23.3.10
18 MINGGU
Minggu ke 18
Anak ibu sudah pandai berkata-kata
"Ibu jangan makan!"
Rintihan kecil yang menyentap tangkai hati
Tatkala menjamah makanan
Di hentian puduraya selepas usai solat subuh
Menuju ke putrajaya
Ayam goreng yang umpama mati bertahun lamanya
Dipandang sepi di hujung pinggan.
Minggu ke 18
Menurut 'info ibu'
Anak ibu sudah dapat mendengarkan suara dari luar tubuh ibu
Anak ibu akan bergerak atau melompat ketika mendengarkan suara keras
Otot anak ibu sudah dapat berkontraksi dan relaks
Anak ibu sudah dapat menendang atau meninju.
Minggu ke 18
Anak ibu sangat aktif
Sekejap mengeras di bahagian bawah
Selalu berehat di bahagian kiri
Kekadang penuh di semua bahagian.
Moga anak ibu sentiasa dalam perlindungan Allah!
Ibu sangat rindu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tak sabar tunggu seorang anak dari ibu yang solehah ini lahir.
Amin.. ;)doakan kami sentiasa berkat cik cuna..
Post a Comment