19.6.11

BUKTI CINTA SEJATI

Dah baca kisah Bilal? tanya suami.
Kat blog kite ke? tanya saya sambil mengingat semula blog yang dibookmark di kepala.
Tulah berblog sangat. Si suami memerli dengan jayanya :)

Meremang Roma
Saya baru terfikir tajuk entry yang masih kemas di sidebar blog rumah iman kami iaitu Tinggallah disini dan azanlah untuk kami wahai Bilal! Dalam hati, akan singgah nanti untuk baca tetapi diloceng terlebih dahulu oleh suami ;) Sebuah sirah tentang Bilal Bin Rabah yang ditulis oleh Ustazah Maznah Binti Daud yang merupakan Bekas pensyarah UiTM Shah Alam, Ketua Wanita IKRAM Malaysia, Penasihat Tabung Haji Malaysia dan juga Panel Radio IKIM.fm. Kisah ini cukup membuat saya meremang roma dari permulaan sehingga akhirnya! Subhanallah!. Betapa tulus dan kasihnya Bilal kepada kekasih Allah dan kekasih kita semua iaitu Rasulullah SAW! Sesungguhnya iman kita tidak mungkin sama dengan iman Bilal. Astagfirullah!

Mungkin ada dikalangan kita yang pernah terbaca kisah ini. Sekiranya kita rajin untuk mendengar ikim.fm, ada slot Ustazah Maznah untuk rancangan di ikim.fm. Banyak ilmu dan manfaat di blog Ustazah Maznah. Saya copy sahaja kisah dibawah ini daripada blog ustazah. Jom terapi hati di  Zaadut-Taqwa insyaAllah! ;)

Tinggallah Disini Dan Azanlah Untuk Kami Wahai Bilal!
Bilal bin Rabah, muazzin Rasulullah s.a.w. Orang pertama yang diangkat oleh baginda menjadi muazzin di Masjid Nabawi di al-Madinah al-Munawwarah. Bilal r.a. tetap setia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan selama hampir 10 tahun.

Apa yang berlaku kepada Bilal selepas kewafatan kekaksihnya dan kekasih kita, Rasulullah s.a.w.? Mungkin tidak ramai yang tahu?

Bilal datang bertemu Abu Bakar r.a. dan berkata:
“Wahai Khalifah (pengganti) Rasulillah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Amalan seseorang mukmin yang paling afdhal ialah berjihad di jalan Allah.”
Abu Bakar bertanya:
“Lantas, apa yang engkau mahu wahai Bilal?”
Bilal menjawab:
“Aku hendak bermurabatoh (berada di medan jihad) di jalan Allah sehingga aku mati!”
Abu Bakar bertanya:
“Kalau begitu, siapa yang akan azan untuk kami?”
Bilal menjawab, sedang air mata bergenang di kelopak matanya:
“Sesungguhnya aku tidak akan menjadi muazzin kepada sesiapapun selepas Rasulullah s.a.w.!”
Abu Bakar memujuk dengan berkata:
“Tinggallah di sini dan azanlah untuk kami wahai Bilal!”
Bilal membalas:
“Sekiranya engkau telah merdekakan aku dahulu supaya aku tunduk kepadamu, maka letakkanlah aku sebagaimana yang engkau mahu. Tetapi sekiranya engkau merdekakan aku dulu kerana Allah, maka biarkanlah aku untuk apa yang engkau merdekakan aku.”
Abu Bakar menjawab:
“Bahkan aku merdekakan engkau untuk Allah wahai Bilal!”

Maka Abu Bakar r.a. tiada pilihan kecuali membenarkan Bilal memilih jalannya untuk berjihad dan sentiasa berada di medan juang. Bilal berhijrah ke Sham. Di situlah beliau mengabdikan diri di medan jihad…

Salami isi hati yang dicurahkannya sendiri:
“Aku tidak tertanggung tinggal di Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. “

Setiap kali dia cuba mengalunkan azan, apabila tiba pada “asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah” kerongkongnya tercekik lalu dia akan menangis. Maka dia berangkat ke Sham bersama para mujahidin.

Selepas beberapa tahun berada di Sham, beliau melihat Rasulullah s.a.w. di dalam mimpinya. Baginda berkata kepada Bilal, “Kenapa begitu lama kamu menyepikan diri wahai Bilal? Belum tibakah masanya untuk kamu ziarahi kami?”

Bilal terjaga dari tidurnya. Hatinya sungguh sedih. Beliau segera berangkat ke Madinah dan terus menuju ke maqam Rasulullah s.a.w. Bilal menangis dan berguling-guling di situ sehingga Hasan dan Husain menghampirinya. Beliau memeluk dan mencium mereka berdua sepuas-puasnya. Kedua-duanya berkata kepada Bilal:
“Kami rindu untuk mendengar azanmu di waktu dinihari.”

Bilal naik ke atas sutuh (bahagian atas) masjid dan mula mengalunkan azannya yang amat dirindui oleh warga Madinah. Apabila Bilal mengalunkan “Allahu Akbar, Allah Akbar”, seluruh Madinah bergetar. Apabila tiba ungkapan “Asyhadu an la ilaha illa Allah”, getaran bertambah kuat. Dan apabila tiba ungkapan “asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah”, wanita-wanita keluar dari bilik-bilik mereka. Sehingga diriwayatkan bahawa tidak ada hari yang paling banyak kaum lelaki dan wanita menangis lebih daripada hari itu…

Ketika Amirul-Mukminin Umar bin al-Khattab melawat Sham, kaum muslimin memintanya agar memujuk Bilal supaya azan untuk mereka untuk satu solat sahajapun cukuplah. Umar memanggil Bilal dan menyampaikan hasrat penduduk Sham. Tiba waktu solat, Bilal menaiki tempat azan lalu mengalunkannya.

Maka menangislah para sahabat yang sempat bersama Rasulullah s.a.w. ketika Bilal menjadi muazzinnya. Mereka menangis seolah-olah mereka tidak pernah menangis sebelum ini dan selama-lamanya. Dan Umar r.a. adalah orang yang paling kuat menangis dalam kalangan mereka.

Ketika Bilal hampir menghembuskan nafas terakhir, belaiu berkata kepada isterinya, Halah binti ‘Auf, saudara kepada Abdul Rahman bin ‘Auf: “Usah menangis! Esok kami akan bertemu dengan para kekaksih, Muhammad dan sahabat-sahabat…”

17.6.11

HEADER ANUGERAH

Cantik? Alhamdulillah anugerah Allah! Bayt Al-Iman sangat terharu dengan hadiah header daripada Teratak Mawaddah. Pagi semalam, saya secara berjemaah dengan suami sempat melihat header indah, saujana mata memandang sebelum melangkah keluar bertugas. Tersenyumlah seisi Bayt Al-Iman pagi semalam kerana penghuninya semua tersenyum syukur.


Satu hari anda berjaya membuat kami terseyum ceria, mudah-mudahan Allah ceriakan hari-hari anda selagi nyawa dikandung badan! Semoga semua penghuni Teratak Mawaddah dikurniakan kesihatan dan umur yang berkat disamping kehidupan yang dilimpahi berkat dan rahmat Allah. Semoga cinta, kasih dan sayang Teratak Mawaddah berkeluarga hingga ke syurga insyaAllah! ;)

Kasih sayang Allah tiada had! Hanya itu ungkapan yang bisa menggambarkan perasaan saya terhadap teman-teman blogger. Saya bersyukur dikurniakan kawan-kawan sebaik mereka yang sebenarnya kita berkongsi, belajar dan mengajar sesama kita. Terima kasih teman-teman bloggerku! Sayang kamu semua kerana Allah! ;)

p/s: sebarang tempahan, nasihat header bolehlah menghubungi ummi na di Teratak Mawaddah insyaAllah! ;D

16.6.11

AYAH DANIAL BIRTHDAY GIVEAWAY

Lagi daripada Puan Nina untuk suaminya ;)

Klik banner untuk turut serta!

Tarikh tutup: 17 Jun 2011
Jom sama-sama! ;)

CONTEST 'ANAK AYAH'

Muhammad baru sahaja tidur. Baru berkesempatan untuk berblog. Tengok kotak ziarah, puan nina sudah loceng tanya dimanakah Muhammad ;D insyaAllah bagi memenuhi janji saya untuk meraikan murabbiah ku tentang selok belok sebagai blogger, Bayt Al-Iman meramaikan lagi contest 'anak ayah' anjuran puan nina ;)


Gambar ini diambil semasa cuti iaitu dalam perjalanan pulang ke Bayt Al-Iman. Muhammad dan ayah berada di atas puncak batu yang besar ditepian pantai yang sangat indah memukau lagi mententeramkan jiwa. Subhanallah kami sangat kagum! Hebatnya Allah!

Pada mulanya, Muhammad berdiri memerhati pemandangan lautan yang terbentang luas dihadapannya, namun kemudian duduk mencangkung kerana ada 'sesuatu' yang semacam sampah kecil sedang menarik perhatiannya di tempat pijak kakinya. Gambar tersebut menunjukkan ayah Muhammad dengan pantas menyambut 'sesuatu' itu dari diambil Muhammad.

Sekian, coretan ringkas tentang kenangan gambar ini. Semoga Muhammad membesar sebagai 'anak ayah' yang hebat seperti ayah (ayah tersangat hebat dihati ibu ;) dan semestinya Muhammad mesti lebih hebat daripada ayah dan yang terpenting lebih 'menggila' tarbiyyah dan dakwahnya kerana Allah insyaAllah! Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!

Menyahut cabaran contest 'anak ayah' anjuran puan nina insyaAllah!

Klik banner untuk turut serta!

Tarik tutup: 17 Jun 2011
Jom ramai-ramai! ;)

10.6.11

REZEKI MUHAMMAD LAGI

Alhamdulillah ada rezeki Muhammad lagi ;) Semasa kami bercuti, puan nina sekali lagi meninggalkan link kemenangan GA ummi baby Nur. Alhamdulillah tempat pertama!


Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur dan penaja hadiah ummi nur ;) Semoga segala kebaikan disisi Allah sentiasa bersama ummi nur dan keluarga insyaAllah!

JOM BER'PICNIK'!

Pertama-tama terima kasih kepada murobbiah tentang selok belok sebagai blogger iaitu puan nina tok guruku  yang sangat berjasa kepada saya. Hari ini sekali lagi jasamu dikenang! ;) Alhamdulillah saya sedang belajar berPICNIK dengan mengedit gambar-gambar yang terakam semasa cuti di kampung zauj selama seminggu. Terlalu banyak gambar, jadi saya memerlukan khidmat PICNIK untuk mengecilkan ruang. Saya tidak begitu mahir dengan photoshop, jadi picnik sesungguhnya memudahkan kerja-kerja mengedit gambar. Terima kasih puan nina! ;)

Jom kawan-kawan kita berPICNIK!

8.6.11

SELAMAT SAMPAI

Alhamdulillah kami baru sahaja sampai di Bayt Al-Iman jam 11 malam semalam. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan perjalanan kami. Semoga anda semua dirahmati Allah! ;) Kepulangan kami disambut nikmat demam buat kali ketiga untuk Muhammad. Sebaik sampai terus sahaja panas. 38.5 darjah celcius. Sebenarnya kami pulang kerana tuntutan kerja saya yang bertugas pada hari ini dan esok. Apakan daya, Muhammad adalah keutamaan sebelum pencapaian didahulukan. Tidak sampai hati rasanya membawa Muhammad masuk ladang dalam keadaan tidur dengan dada berbunyi dan badan yang panas. Mohon ampun kepada kawan-kawan setugas dan pihak pentadbiran. Terima kasih juga kepada bos yang sangat memahami. Semasa memohon pelepasan cuti untuk hari ini, saya difahamkan yang anak bos juga berada di johor specialist jb. Semoga semuanya dalam keadaan baik insyaAllah!

Muhammad berkata-kata: Kepada kawan-kawan ibu, doakan Muhammad sihat dengan redho Allah insyaAllah! ;)