23.9.12

MULAKAN SEKARANG

Mulakan sekarang. Masih belum terlewat. Doakan jodoh anak-anak dipertemukan suami soleh atau isteri solehah. Terlalu awal? Tidak kerana kita sendiri tidak tahu waktu bilakah doa-doa kita yang selama bertahun-tahun itu diperkenankan. Tidak salah tamak dalam berdoa kerana ianya tidak memerlukan modal berjuta!

Foto ehsan google.

Seringkali ibu bapa mendoakan dan fokuskan kejayaan akademik buat anak-anak, bergaji besar tetapi sayangnya meremehkan sisi kehidupan berkeluarga. Asbab kurangnya berdoa berkaitan jodoh si anak, anak-anak mungkin berada di tangan pemimpin yang salah. Hal ini cukup menginsafkan saya.

Bagi yang punya anak perempuan, berdoalah bersungguh-sungguh yang puteri-puteri kesayangan kita dipertemukan dengan suami soleh yang taat perintah Allah kerana apabila mereka ditangan pemimpin yang salah, mereka akan mudah terikut rentak si suami. Lebih banyak beralah sehinggakan banyak hukum Allah dipersenda dek kerana 'taatkan' suami, malas mahu bergaduh.

Saya cukup simpati dengan seorang rakan yang pada saya begitu solehah dizaman remajanya, akademik sangat baik dan dia cukup faham dengan agamanya tetapi malangnya dipertemukan dengan suami yang tidak kufu dengan keadaan fahaman agamanya yang sangat baik. Adat isteri lebih mudah mengikut suami. Hidupnya berubah. Dari segi pakaian, pergaulan sebagai contoh bersalaman dengan bukan mahram hanya kerana suaminya mahukan begitu dan begini. Aduh! Saya yang terasa sakitnya. Sayangnya dan pelbagai perasaan kerana rakan saya memang sangat baik! T_T

Itu kisah anak puteri. Bagi yang punya anak lelaki, doakan mereka bertemu jodoh dengan wanita solehah yang tahu cinta suaminya kepadanya jatuh ditangga ketiga kerana cinta pertama si suami adalah dakwah dan tarbiyyah disusuli cinta kepada ibunya. Didoakan si anak ini penuh dengan tanggungjawab kepada Tuhannya dan segala sesuatu yang ada di bawah tanggungannya. Tidak mengabaikan ibu dan isteri serta anak-anaknya.

Banyak kisah-kisah yang saya tidak boleh menghabiskan di sini tetapi apa yang pasti berdoalah supaya anak-anak kita semua dipertemukan dengan suami atau isteri calon syurga. Mudah-mudahan mereka melalui kehidupan yang penuh redho dan sentiasa dalam kasih sayang Allah insyaAllah! Jom mulakan sekarang!

Ya Allah redhoilah Muhammad & Abdullah serta sekalian sahabat-sahabat kecilnya dengan mengurniakan syurga dunia (isteri/suami & anak-anak soleh wa musleh) sebagai jambatan mereka ke jannah tanpa perlu bersusah payah!

10 comments:

insan_marhaen said...

Betul tu UM..c'jai pernah berbincang tentang perkara ni dengan rakan2 ..

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi.. terima kasih UM sbb ingatkan sy pasal ni.. doakan jodoh yg terbaik utk ank2 kita..

a'aa kan, kita lps kwen byk dipengaruhi suami.. mcm sylah sbgai contohnya, dulu sblm kawen sy maybe sedikit sebnyak seorg yg sk mmbazir tp lps kawen, dh xsk membazir sbb suami sy bkn jenis mcm tu.. so, dia selalu bg nasihat @ 'ceramah" kalu membazir... hihii

*Um... tembamnya abdullah... dh brp kg yer?.. geram je tgk.... hihi

NoEn said...

aah betul jugak tu..kene doakan awal2 tuk jodoh ank2 kita..

UmmiAbi said...

Syukran UM...Moga anak2 kita dapat menjadi generasi soleh wa muslehh..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam UM..apa kabar?Lama k.atie xsinggah kat sini.
Memanjg sibuk trutama mggu lepas...pelbagai dugaan & ujian dr Allah utk kami sekluarga.
Betul tu.k.atie pon sentiasa mendoakn yg trbaek tuk anak2 k.atie.Aminnnn

Ala sweetnya 2 beradik tu tidur :)

@LeenShamsh said...

c'jai: usrah dgn geng2 eh ;)

intn: alhmdulillh ;) si abdullah ni letk ats penimbg tgk 7kg..nntilah kaye sket beli yg elotronik hee

noen: jom jom jom!

ummi: amin ya rabb!!!

k.tie: ade hikmh..Allah nk bg abg mghafal hadis pulk leps brjye hafl Quran

p/s: k.tie jgn tertipu..muhammad tk tido..die kejut adek die hee

IntaNBerliaN said...

7kg??... tu dia.... beratnya... ummu, nak tanyalah, ummu guna pama jenis apa.. manual ke bukan?..

saje je tanya, sbb tgk ibu2 yg buat stok susu ni, byk betoi... kalau pam yg jenis manual tu lenguh gak nak megepam tu.. hihii

saya ni alhamdulillah xkeje... blh bg direct :-)

@LeenShamsh said...

intan: untung alisha n co dapat susu yg tngkat pertame terbaek mestilah direct bf! ;) kite pakai medela fs..tulah sape da pakai fs die taknak dah pkai manual mcm kawan kite ade 2..die smpan dalam kotak je yg manual sbb tangan da manje kate die heeee

myamyza said...

ye lah, saya memang tak terpikir pon lagi jodoh anak2 dikemudian hari.. share yang sangat bermanfaat wahai ummu muhammad.

p/s: ahad lepas pegi ke kluang menziarahi sahabat rapat di taman intan, kluang, tercari2 juga signboard taman kiara mas tapi tak ketemu.. dekat2 situ ke jauh lagi ye?

@LeenShamsh said...

myza: mudah2an bamlom n co (sahabat2 kecil die) bertemu jodoh hebat! islam mase zaman mereka mungkin dah hebatkan..wahhh tak saba UM hehe

p/s: jauh sket..nape tk bgtau turun sini..boleh jumpe..teringin nk jumpe nina n myza..dok ulang alik jb tpi tak ketemu T_T