Sambungan U-TURN hari guru 2 yang tergenda :D. Masih saya teringat ketika menerangkan beberapa disiplin hidup kami. Terkejut besar si pengasuh. Pendek kata semuanya Muhammad dan Abdullah tidak boleh makan.
Alhamdulillah setelah melalui hari-hari mengasuh mereka, dan ada satu hari saya meluangkan sedikit masa berbual dengannya, bercerita tentang matlamat dan haluan hidup kita di dunia ini, barulah ibu guru Muhammad dan Abdullah mengerti.
Si ibu guru memang sangat terkejut. Bayangkanlah, shaikh-shaikh kabir kami telah disunatkan semenjak bayi, berus gigi mereka ialah kayu sugi, makanan yang kami beri seperti gula perang, garam pink, ayam organik dan tepung serta tidak makan sos dan kicap. Pendek kata, banyak sangat pantang larangnya.
Saya juga terangkan mengenai anak-anak yang sedang menghafaz. InshaAllah kami cukup jaga kualiti pemakanan mereka yang boleh jadi asbab mudahnya rahmat Allah turun. Setakat 4 hari lepas diusia Muhammad 3 tahun 10 bulan, Allah kurniakannya cerna surah ke-81. InshaAllah berbaki 33 surah-surah panjang untuk dinantikan.
Sebenarnya, inshaAllah saya yakin 30 juzuk telah tersemat kemas bersatu dalam hati dan tulang belulang shaikh-shaikh kabir kami, cuma untuk menantikan ayat-ayat itu keluar dari mulut mereka adalah atas kasih sayang Allah dan boleh jadi juga asbab kualiti jiwa hamba makpaknya. Contohilah makpak generasi terdahulu. Mak imam Syafie dalam mendidiknya mencintai ilmu. Ayah imam Nawawi yang begitu menitik beratkan kualiti makanan anaknya.
Mungkin asbab sedikit berhalus dalam pemakanan, memudahkan lagi proses hadam dan cerna ayat-ayat cinta Allah. Biiznillah. Dahulu, abah terutamanya suka suap apa sahaja makanan ke mulut cucu-cucunya walaupun dilarang saya. Kadangkala tidak tercakap apa. Alhamdulillah setelah melihat kesannya, Allah izinkan Muhammad dan Abdullah hadam dan cerna ayat-ayat cinta Allah dengan baik, kini, apa-apa sahaja yang mak terutama abah akan bertanya saya terlebih dahulu.
Ini boleh makan? ;D
Ini yang dikatakan kita mungkin tidak mampu merubah keadaan tetapi keadaan boleh berubah asbab perubahan kita dengan izin Allah. Walaupun mak abah tidak mampu untuk U-TURN mengikut disiplin makanan kami sepenuhnya tetapi mereka akhirnya menghormati penjagaan makanan anak-anak kami.
Mak abah, guru pertama yang sentiasa setia menemai di sepanjang hidup saya. Guru terbaik kurniaan Allah buat saya. Walaupun tidak sempurna tetapi saya yakin Allah mengurniakan saya seorang emak dan abah seperti apanya mereka untuk saya belajar dan perbaiki mutu kehidupan seorang hamba (51:56) dan khalifah (2:30) di atas muka bumi Allah ini. Semoga apa-apa kebaikan saya dan generasi cucu cicit mereka menjadi asbab kami semua dapat meraih redha Allah di dunia dan mampu berkumpul di dalam syurga Allah tanpa perlu bersusah payah.
Hadiahkan pelapik duduk asbab mak abah sibuk kemas dan hias rumah untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Target mereka, semuanya siap sebelum masuk Ramadhan.
Nylon cable RM1.50 hadiah hari guru buat zauji :D.
Setiap hari adalah istimewa, jadi zauji tidak kisah langsung tidak diraikan apa sahaja. Semasa saya beli hadiah pelapik kerusi tersebut, dia sempat capai nylon cable, jadi, kira belanja dan hadiah :D. Terima kasih tuan guru dunia dan akhirat kerana sabar dalam mendidik kanak-kanak ini menuju kepada fasa seorang dewasa haha!
Akhir sekali, doa dan amal jariah berpanjangan buat kesemua guru-guru yang mendidik saya tidak kira apa pun cabang ilmu terutama allahyarhumah tok guru Al-Quran yang begitu cantik mengajar saya Al-Quran siap tajwid yang sangat berguna untuk saya beramal menuju kehidupan yang abadi di sana serta murabbi dan murabbiah yang mengenalkan saya dakwah dan tarbiyyah menjadi asbab saya jelas dan lebih menghayati matlamat kehidupan seorang manusia sebagai hamba dan khalifah. Jazakumullah!
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut didalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan didarat dan laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." ( Riwayat al-Tirmizi)
No comments:
Post a Comment