14.4.10
AYAH
Anak ibu,
4 hari sudah berlalu
Dan ayah telahpun genap ke angka 31 pada tahun hijrah
Tetapi ayah lupa akan hari lahirnya
Kerana ayah seorang yang tidak gemar mengingat tarikh
Tidak kira masihi atau hijrah
Keduanya tidak penting bagi ayah
Tidak perlu menunggu hari-hari tertentu
Untuk menghargai dan mendoakan sesiapa sahaja
Kerana setiap hari adalah penting
Kerana setiap hari adalah penghargaan
Dan setiap hari perlu saling mendoakan.
Anak ibu,
Ketahuilah pengorbanan ayah
Sejak dirimu berada di dalam kandungan ibu
Ayah juga tidak sihat apabila ibu sakit
Ayah juga tidak lena sehingga ibu terlena
Kerana ayah adalah mesin urut manual ibu
Kerana itu ayah turut tidak sihat apabila ibu sakit
Dan ayah tidak boleh lena selagi ibu belum terlena.
Anak ibu,
Ketahuilah sayang
Ayah sentiasa berinteraksi denganmu seperti ibu
Ayah sentiasa menanti kehadiranmu seperti ibu
Ayah juga sentiasa mendoakanmu seperti ibu.
Anak ibu,
Menjadi kelaziman ayah dan ibu
Selepas ayah pulang solat subuh berjemaah
Ayah dan ibu akan duduk bertadabbur bersama
Dan ayah akan memberi tazkirah pendeknya
Dimana ibu sentiasa diribaannya
Sambil ayah mengusap sayang dirimu
Setiap hari setiap pagi
Sebelum bersiap menunaikan hak anak-anak didik kami
Senaman pagi ibu dan ayah
Moga kelahiranmu kelak
Penambah seri usrah cinta kami
Yang mudah-mudahan istiqomah sehingga akhirnya.
Anak ibu,
Mari bersama ibu
Mendoakan kesihatan dan kebaikan
Umur yang berkat buat ayah
Kuat dan bersemangat
Supaya ayah sentiasa melindungi kita
Di dunia lebih-lebih lagi akhirat.
Abang,
Selamat ulangatahun ke31
27 Rabi'ul akhir 1431H
Moga dirimu sentiasa diberkati dan dirahmatiNya
Sayang cinta dan rindu abang
Hanya dan kerana Allah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam kaklin..rindunye~~~
huu..nant kena kasi anak kaklin bace post ni..sweet yg amat..
saye pun da mcm kaklin n cikros..ternanti2 kehadiran bakal majahidin islam kte..
jage diri tau..jage baby juge.,.
muahhhhx
syafiqah....bile mau pulannnn...kalau pulann ke ganu bgtau..manatau terbersaling kat sane..doakan mudah2an Allah pinjamkan k.lin n cikroz seorang mujahid berjiwe pahlawan, bersemangat macam ikhwah dan akhowat...kerana k.lin tak mampu menjadi singa seperti antumna semua..hanya doa mengiringi perjuangan kalian..mungkin k.lin n cikroz kene produce mujahid n mujahidah ramai2 utk menambah kuat bilangan kamu utk pass batton..hehe.. ;)
Post a Comment