
Aku merindui TEMAN untuk berjuang
Aku rindukan SAHABAT untuk berjihad
KAWAN senda dan tawa
SADIQ untuk sama-sama beribadat
RAKAN untuk sama-sama bermuhasabah
Yang sama-sama menuntut ilmu ALLAH
Sama-sama bekerja demi ISLAM
Sama-sama berkorban demiNya
Dan saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran
Ya ALLAH!
Sampaikanlah rinduku pada ukhtiku ini
Amin..
14 Jun 2010
10:00:18 pm
Mesej ini masih tersimpan rapi dalam peti mesej telefon bimbitku
Betapa ingatanku begitu kuat kepada insan ini
Dan dalam doa rabitoh di setiap pagi dan petangku
Betapa kurasakan keterikatan hati-hati kami
Masih terbayang bulatan manusia yang gigih bekerja demi ISLAM
Satu persatu wajah-wajah mereka muncul selembut alunan ma'thurat
Dan aku masih berteleku di atas sejadah
Tak terluah rinduku yang dalam
Merayu diampunkan segala keterbatasan
Betapa lemahnya aku
Betapa gigihnya mereka
Moga solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
Dikira sebagai amal ibadah berpanjangan
Hanya dan kerana Allah..
Ya Rabb!
Aku merayu kepadaMu
Ampunkanlah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum kaklin
kaklin..nampak muka saye x??hihi
rindu ni~~
mujahid dalam rahim tu bile nak kluar ni kaklin?
;) mestilah nampak pqah..rindunye kat semua..kalau bace mathurat tu mesti teringat yg sangat2..betulkan doa rabitoh tu pengikat hati-hati..keterikatan yg susah nak dirungkai dgn mudah..
mujahid macam takmau keluar je ni..dah 38minggu doh ni..9bulan setengah..2,3 minggu die tak mau keluar,dokter nak pakse keluar..kesian die..best duduk dalam peyut ibu die lame2..hihi.. ;)
Post a Comment