26.7.17

Di Traffic Light.

Jam menunjukkan lebih pukul 10. Kelihatan seorang ibu muda membonceng anak kecilnya. Hanya mata yang kelihatan.  Jarak kami kira-kira 5 meter. 

Melihatkan penampilannya, wanita itu sesungguhnya memang benar-benar menjaga auratnya. Sayangnya ketika menunggu lampu merah bertukar hijau, sedikit bahagian kakinya terbuka. Kainnya tersingkap terlebih tinggi tanpa dia sedar.

Runtun hati seperti mahu diselamatkan yang terbuka itu walau sedikit. Anak kecilnya itu lebih lagi menganggu emosi. Diusap-usap rambut si anak yang tanpa topi keselamatan tadi. Ngilu terasa jauh ke lubuk hati.

Kita selesa berbumbung dan berhawa dingin, aurat rapi terjaga sedangkan ramai lagi yang tiada pilihan dalam hidupnya. Maka, bersyukurlah.

"Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang sedikit".

No comments: