31.12.11

TERAKHIR 2011

Alhamdulillah tahun baru hijrah telah lama berlalu. Kini giliran tahun baru masihi. Tahun 2011 adalah tahun paling mencabar buat saya sebagai blogger. Terima kasih tidak terhingga kepada semua cik anon atas teguran demi teguran walau hakikatnya agak pedih untuk menerimanya pada peringkat awal. Saya dihentam hebat tahun 2011 ;). Alhamdulillah masih ada yang mengambil berat. Namun saya percaya, cik anon-cik anon ini sebenarnya kemungkinan besar orang yang mengenali saya dan mungkin hampir dengan saya. Gerakan hati saya berkata begitu ;). InsyaAllah Allah mengirimkan anda untuk saya bermuhasabah iman dan koreksi diri insyaAllah. Terima kasih kepada adik kesayangan saya yang menulis email kepada saya dengan panjang lebarnya berkenaan cik anon. Terima kasih kepada geng-geng blogger yang sentiasa bersama dengan semangat anda yang sentiasa energitik dalam berkongsi ilmu. Sesungguhnya saya sangat termotivasi dengan anda!  Mudah-mudahan Allah kukuhkan ukhuwwah kita walau di alam maya ;).


Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan jadual perancangan kami sekeluarga pada tahun 2012. InsyaAllah dengan izin Allah, banyak sejarah yang bakal tercoret dalam diari Bayt Al-Iman. Mohon didoakan semuanya berjalan lancar dan selamat. Biarlah berjuta manusia tidak suka, hanya cintaMu yang kami dambarkan. Sampaikan kami ya Allah! 

30.12.11

DISKRIMINASI

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.

Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:
- Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.
- Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
- Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.

Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)

kredit: wikipedia

Diskriminasi adalah kecenderungan untuk melebihkan apa yang kita sukai dan menafikan hak apa yang kita tidak sukai. Ingat doa orang teraniaya insyaAllah makbul! Kredit gambar disini.

28.12.11

KENIKMATAN DUNIA

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah Allah sampaikan kita untuk menikmati majlis ilmu disamping ustaz UAI yang sangat popular mengalahkan selebriti masa kini. Muhammad dan ibu hanya sempat iktikaf sekejap di masjid berkenaan kerana ibu tidak larat lagi mengejar Muhammad disamping Muhammad yang sudah mula kelaparan. Kita makan di dalam insyirah sambil mendengar kuliah.

Gambar kecil menunjukkan Muhammad didenda ibu duduk di atas peti sumbangan masjid kerana ibu sudah tidak sanggup mengejar Muhammad yang mahu bermain ditangga masjid.

Ibu sengaja tidak mengganggu konsentrasi ayah kerana sememangnya ini sahaja hiburan kegemaran ayah. Perjalanan pulang, ayah kembali menceritakan satu-satu isi kuliah dan satu yang sangat terkesan dihati ibu berkenaan rombongan pensyarah yang membuat lawatan ke Pattani, Thailand yang menangis melihat kanak-kanak berusia 8 tahun sedang mengikuti 23 subjek agama. Subhanallah!

Banyak yang ayah 'muntahkan' sepanjang hampir 2 jam disana dalam keadaan orang ramai tidak berganjak langsung dari tempat duduk. Method dakwah UAI yang sangat mendekati remaja. Menurut ayah, ramai orang-orang muda yang hadir dikuliah ilmu tersebut. Golongan muda yang begitu hauskan ilmu agama. Boleh lihat disini suasana meriah anak-anak muda yang cintakan ilmu.

Alhamdulillah disaat-saat akhir zaman kini, memang begitu susah orang-orang agama mahu menyebarkan agama dengan alasan tanpa tauliah. Berbeza pula dengan orang-orang seni yang bebas menyanyi, menari dengan pakaian menjolok mata, tidak pula perlu tauliah. Dimana-mana sahaja hiburan dengan nyanyian, joget menjadi santapan mata. Muda-mudi dijajah dengan cemerlang untuk berhibur setiap masa dan saat. Kasihan pemuda yang kita harapkan untuk membangun ummah, terjerumus dilembah hiburan yang maha dahsyat.

Apa yang lebih menarik adalah berkenaan rancangan count down 2012 yang bakal berlangsung dengan penuh sejarah. Kalau sebelum ini kita sering dihidangkan dengan konsert yang begitu mengundang kemurkaan Allah, insyaAllah Shah Alam bakal mencatat sejarah kerana dataran kemerdekaan disana bakal mengadakan konsert juga, tetapi berbentuk islami yang turut dibintangi oleh artis-artis terkenal tanahair. Kalau sebelum ini anak-anak muda bebas bercampur antara lelaki dan perempuan terkinja-kinja mencari hiburan yang menipu daya dimalam tahun baru, insyaAllah kali ini ianya mudah-mudahan Allah mudahkan untuk menzahirkan yang islam juga menggalakan hiburan tetapi yang bagaimana kaedahnya. InsyaAllah tahun baru kali ini membawa sinar baru buat golongan pemuda Malaysia khususnya. Ayuh pemuda kita bangkit!

Ayah ada mengajak ibu kesini, ibu angkat kedua tangan menyerah kalah. Tidak sanggup mengenangkan babak kejar-mengejar dengan Muhammad nanti. Oh tidak sanggup! ;)

23.12.11

EPISOD 4: SUNNAH BERNIAGA

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Sejajar dengan pembukaan imaNiaga iaitu kedai online kita, ibu terasa ingin mencoretkan sesuatu berkenaan sunnah perniagaan iaitu merupakan salah satu pekerjaan junjungan mulia kekasih kita Rasulullah SAW. Ayah dan ibu ditakdirkan menikah semasa zaman belajar yang mana ayah hanya ada separuh dari gajinya manakala ibu hanya ada elaun bulanan. Alhamdulillah dengan separuh imbuhan ayah dan elaun ibu, kami mampu bertemu dipenghujung minggu di pondok iman yang hanya RM75 setiap bulan kerana ayah belajar di Kuala Lumpur manakala ibu di Johor. Bil air dan elektrik pula hanya RM7 setiap bulan. Bil telefon pula hanya RM5 setiap orang kerana kami memakai plan 1+5 celcom ketika itu. Nenek sebagai kepala yang perlu membayar lebih.  Alhamdulillah dengan nilaian bulanan itu juga kami mampu membayar insyirah, kuda tunggangan kita sehingga kini yang sememangnya banyak jasanya.

Alhamdulillah setiap bulan yang dicukupkan dan dimudahkan Allah. Masalah timbul apabila menjelang cuti dan kami mahu pulang ke kampung halaman ayah. Ketika insyirah belum ada, ibu dan ayah hanya menaiki bas dan apa yang kami lakukan untuk mencari duit poket tambahan selain ibu mengambil upah menjahit telekong, ibu dan ayah juga berniaga. Ya berniaga! Apakah yang kami niagakan? Disebabkan modal yang ada sesuai untuk perniagaan kecil-kecilan, ibu dan ayah berniaga aiskrim Malaysia, aiskrim yang diisi di dalam plastik panjang dan dihantar ke sebuah kantin sekolah tempat nenek berniaga setiap hujung minggu dan waktu-waktu cuti. Keluarga sebelah ibu merupakan anak pedagang. Nenek dan kedua ibu bapanya cukup pandai berniaga walaupun bukanlah ahli perniagaan tersohor. Nenek ibu, moyang Muhammad contohnya, walaupun buta huruf, tetapi matematiknya sangat cekap. Begitu juga nenek Muhammad. Walaupun ibu mengajar matematik tetapi mental calculation nenek mendahului ibu. Mungkin disebabkan ibu belajar dizaman kalkulator. Sunnah berniaga keluarga sebelah ibu ini banyak diwarisi Maklong Muhammad yang punya butiknya sendiri. Maklong Muhammad juga smart orangnya.

Semakin dewasa, ibu semakin mengerti hikmah disebalik sunnah berniaga. Betapa kita sebagai orang Islam perlu bangkit menguasai ekonomi. Menguasai ekonomi bermakna menguasai politik tanahair. Sebenarnya politik dalam sesebuah negara adalah 'dipegang' oleh orang yang berduit dengan istilah lain ahli perniagaan. Lagi contoh ketara, dunia hari ini menyaksikan kuasa ekonomi terbesar adalah rejim zionis yang mana diserata tempat ada sahaja McD, Pizza Hut, Nestle, Kotex, Levis dan pelbagai barangan lagi yang dipunyai dan dipelopori oleh mereka laknatullah sehingga ada ulama' yang menjatuhkan hukum haram untuk membeli barang-barangan mereka kerana segala hasil tersebut adalah menyumbang kepada peluru-peluru yang membunuh saudara-saudara kita di Palestin. Begitulah besarnya pengaruh 'wang' di dalam dunia hari ini. Hakikatnya, wang mampu membeli segala-galanya pada perancangan jahat manusia hari ini.

Sahabat Rasulullah SAW sepeti Abu Bakar, Usman Bin Affan antara tokonh-tokoh ahli perniagaan yang mahsyur. Sejarah telah mengajar kita kisah-kisah para sahabat yang kecintaan mereka terhadap Allah dan Rasulullah SAW mengatasi cinta mereka kepada harta benda mereka. Beginilah sosok-sosok ahli perniagaan yang didahagakan oleh dunia hari ini. Ahli perniagaan yang mampu menyumbang terhadap pembangunan ummat islam. Ahli perniagaan yang hanya takutkan azab Allah. Hakikat hari ini, ummat islam ramai yang goyah aqidahnya. Menipu, rasuah semuanya menjadi mainan kehidupan. Apa yang penting matlamat melihat wang berkepuk menjadi impian sehingga lupa halam haram dan dosa pahala. Sememangnya kesedaran inilah yang perlu kita perlu sebarkan. Dunia hanyalah tempat mengumpul bekalan dan dunia kita yang hakiki hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka.

Berbalik kepada sunnah berniaga, ibu punya impian mempunyai sebuah sekolah sendiri. Mungkin sekolah tadika ataupun taska yang mana ibu sendiri yang menjadi tenaga pengajarnya. Memandangkan modal untuk melihat impian ini tercapai agak besar, ibu serahkan kepada Allah semata. Mungkin kita boleh buka cawangan sekolah tadika iman kepunyaan ikhwah/akhowat. Sebenarnya apa yang seronoknya, ibu mampu menjaga dan mendidik mujahid-mujahiddah sendiri disamping anak-anak orang lain. Di taska itu nanti semestinya mesra penyusuan susu ibu. Mungkin kita boleh bawakan ibu-ibu solehah yang boleh menyusukan. Maklum ikhwah dan akhowat memang cukup sibuk dengan dakwah dan tarbiyyah mereka.  Keluarga besar sebegini mampu menampung kelemahan dan kekurangan atas keterbatasan waktu masing-masing. Sesungguhnya kelebihan dan kekurangan itu Allah jadikan dengan sebab kasih sayang dan hikmah. Semoga Allah membalas segala penat lelah perjuangan mereka.

Ketahuilah wahai Muhammad, Rasulullah SAW merupakan insan agung yang diutuskan sebagai qudwah hasanah. Salah satu aktiviti keduniaan yang Baginda terlibat adalah di dalam bidang perniagaan. Malah Baginda SAW merupakan seorang peniaga yang baik sebelum baginda menerima wahyu lagi. Segala anjuran atau sunnah Rasulullah SAW dapat meningkatkan hubungan antara manusia dan Allah yang juga merupakan salah satu bentuk kekuatan spritual seorang insan. Jual beli adalah perdagangan dunia, sedangkan melaksanakan kewajiban syariat Islam adalah perdagangan akhirat. Keuntungan akhirat pasti lebih utama berbanding keuntungan dunia. Maka para pedagang mukmin sekali-kali tidak boleh terlalu menyibukkan diri semata-mata untuk mencari keuntungan dunia dengan meninggalkan keuntungan akhirat. Sabda Rasulullah SAW, Pedagang yang jujur serta dipercayai (tempatnya) bersama para Nabi, orang-orang yang jujur, dan orang-orang yang mati Syahid pada hari kiamat. (HR. Bukhari, Hakim, Tirmidzi dan Ibnu Majjah). Semoga Allah makbulkan doa ibu untuk punya sebuah tadika sendiri suatu masa kelak insyaAllah!

Sunnah Rasulullah SAW yang paling utama adalah BERDAKWAH!

22.12.11

TERLAMBAT 15 MINIT

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan seharian kami di kampung moyang Muhammad semalam. InsyaAllah semua telah lengkap untuk kami 4 beranak. Sebenarnya kami juga menemani nenek Muhammad ke hospital pakar berdekatan untuk menziarahi kawan nenek Muhammad yang juga guru sains saya semasa di tahun 5 sekolah rendah. Kami sampai lebih kurang 3.05 petang dan kawan nenek Muhammad telah kembali di dunia hakiki pada jam 2.50 petang, kira-kira 15 minit sebelum kami sampai. Perjanjian di alam rohnya telah tertulis sejak 4 bulan di alam rahim ibunya. Kita juga akan menuju ke destinasi yang sama, cuma masanya kita tidak tahu.

Kami terlambat 15 minit sebelum arwah pergi meninggalkan dunia.
(gambar ehsan: google)


Arwah cikgu saya ini dikurniakan 2 anak lelaki yang sudah besar. Seorang di universiti tenaga nasional dan seorang lagi masih di sekolah menengah. Menitis air mata saya melihat anak bongsunya membacakan yasin di depan bilik ICU setelah ibunya pergi. Suami dan anak sulungnya di surau. Terbayangkan apabila diri sendiri berada ditempatnya. Kehilangan barang pinjaman. Saya kembali bermuhasabah. Ramainya anak lelaki mahupun anak perempuan kurniaan Allah buat satu-satu pasangan pasti punya hikmah yang besar. Sebagai contoh, arwah cikgu saya telah menjalani dialisis setelah ketiadaan buah pinggangnya selama 2,3 tahun jika saya tidak silap. Mungkin 2 orang anak lelakinya inilah sebagai pembantunya. Mungkin anak perempuan tidak sekuat kudrat yang dipunyai anak lelaki. Begitu juga jika dikurniakan anak perempuan yang ramai, pasti ada yang Allah sediakan di depan sana. Betapa sayangnya Allah pada kita. Cantiknya rancanganNya. Pentingnya sebuah keredhoan dan bersangka baik terhadap Allah.

Begitu juga perancangan Allah untuk hamba-hambaNya yang berkahwin awal mahupun lambat. Saya tertarik dengan kata-kata seorang sister apabila mengetahui saya sudah berkahwin dan mengandungkan Muhammad diusia muda untuk zaman sekarang. Allah pilih dia berkahwin awal kerana Allah Tahu yang dia mampu memikul tugasan sebagai isteri diusia awal dan kita belum berkahwin kerana Allah Tahu yang kita belum mampu memikul tanggungjawab berumahtangga. Jawapan ringkas tetapi signifikan meminjam kata-kata popular Prof. MuhdKamil. Begitu juga pasangan-pasangan yang belum diberikan zuriat. Allah Maha Tahu masa yang lebih sesuai yang mana kesediaan kita ditahap paling maksimum insyaAllah! Berdoa, berusaha dan seterusnya penyerahan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah.

Kematian itu sesungguhnya menerbitkan keinsafan. Betapa sebagai insan bernama manusia, apa sangat yang kita kejarkan hidup di dunia kerana dunia yang abadi bukan di sini. Dunia ini hanya tempat mengumpul bekalan dan perjalanan kehidupan ini adalah sebuah kembara menuju ke dunia yang hakiki di sana. Terbayang-bayang duduk di dalam perut tanah seorang diri. Betapa banyaknya dosa-dosa. Bayangkan kita berada di atas kubur di waktu malam seorang diri, betapa takutnya kita sedangkan kita masih lagi boleh kembali ke rumah pada saat itu. Apalah nasib kita di dalam sana, susah, derita, sengsara dan bermacam lagi ketakutan yang perlu ditempuhi. Kita di bawah sana sudah tidak boleh kembali lagi! Semoga kematian kita dapat dirancang sebaik mungkin supaya kita kembali dalam keadaan aqidah yang sejahtera insyaAllah! Al-Fatihah buat allayarhamah Puan Halimah Bt Abdullah!

21.12.11

WW- IMANIAGA

Bismillah. Alhamdulillah.
Jemput datang kedai kami cuci mata ;).

p/s: Belum berkesempatan BW. Hari ini sibuk menyiapkan beberapa keperluan perancangan tahun hadapan di kampung moyang Muhammad. Mohon doa dicukupkan dan dipermudahkan kami sekeluarga ;).

19.12.11

DOA ANAK HEBAT

Alhamdulillah terasa ingin mengimbau kenangan saat mengetahui Muhammad sudah berada di dalam rahim saya lebih setahun 4 bulan yang lalu. Saya sangat rajin menelaah buku-buku berkenaan perihal mengandung. Dibawah adalah doa yang sangat hebat dan cantik untuk diamal. Maknanya yang begitu mendalam membuatkan saya sering 'meremang roma' setiap kali melafazkannya selari dengan lintasan makna-maknanya yang sangat manis untuk dirakam di dalam hati ;).


.اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ / وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَلاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
.اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً / وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ
.اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا
.اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً / وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ / وَصَحِّحْ جَسَدَهُ / وَحَسِّنْ خَلْقَهُ / وَأفْصِحْ لِسَانَهُ / وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ / وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .وَالْحَمْدُلِهِرَ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Ya Allah , 
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah , 
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal .

Ya Allah , 
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
-(Abu Afiqah, Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi, M/S 23)-

Doa yang ringkas dan mudah diamal terutama ketika usai solat. Mudah-mudahan doa cantik sebegini menjadi amalan semua para ibu-ibu yang sedang hamil dan berterusan sehingga anak-anak menjenguk ke dunia. Dunia hari ini terlalu dahagakan seorang khalifah yang bakal mengembalikan undang-undang Allah. Mudahan-mudahan dengan keberkatan doa para ibu-ibu menjadikan anak-anak kita sebagai generasi yang bakal menegakkan kalimah Allah insyaAllah! Jom berdoa!

Wahai anak-anakku yang hebat lagi hensem, doakanlah ibu dan ayahmu selalu kelak ;)

17.12.11

PALING HENSEM!

Muhammad hebat! Muhammad hensem! Muhammad hafiz!

Ini adalah panggilan-panggilan yang selalu saya dan suami gunakan untuk memanggil Muhammad dan insyaAllah saya akan gunakan juga untuk memanggil anak-anak orang lain juga. Mungkin ada yang beranggapan ianya umpama memuji anak sendiri namun ianya tidak bagi saya. Ianya adalah satu bentuk doa berbisa saya sebagai ibu buat anak-anak.

Adat Kita Dan Adat Mereka
Suka saya sertakan satu artikel di blog cinta-rasul berkenaan adat kita dan adat mereka. Ustazah Aisha dan suaminya mengambil peperiksaan lisan dan bertulis al-Quran semasa belajar di syria dahulu. Dalam menanti giliran, anak-anak mereka sempat bersalaman dengan sheikh-sheikh hebat disana. Apa yang istimewanya,  cara mereka ketika bersalaman dengan anak-anak, mereka akan memanjatkan doa-doa yang hebat. Subhanallah!

Sebahagian tulisan di blog cinta-rasul.

Apakah perasaan anda sebagai ibu dan bapa apabila orang-orang hebat dan kuat beragama mendoakan dengan doa-doa yang hebat buat anak-anak kita? Sudahlah didoakan, ianya cukup melapangkan dan menyejukkan hati si ibu mahupun bapa bukan? Saya juga cukup setuju dengan perbandingan yang dibuat berkenaan adat kita disini dan adat mereka disana. Penulis juga mengesyorkan untuk selalu berjumpa dengan orang alim. Kesimpulannya, rajin-rajinlah duduk di majlis ilmu supaya kita dapat meneguk ilmu-ilmu sebegini yang tidak ada di shopping complex mahupun panggung wayang dan sebagainya.

Agama vs Akademik
Saya juga tertarik dengan perbandingan orang bijak akedemik dan orang alim beragama yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI). Antara ustaz yang sangat popular mengalahkan selebriti ;). Antara ulasannya yang saya simpulkan sahaja, orang yang belajar tinggi sehingga ada phD sekalipun andai tidak punya ilmu agama, dia adalah orang yang BODOH tapi orang yang ada agama tapi tidak belajar tinggi, jangan panggil bodoh. Bayangkan anak-anak kita yang kita sendiri bukakan lorong-lorong untuk berjaya akademik dengan mengetepikan ilmu agama, mereka menyedekahkan bacaan Al-Quran dengan membuka kaset kerana tidak pandai mengaji ketika kita mati. Begitukah pengakhiran yang kita harapkan? Mungkin  anak-anak mampu memberi beribu-ribu setiap bulan tetapi apabila kita meninggal, belum masuk pun dalam perut tanah, kita sudah diazab. Nauzubillah!

PALING HENSEM!
Serring kali apabila saya memanggil Muhammad dengan panggilan Muhammad hensem, mahupun memanggil anak-anak orang lain, apa yang selalu terdetik dan melintas dihati saya adalah:

Kredit: Ibnu Muslim. Salah satu blog ilmu insyaAllah!

Walau bagaimanapun, kita hanya mampu mendoakan 'hensem' kerana menurut nota kaki di blog ibnu muslim, manusia yang PALING HENSEM adalah kekasih Allah dan kekasih kita, Rasulullah SAW. Manusia paling sempurna dan hensem adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana akhlak Nabi S.A.W adalah akhlak Al-Quran.

Akhir kalam, mulakanlah hari-hari seterusnya dengan doa-doa yang hebat buat anak-anak kita. Ubahlah persepsi yang tidak baik terhadap diri dan orang lain. Jauhi bahana hasad dengki. Mudah-mudahan dengan hati yang bersih dan tulus, maka akan lahirkan generasi-generasi al-Quran merayap. Kalau bukan kita, jangan biarkan anak-anak kita mewarisi kejahilan kita. Sesungguhnya TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGEGAR DUNIA!

15.12.11

CONTEST & GIVEAWAY IBU SIHAT ANAK RIANG

Bayt Al-Iman dijemput oleh Kakyong Ibu 3A. Dengan berbesar hati kami ikut serta! ;D

Klik banner untuk turut serta. Jom tambah ilmu keibubapaan insyaAllah! ;)

Post ini adalah penyertaan untuk Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang dianjurkan oleh Keluarga Ibu 3A, dan diTAJA oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collideDe’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio


Banner penaja:
Amira Studio

14.12.11

WW- SENAMAN MUKA

Artikel yang mengundang ceria pagi ini. Jom buat senaman muka! ;D

Tajuk: TELUR REBUS
Kredit gambar: google

aq ada crita ni..lawak la jugak..aq baru bkahwin stahun y lepas & duduk dgn istri aq..kami duduk berdua shj sbb belum dikurniakan anak..aq ni ad 1 kgemaran iaitu makan telur rebus..aq pun tataw knapa,sedap agaknya..

b4 kahwin,aq mmg gila tlur rebus..pagi ptg siang mlm telur rebus je..tp smenjak kahwin ni aq tpaksa bkorban iaitu meningalkan tabiat ni..lama gak aq tak pekena tlur rebus ni sbb org rumah aq masak sedap2 so aq da x kisah lagilah..

critany bgini,bulan lpas ms aq blik krja,tba2 kreta aq rosak..aq pun call bini aq katakan aq balik lambat sbb kena menapak..sbb lapar aq pun singah 1 kdai mkn tu..ad tlur rebus lah,aq pun mkn nasi dgn tlur rebus..lepas tu aq order tlur rebus lebih lg utk diratah..b4 balik aq bungkus lg 10 bj tlur rebus utk mkn sambil bjalan balik nnti..tiba je at umah aq rasa amatlah kenyang..maklumlh balas dendam sbb lama x pekena tlur rebus..b4 aq masuk rumah,istri aq tiba2 ckp dy ada 'surprise'.. dy sruh aq ttup mata dgn kain hitam y dikat kemas dblakang kpalaku & dpimpinya aq smpi ke meja mkn lalu dduk d krusi..

aq nk prgi toilet sbb perutku mula wat hal,tp malaslah nak spoilkan 'surprise' istriku ni..aq pun tahan ler...tiba2 tlefon bbunyi,istriku prgi mengangkatny..apa lagi ada chance aq pun mlepaskn kentut y dtahan sekian lama..fuuhhh lega asany... bau leh tahan...mklumler brapa bj tlur tah aq bedal td..alamak!!ada lg 1 la,aq pun angkat sbelah pungung & lpaskan 1 das lg..bunyiny PROTT!! fuh bau jgn ckp beb.. aq pun x tahan..aq kipas pki tangan kasi kurang sikit bau dy..adlah mcm bau tlur tembelang kit..

Aq rasa ad lg lah,kali ni mmg aq rasa power punyala..aq kumpul dlu kasi padu lepas tu aq bangun tongeng kit & lpaskan angin taufan tu...PRRROOOOOTTT!!!! fuhh lega...bgegar kit meja mkn dbuatnya..xtahan aq bau dy power gila..aq ttup hidung aq..aq rasa bau dy ada skit2 mcm bangkai la..mau mati bunga ats meja ni.. sambil tu aq sebut 'ahhhh lega'..adalah dkat 5 min baru bau bangkai tu hilang.. 

pas tu istri aq kembali & mnta maf sbb lambat,lalu dy kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' & sruh aq buka kain penutup mata aq..la,bday aq ari ni..camne leh lupa..aq buka kain penutup mata aq..mlutku trus melopong ALAMAK!!! benda prtama aq lihat..muka merah padam pak mertua aq,mak mertua aq, adk ipar aq 2 org duduk keliling meja mkn..bos aq dgn jiran sbelah umah aq pun ada..so aq pun nak cover malu,aq tnya kat pak mertua aq.. 'dah lama ke pak smpai?'..dan dy pun jawab.'dah lama..sbelum kentut prtama lagi!!!!

13.12.11

SAYU SETAHUN 4 BULAN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah bertambah lagi cucu UHUK (gelaran bagi batch zaman kolej ibu dulu). Tahniah buat ummu dan abu mus'ab hafiy yang selamat dilahirkan pada 4 Disember lepas. Kita tidak sempat menjenguk mus'ab di Besut kerana kita telah pun berada di Bayt Al-Iman ketika itu. Hanya mesej sebagai pengganti diri. Ummu mus'ab sempat berbalas mesej bertanya tentang penyusuan terutamanya. Alhamdulillah semangat luar biasa untuk fully bf. Mudah-mudahan Allah mudahkan segalanya.

Alasan Konkrit
Ketahuilah wahai Muhammad anak hebat! Kuantiti air susu ibu semakin berkurang dari hari ke hari sehinggakan ibu menangis senyum memandang ayah. Menyusukan Muhammad dalam keadaan sayu. Sayu kerana dengan izin Allah ibu dan ayah mampu melihat Muhammad membesar dengan susu ibu sahaja tanpa makan berjadual sehingga setahun 4 bulan lamanya. Namun setelah setahun 4 bulan, ibu dan ayah redho dengan takdir Allah, hakikat yang air susu ibu sahaja tidak cukup untuk menampung makan dan minum Muhammad sahaja kerana alasan yang cukup konkrit. Semua kuasa Allah. Ibu dan ayah sangat percayakan janji dan takdir Allah buat kita.

Mula Makan Berjadual
Maka dengan ini Muhammad telah mula makan berjadual setelah setahun 4 bulan hanya menyusu dengan susu ibu. Walau bagaimanapun, Muhammad masih tidak diberi minum minuman yang pelbagai lagi. Muhammad hanya minum susu ibu, air masak dan air zamzam sehingga kini cumanya air zamzam ketika ini tinggal saki baki botol sahaja. Batapa susahnya mencari air zamzam asli. Kebanyakkan yang ibu dan ayah jumpa mempunyai keladak dibahagian bawah botol. Makanan Muhammad pula seperti roti, nasi berlauk ikan, daging, telur dan sebagainya serta kurma sahaja setakat hari ini sebagai makanan yang diambil dalam kuantiti yang banyak. Alhamdulillah antara hikmah makan ketika ini adalah Muhammad tidak perlu bubur. Jadi, hanya perlu masak lauk sahaja. Setakat hari ini, lauk Muhammad semua dimasak sekali bersama nasi tanpa minyak.

Pilu
Muhammad ketahuilah, ketika Muhammad makan, ada perasan tersentap-sentap dihati ibu hatta ketika ibu sedang menaip entry ini. Muhammad memang berselera dan seakan melepas geram selama setahun 4 bulan tidak diberi makan namun apa yang memilukan hati ibu dan ibu pasti, sama juga dengan ayah, apabila melihatkan Muhammad meneran sehingga merah muka dan bertakung air mata ketika ingin membuang air besar. Sembelit. Mungkin perut Muhammad sedang melalui fasa menyesuaikan diri dengan makanan pejal. Sebelum ini hanya susu ibu sahaja yang dibaca oleh sistem badan Muhammad. Ajaibnya susu ibu sebelum ini wahai Muhammad, Muhammad memang kenyang sebagai makan dan minum. Walaupun Muhammad tidak makan makanan pejal, namun Muhammad tidak meragam dan tidur dengan nyenyak pada waktu malam. Bak kata Tokwan, ibu dan ayah bagai pasangan baru kahwin kerana beruntung tidak diganggu anak meragam ketika tidur malam.

Perut Meragam
Namun kini, Allah mengizinkan ibu dan ayah melalui fasa-fasa perut Muhammad meragam dipermulaan makan berjadual ini. Pada malam pertama dan kedua Muhamamd mula makan, Muhamamd tidak boleh tidur lena seperti kebiasaannya. Resah dengan mata terpejam sambil memegang perut umpama orang sakit perut. Andaian ibu Muhammad kembung ataupun kekenyangan kerana Muhammad makan memang banyak dan berselera. Keadaan seperti ini ibu tidak pernah melaluinya ketika air susu ibu melimpah selama setahun 4 bulan buat Muhammad. Hari ketiga ibu dan ayah tidak memberi makan mengikut jadual. Sengaja ayah dan ibu merehatkan perut Muhammad. Muhammad hanya diberi makan kurma. Sememangnya khasiat kurma usah dipertikai sebagai makanan ringkas yang mengenyangkan. Hari sebelumnya Muhammad makan berat 3 kali sehari dan dalam kuantiti yang banyak. Selepas cuti makan sehari, Muhammad hanya diberi makan 2 kali sehari dengan kuantiti yang sedikit sahaja selepas itu. Alhamdulillah ibu dan ayah cukup lega kerana perut  Muhammad sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan makanan pejal ;).

Perlu Stok
Kini, Muhamamd memerlukan makanan pejal sebagai support air susu ibu. Sebenarnya ibu tidak perlu membuat stok kerana Muhammad seolah kenyang sekiranya ibu tidak melakukan sesi pam membuat stok walau bukan kenyang sebagai makan dan minum seperti setahun 4 bulan yang lepas.  Namun, ibu perlu juga membuat stok walaupun sekali sesi Allah mengizinkan air susu ibu hanya mampu keluar sekitar 1-2oz sahaja. Maksudnya, dalam sehari dalam 4oz sahaja ibu mampu stok ketika ini. Harapan ibu kini, semoga Allah izinkan Muhammad lulus cemerlang melalui fasa sarjana tanpa susu selain susu ibu. InsyaAllah hanya tinggal sebulan lebih untuk melepasi fasa sarjana dengan izin Allah. InsyaAllah ibu akan teruskan dengan penyusuan susu ibu sehingga puncak phD walau ibu tidak mampu membuat stok seperti sebelum ini. Apa yang mampu kita lakukan sekarang hanya berdoa dan berusaha ke arah doa kita insyaAllah!

Beginilah keadaan untuk sekali tempoh sesi membuat stok.

Muhammad boleh menghabiskan stok ini hanya dalam 2 minggu lebih sahaja dengan izin Allah. Semoga ini bukan koleksi EBM Muhammad yang terakhir.

Sayu
Satu kenangan terpahat bukti Muhammad teramat haus dan susu ibu tidak mencukupi. Muhammad sedang ibu susui dengan masa yang agak lama. Tiba-tiba Muhammad bangun menuju meja di ruang tamu dan mengambil bekas air masak ibu yang besar dan merengek menyuruh ibu membuka penutupnya. Aduhai Muhammad, sayunya hati ibu. Ayah segera bingkas dan mengisi botol susu Muhammad dengan air masak bertapis. Muhammad mengambilnya dengan segera dan minum sambil berbaring. Kasihan anak ibu, haus sangat rupanya. Kejadian berlaku 2 kali untuk hari ini sahaja. Penat bermain dan kehausan.

Mula Faham
Alhamdulillah diusia ini Muhammad mula faham dengan arahan. Apabila mahu makan, ibu atau ayah menyebut 'ijlis' yang bermaksud 'duduk'. Muhammad akan duduk. Apabila salah tangan, ibu atau ayah akan tegur 'tangan mana tu', Muhammad akan segera menukar tangan untuk makan. Alhamdulillah Allah izinkan ibu dan ayah melihat perkembangan ini. Dengan kefahaman anugerah Allah kepada Muhammad kini, ayah kini sudah mula membawa Muhammad ke surau bersama tanpa ibu. Mudah-mudahan Muhammad boleh menemani ayah solat terawih ramadhan ini dan ketika itu insyaAllah Muhammad sudahpun genap 2 tahun insyaAllah dengan izin Allah ;).

Ini adalah salah satu catatan berkenaan perjalanan penyusuan Muhammad. Nampaknya Allah tidak mengizinkan Muhammad menyusu secara eksklusif tanpa makan dan minum sehingga 2 tahun. Walaupun Muhammad sudah diberi makan berjadual, namun Muhammad masih penyusu eksklusif yang tegar dengan susu ibu tanpa air teh, kopi ataupun fresh orange. Muhammad tidak diberi makan biskut, air manis setakat hari ini. Ini takdir Allah buat perjalanan penyusuan Muhammad dan ianya pasti terkandung hikmah dan pengajaran bukan sahaja buat kita, insyaAllah buat kakak/makcik Muhammad yang belum berkahwin namun punya azam untuk fully bf anak-anak mereka kelak insyaAllah. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa ibu supaya air susu sentiasa meriah berpanjangan dan Muhammad berjaya menyusu dengan hanya susu ibu sehingga 2 tahun. Sayang dan cinta berpanjangan kerana Allah buat Muhammad daripada ibu dan ayah!

Baki hari penyusuan. Semoga selamat sampai ke puncak wahai Muhammad!

12.12.11

MY BFF'S WEEDING

Muhammad hebat hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Tajuk orang putih :). Alhamdulillah Allah mengizinkan kita menghadiri walimah kawan baik ibu yang bertemakan ala-ala barat tetapi tetap mengekalkan konsep islami di Gombak. Baju pengantin yang sangat cantik :). Pertama kali terpandangkan pengantin yang bergambar diluar dewan, ibu sangkakan majlis ini diadakan serentak dengan pasangan lain, bila ibu amati semula, sah memang kawan baik ibu! Memang raja seharilah! Kali terakhir kami berjumpa ketika Muhammad baru dilahirkan. Setahun lebih tidak ketemu. Jejak rindu pada Sabtu, 10 Disember lepas ;). Alhamdulillah Allah takdirkan jodohnya dengan seorang pensyarah yang mengajar hadith a.k.a ustaz hadith di universiti berdekatan rumahnya.

Pandangan sekitar majlis dan cenderahati daripada pengantin sekeluarga. Muhammad memakai baju dan hadiah kopiah daripada ummi nur ;).

Kenangan Bersama
Alhamdulillah sampai juga kita kesana. Keluarga kawan baik ibu pernah singgah di Bayt Al-Iman semasa ayah dan ibu baru sahaja berpindah. Kerusi dan langsir pun belum ada. Duduk bersila sahaja mereka ;). Kita pun pernah ke rumah mereka semasa menguruskan majlis konvokesyen ayah disana. Muhammad masih belum ada ketika itu. Walaupun berlainan fikrah, namun kasih sayang antara kami tidak pernah berubah. Ibu dan makcik Muhammad (kakak tidak lagi releven selepas berumahtangga ;) pernah melalui episod-episod suka duka bersama semasa zaman kolej walaupun akhirnya kami bukan lagi sepayung, namun episod-episod itulah yang membawa ukhuwwah kami kekal sehingga hari ini. Moga Allah pelihara jalinan persahabatan ini sampai syurga!

Menantu-Menantu Perempuan Ayah
Cerita bab nikah-kahwin, teringat perbualan antara ibu dan ayah baru-baru ini yang mengundang ceria antara kami. Ayah kata, menantu-menantu perempuan ayah nanti, syaratnya tidak pandai memasak. Wah HEAVEN! Maksudnya anak-anak lelaki ayah perlu pandai masaklah. Terbayang-bayang dapur ayah itu dikuasai oleh ayah dan anak-anak lelakinya ;). Orang lain sibuk mahukan menantu yang pandai masak, ayah pula boleh letakkan syarat tidak pandai masak. Syarat yang tidak pernah dibuat orang! :D

IKEA
Kemudian, kita singgah sekejap di IKEA. Maklong pernah menghadiahi bakul buat Muhammad yang dibelinya disini. Maklong dan Makngah Muhammad rajin shopping disini semasa mereka baru berpindah rumah. Barang-barang rumah yang cantik-cantik dengan harga mampu milik. Ibu hanya membeli beberapa peralatan dapur yang ibu idamkan sahaja terutamanya bakul plastik dan bakul seperti hadiah daripada Maklong. Selebihnya mahu lihat sendiri tempatnya bagaimana.

Kebanyakkannya adalah permainan buat Muhammad ;).

Doa Buat Pengantin
Sememangnya sehari yang memenatkan ditambah selera makan ibu yang merundum. Kebelakangan ini ibu tidak selera tetapi perlu makan walaupun tekak mual kerana Muhammad menyusu. Walau bagaimanapun ibu bersyukur Allah izinkan ibu bertemu kawan ibu dan keluarganya. Terungkai juga rindu. Akhir kata semoga Allah memberkati pengantin dan menghimpunkan mereka dalam kebaikkan. Amin!

9.12.11

GIVEAWAY SULUNG CINTA-RASUL

Sekiranya sesiapa perasaan, saya ada meletakkan banner 3 langkah mudah didik anak hafal Al-Quran dibahagian kanan blog Bayt Al-Iman. Secara ringkasnya ebook berkenaan dihasilkan oleh keluarga huffaz, ustazah aisha dan ustaz amri dengan kerjasama syarikat mama darwish dan darwisha yang menerbitkan ebook mereka. Kesemua mereka dengan peranan masing-masing berganding bahu untuk sama-sama mengajak seberapa ramai ibu-bapa diluar sana untuk mengembalikan kekuatan ummat islam melalui penerapan didikan Al-Quran sebagai asas atau pasak utama dalam pembetukan aqidah yang mantap!

Klik gambar untuk pautan ke blog Cinta-Rasul. Jom! ;)

Cinta-Rasul merupakan medium kepada keluarga huffaz muda ini untuk dalam menyampaikan kaedah pembelajaran yang islami. Saya secara peribadi amat mencemburui kurniaan Allah kepada mereka. Pastinya mujahid-mujahid mereka Muhammad Abdul Rahman dan Muhammad Abdullah punya kredit berganda dalam meneruskan legasi generasi huffaz insyaAllah! InsyaAllah mereka antara inspirasi Bayt Al-Iman dalam menyahut cabaran melahirkan generasi Al-Quran merayap insyaAllah!

Hanya tinggal sehari sahaja GA sulung mereka dengan menawarkan hadiah berpakej jannah iaitu satu set ebook yang bernilai RM50. Jom mencari ilmu di Cinta-Rasul dan sekiranya takdir Allah memihak kepada anda, set ebook tersebut insyaAllah bakal menjadikan anak-anak kita bakal menegakkan kalimah Allah dengan izin Allah.


Kenal ALLAH pasti sayangkan AR-RASUL!

JELAJAH JEMARI ASMARA GIVEAWAY

Bayt Al-Iman sememangnya wajib support jelajah kakanda jemari asmara! ;)

Klik gambar comel mereka untuk turut serta!

Bayt Al-Iman berkenalan dengan blog jemari asmara ketika kami menganjurkan GA sulung kami iaitu Maulidur Rasul Giveaway. Alhamdulillah asbab GA sulung kami itu membawa Bayt Al-Iman berkenalan dengan blogger-blogger tegar yang baik-baik antaranya blog jemari asmara. Manis untuk dikenang ;).

Antara keistimewaan blog jemari asmara adalah pemilik sering ketengahkan isu kekeluargaan seperti didikan anak, masakan dan cuti-cuti ditempat-tempat menarik disekitar Malaysia, tidak lupa juga hobi pemilik yang gemarkan pinggan mangkuk lama. Semua isu-isu ini adalah sesuai untuk WANITA.

Sebenarnya, tulisan-tulisan pemilik tentang isu kekeluargaan menjadi tips mendatang untuk kami dimasa mendatang dalam menghadapi dan menyediakan mental untuk mendidik anak-anak sebesar yusuf dan maryam dalam keadaan ibu yang berkerjaya. Saya amat kagum dengan pemilik blog kerana banyak masanya dihabiskan untuk kerjaya namun masanya umpama melebihi 24 jam sehari kerana mampu memasak dan menulis blog dalam keadaan tuntutan kerja yang tidak menentu. Tahniah anda ibu yang serba boleh! ;)

Akhir kata, semoga jodoh kita berkekalan walau hanya di alam maya. Teruskan menulis kerana hanya WANITA yang memahami WANITA! ;) Selamat ulangtahun pertama untuk blog jemari asmara dan tidak lupa kepada anakanda teruna pemilik blog, abang yusof ;). Semoga abang yusuf membesar sebagai mukmin yang diredhoi Allah dan ahli jemari asmara dapat berkumpul bersama di syurga sana insyaAllah! Ukhuwwah fillah. Sayang kerana Allah! ;)

- ID follower: ummu muhammad
- jemari asmara terletak di dalam senarai KELUARGA SYURGA sebelah kanan blog BAi
- banner jemari asmara terletak di dalan senarai GCL sebelah kanan bawah blog BAi

2ND GIVEAWAY COMEL DARI UMMI IMAN

Bayt Al-Iman support ummi iman walaupun penyertaan agak lewat :)


Klik gambar iman yang hensem untuk turut serta! ;)

Semoga ukhuwwah berpanjangan walau di alam maya berkekalan sampai syurga insyaAllah! ;)

Bayt Al-Iman tag: mummymyza & ibu danial kesayangan ;)

8.12.11

HADIAH GA NUR SAMPAI

Alhamdulillah hadiah daripada ummi nur telah pun sampai. Mengikut tarikh di notis yang ditinggalkan pihak poslaju di dalam peti surat rumah nenek Muhammad, hadiah ini selamat tiba tepat 1 Disember 2011 dan kami masih lagi di kampung ayah ketika itu. Sebaik terima notis ini, ayah Muhammad ke pejabat poslaju untuk mengambil bungkusan.

Muhammad yang kegembiraan ;)

Alhamdulillah Bayt Al-Iman dipilih sebagai pemenang utama menerusi entry baby nurkheir 1st GA: si manja chumil bertudung/berbaju melayu. Terlalu banyak hadiah penghargaan dari ummi nur untuk Muhammad antaranya kopiah yang sangat cantik, tasbih, baju-T, sehelai CD, penanda buku dan pelekat tertera nama Muhammad. InsyaAllah Muhammad akan memanfaatkannya sebaiknya dengan izin Allah.

Semoga ummi nur sekeluarga dilimpahkan rezeki yang berkat dalam ketaatan kepada Allah insyaAllah. Doakan kami juga! Ukhuwwah fillah abadan abada! ;)

SEM AKHIR 2011 (4): SELESAI

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan matlamat utama kita pulang ke kampung ayah dalam masa beberapa jam. Selesai sudah untuk satu kerja dan ianya cukup melegakan. InsyaAllah banyak lagi urusan yang perlu dibereskan sekembalinya kita ke Bayt Al-Iman.

Majlis Ilmu
Tidak lengkap pulang ke kampung ayah tanpa menghadirkan diri di majlis ilmu. Sekali lagi kita ke Rusila.  Disana kita tidak boleh duduk lama beriktikaf dimasjid kerana Muhammad sibuk juga 'berceramah' sehinggakan ada seorang makcik yang baik hati memberikan Muhammad sebiji buah. Keinginan Muhammad terhadap makanan yang semakin tinggi membuatkan Muhammad duduk bersila sekali dengan makcik-makcik yang sedang makan. Mahu tidak mahu ibu terpaksa keluar dan kita duduk sahaja di dalam insyirah sambil mendengar kuliah. Sabar sahajalah.

Gambar atas Muhammad dan ayah sempat membeli lampu kecil sesuai untuk basikal dan gambar bawah Muhammad sedia untuk 'berceramah' juga ;).

Alhamdulillah kita telah pun selamat berada di Bayt Al-Iman ketika ini kerana beberapa urusan tertentu untuk perancangan jadual tahun hadapan. Dalam perjalanan pulang, kita sempat juga singgah di sebuah pantai cantik untuk melepaskan penat perjalanan. Alhamdulillah Allah permudahkan permusafiran kita. Stok susu Muhammad masih tersusun rapi dan ianya paling melegakan untuk ibu sebaik sampai di Bayt Al-Iman kerana bukan mudah wahai Muhammad untuk menyimpan stok susu Muhammad tika ini. Hanya Allah Maha Tahu setakat mana ibu mampu membuat stok susu Muhammad. Mudah-mudahan Allah mudahkan Muhammad untuk menikmati susu ibu sehingga 2 tahun penuh insyaAllah!

Di atas jambatan sebelum ke pantai yang tidak diketahui namanya ;).

2.12.11

SEM AKHIR 2011 (3): PANTAI BERKUDA

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Sebenarnya ibu sedikit teruja untuk menulis di entry kali ini kerana riadah seterusnya ini membawa Muhammad kepada sunnah berkuda pula. Memang sudah lama ayah dan ibu teringin memperkenalkan kuda kepada Muhammad dan Alhamdulillah Allah izinkan kita berkenalan dengan kuda ketika beriadah di Pantai Batu Burok baru-baru ini.

Memperkasa sunnah berkuda. Muhammad sedang bermesra dan berkenalan dengan seekor kuda putih bersaiz kecil.

Sunnah Berkuda
Bayaran untuk kanak-kanak adalah RM3 manakala dewasa RM5 untuk 2 pusingan. Kereta kuda yang disediakan untuk riadah keluarga pula ibu tidak pasti berapa. Alhamdulillah Muhammad tidak takut langsung dengan kuda. Allah mengizinkan Muhammad untuk menunggang kuda putih yang merupakan kuda yang paling kecil dan sesuai untuk kanak-kanak. Ayah bertugas sebagai pengawal keselamatan ketika Muhammad menunggang manakala ibu bertugas sebagai perakam kenang-kenangan kali pertama Muhammad berkenalan dengan sunnah berkuda. Melihatkan Muhammad ketawa geli hati, ibu jadi teringin pula menunggang sama ;D.

Kekuatan Fizikal
Ibu ada google berkaitan hikmah sunnah berkuda namun artikel berkaitannya adalah sangat terhad. Ada satu artikel kajian berbahasa indonesia namun ibu tidak jumpa pula link blognya untuk dibuat pautan daripada entry ini namun apa yang melekat dihati ibu berkaitan sunnah berkuda ini, ianya membantu kekuatan fizikal sebagai contoh imbangan badan dan kita perlu fokus untuk menundukkan kuda yang hakikatnya lebih gagah daripada kita. Jadi, sunnah sukan berkuda secara tidak langsung membantu daya imbangan badan dengan bantuan fokus berpusat. Ini hanya kajian melalui fizikal yang tampak pada pandangan mata kasar.

Yakinlah Sunnah Rasulullah SAW!
Ada juga ibu terjumpa berkenaan hikmah disebalik 3 sunnah yang dianjur Rasulullah SAW supaya diajar kepada anak-anak iaitu berenang, memanah dan berkuda di carigold forum. Secara keseluruhannya daripada artikel tersebut, apa-apa sunnah yang ditunjukkan Rasulullah SAW adalah logik walaupun tampak tidak logik dizaman ini kerana kita sudah punya kereta, buat apa kuda? Kita sudah banyak pistol dan senapang, buat apa panah? Kita sudah banyak kapal, buat apa mahu belajar berenang?

Kajian Masa Depan
Hakikatnya, ada kajian mendapati di akhir zaman, bahan mentah seperti minyak semakin susut dan ianya telah terjadi dizaman ini. Jadi, ianya boleh memberi implikasi kenderaan pelbagai jenis tidak mampu untuk bergerak dan kita akan kembali kepada zaman awal dengan menunggang kuda. Ais dikutub utara akan semakin mencair dan kemahiran berenang yang dikuasai sedikit sebanyak boleh menyelamatkan dengan izin Allah. Panah pula juga mungkin sebagai alat memburu mahupun mempertahankan diri. Ini hanya kajian manusia, yang dihadapan hanya Allah Maha Mengetahui. Tugas kita hanya semampunya cuba mengamalkan sunnah kerana pasti ada hikmah yang cukup sempurna untuk hamba. Olahan dan kesimpulan daripada ibu sendiri dari carigold forum.

Ibu Teringin!
Pantai ini juga ibu pernah pergi sekali sahaja semasa zaman masih berdua dengan ayah. Itupun tidak turun insyirah. Hanya menyusur jalan-jalan ditepi pantai. Dahulu seingat ibu, tidak ada pun kuda, yang ada hanya peniaga-peniaga yang menjual wau dan makanan. Namun sekarang tampak pelbagai. Bukan sahaja ada kuda malah sukan kereta pantai. Walaupun ibu nampak sentimental tetapi jiwa tetap brutal ;D. Tadi teringin menunggang kuda, ini pula teringin memandu kereta pantai ;D.


Hanya boleh lihat, belum pandai pandu! ;)

Langkawi
Teringat zaman muda ketika bercuti bersama keluarga ke Langkawi. Ketika itu ibu masih berada disekolah menengah jika ibu tidak silap. Ibu sempat merasa memandu go-kart dengan tudung melambai-lambat ;P dan memang kalah beberapa pusingan dengan atok dan pak andak. Sudahlah kalah, selalu pula langgar benteng tepi litar. Tamat sahaja, menggigil tangan sebab kereta tersebut memang berat dan memerlukan kekuatan tangan untuk mengawalnya. Dua malam disana, hari terakhir, ibu ditakdirkan keracunan makanan. Semua orang gembira berjalan sehingga ke sempadan, ibu pula tumpang kedai orang untuk berehat kerana memang habis kudrat untuk berjalan. Imbauan noltalgia zaman remaja ketika bercuti bersama keluarga ;). Mungkin selepas ini sekiranya ada rezeki ke Langkawi, mudah-mudahan boleh bertemu insan-insan cekal yang hebat di FCU yang berjaya mewujudkan sistem bersekolah dirumah dengan sukatan yang sungguh mengujakan!

Terpegun Melihat Pantai
Selepas kita melepaskan pandangan menonton sukan kereta pantai, kita seterusnya ke tepi pantai sambil memerhati Muhammad bermain bola. Sebenarnya Muhammad tidak banyak bermain dengan bola pun kerana Muhammad seakan terpegun dengan keluasan pantai dan warna-warni wau yang dijual disekitar Muhammad. Ibu dan ayah pula duduk dibangku yang disediakan untuk menikmati 'sate ikan'. Sesekali ayah berlari mengejar Muhammad apabila Muhammad sudah berada agak jauh daripada tempat kami kerana mengejar wau.

Subhanallah! Cantik sungguh!

Sapaan Pergi
Sebaik 'sate ikan' habis, Muhammad sempat menyapa kuda putih tadi sebagai sapaan pergi. Muhammad tidak sedikit menunjukkan rasa takut. Muhammad membelai si kuda umpama membelai kucing dirumah nenek. Dipegang telinganya, diusap rambutnya, mahu disentuh mata dan mulutnya. Kemudian, Muhammad akan ketawa sambil mengecilkan mata tanda suka. Si kuda putih umpama faham atau reaksi kuda memang sayu sepanjang masa? Mana-manalah wahai Muhammad ;).


Wahai kuda putih tunggu saya di episod akan datang. Masa itu, saya tidak perlukan abang yang menarik anda kerana saya mampu menunggang anda dengan baik insyaAllah!

Ziarah Kawan Ayah
Kita kemudiannya menziarahi kawan ayah semasa di Sabah dahulu. Sudah 3 tahun rupanya kawan ayah itu balik kesini. Walau bagaimanapun, hanya sekejap kita kerumah kawan ayah kerana ibu dan ayah sudah tidak larat mahu meneruskan babak kejar-mengejar dengan Muhammad. Dalam setengah jam sahaja kita duduk dirumah kawan ayah sebelum berangkat menunaikan solat asar di masjid UNIZA. Nama penuhnya ibu tidak pasti. Kemudian, kita singgah 'makan angin' di pantai Teluk Ketapang pula.

Jika dahulu Muhammad ketika berusia beberapa bulan, Muhammad seakan takut dengan ombak pantai apabila ayah mencecahkan kaki Muhammad dengan air pantai tetapi tidak kini. Muhammad seperti biasa dengan riak wajah tiada perasaan ;).

Nostalgia Bulan Madu
Memang musin kuda dan kereta pantai mungkin disemua pantai negeri penyu. Sekali lagi, ibu dapat perhatikan terdapat kuda-kuda dan kereta-kereta pantai bersusun disini. Muhammad ketika ini tidur keletihan dan sedar semula setelah ayah dan ibu menghabiskan juadah minum petang dibangku yang disediakan. Pantai ini punya nostalgianya tersendiri buat ibu dan ayah kerana rakaman kami berdua berada disini memerhati pantai masih kemas tersimpan rapi. Kurus dan muda ;). Masa ini kami masing-masing masih difasa bulan madu. Alhamdulillah kali kedua pergi kali ini, Allah mengizinkan sekali lagi Muhammad bersama untuk mengulang nostalgia ibu ayah dahulu ;). Ada perasaan takut sepanjang menghadap ke laut dengan memerhati ombak pantai menghempas. Terasa kerdilnya diri dengan makhluk Allah bernama lautan. Bagai ditarik-tarik urat saraf membayangkan andai ombak itu adalah ombak tsunami. Hanya Allah Maha Penyelamat. Astagfirullah! Banyaknya dosa-dosa ibu wahai Muhammad T_T.

Kisah Sitra & Zehra
Seharian kita berjalan di pantai-pantai indah memukau. Alhamdulillah rezeki nikah berlainan negeri. Sekali lagi rezeki Muhammad merasai kali pertama menunggang kuda. Ketika ibu google untuk mencari tahu hikmah sunnah sukan berkuda, ibu menemui sebuah blog yang bernama sangtawal sakranta yang mana keluarga ini mempunyai 2 ekor kuda. Mengikut kefahaman ibu apabila membacanya secara sepintas lalu, rumah mereka terletak dilokasi strategik untuk menempatkan kuda-kuda mereka yang bernama sitra dan zehra. Ya Allah cemburunya ibu! Seekor kuda mereka harganya RM7k. Menariknya, mereka ingin mengacukkan kuda betina mereka yang bernama sitra dengan kuda jenis baka arab tulen dan mereka perlu mengeluarkan belanja RM2k untuk 9 kali pembakaan! Teruja sungguh ibu!

Buat masa sekarang semacam mustahil untuk memunya walau seekor kuda. Walau bagaimanapun, ibu telah membuat beberapa carian tempat untuk melatih Muhammad dengan sukan sunnah berkuda ini walaupun jaraknya agak jauh disamping kos yang agak tinggi. InsyaAllah ini hanyalah rancangan ayah dan ibu dan masa hadapan adalah milik Allah untuk menentukan mana-mana yang baik buat agama kita terutamanya insyaAllah! Ibu doakan semoga Muhammad mampu menguasai kesemua sukan sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW diusia muda. Semoga mampu juga menjadi hafiz kecil yang akan memperkasa sunnah Rasulullah SAW insyaAllah!

1.12.11

SEM AKHIR 2011 (2): MASJID KRISTAL

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Riadah cuti kali ini membawa kita ke masjid kristal. Ibu pernah ke sini semasa zaman bulan madu bersama ayah. Hanya sekali dan ini merupakan kali kedua kami kesini dan apa yang lebih bermakna, Muhammad ada bersama ;).


Ibu mahu ketawa ketika menaip entry kali ini kerana ada perkara yang mencuit hati. Terdahulu ayah dan ibu kesini, kami tidak turun dari insyirah. Hanya menyusur jalan-jalan yang ada. Kali kedua ini pula ada kemajuan kerana kita bertiga keluar dari insyirah dan pergi bergambar disekitar masjid ini. Apa yang lebih mengharukan, kita tidak masuk ke taman yang ada pelbagai masjid seluruh dunia tersebut kerana ibu dan ayah ada alasan tersendiri.

Mahal sangatkah? Tidak tetapi tidak berbaloi untuk masa sekarang kerana ibu dan ayah sedang giat mengumpul dana untuk perkara yang lebih penting lagi untuk projek tahun depan insyaAllah! InsyaAllah kita boleh ke sini suatu masa ketika Muhammad sudah mula faham. Mungkin Muhammad boleh mengkaji dahulu melalui internet dan kita ke sini untuk mendapatkan sedikit gambaran daripada realiti sesebuah binaan masjid berkenaan insyaAllah! 

InsyaAllah entry seterusnya ada kaitan dengan pantai lagi tetapi riadah di tepi pantai kali ini sungguh bermakna kerana akhirnya Muhammad dapat melalui satu lagi sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW. Apakah sunnah itu? InsyaAllah di entry akan datang dengan izin Allah ;).