7.5.15

PEDOPHILIA

Sebelum isu pelajar kita di UK tertangkap kerana penyakit Pedophilia, saya pernah bincangkan penyakit mental ini bersama bonda suatu ketika dahulu setelah membuat beberapa bacaan ringkas berkenaannya. Nampaknya, bonda lebih tahu kewujudan penyakit ini sejak dahulu.

Kemudian, saya hubungkaitkan antara hikmah hati-hati dan larangan keras zauji tentang meletakkan sebarang gambar anak-anaknya di dada internet. Kedegilan saya yang konon-kononnya mahukan kenangan dan perkembangan anak-anak dirakamkan setiap detik, saya letakkan juga gambar dari sisi yang tidak menampakkan muka mereka. Zauji restu dalam tidak restu.

Saya kaitkan lagi nasihat-nasihat bonda yang sangat tidak berkenan cara orang-orang zaman sekarang yang terlalu expose gambar-gambar anak-anak kerana padanya ianya sangat bahaya buat si anak dan kepada orang-orang yang mugkin tidak menyukai kita dan tindakan kita.

Maksudnya, orang-orang yang lebih tua daripada saya memandang sifat ibu bapa yang kurang sensitif tentang hal-hal sebegini, adalah salah satu faktor penggalak Pedophilia. Cuba tanya pada hati, mengapa kita memuat naik gambar anak-anak kita yang pehanya gebu, muka montel dan sebagainya untuk tatapan umum? Mungkinkah kita akan rasa gembira dengan 'like' dan komen-komen yang mengembangkan jiwa.

Comelnya!
Gebunya!
Cantik seperti ibu dan ayahnya!

Tanpa kita sedari rupa-rupanya semua gambar-gambar comel dan gebu anak-anak kesayangan kita telah disimpan oleh pesakit mental Pedophilia akibat rasa ghairah kita terhadap kecomelan, kecantikan dan kegebuan anak-anak kita yang kita mahu dunia saksikan.

Rupanya kita ibu bapa (menunding pada diri sendiri) hari ini juga ada masalah mental yang sama dengan Pedophilia.

No comments: