16.10.15

MENYAMBUNG GILA


Menyambung gila :D.

#Cybersale yang berlangsung baru-baru ini menjadikan buku-buku dalam senarai pilihan saya sampai ke rumah minggu lepas. Diskaun yang ditawarkan berjaya membocorkan poket saya dengan meletakkan limit RM100 sahaja untuk semua buku. 

Dalam sesak nafas menghabiskan tugasan hakiki dan kesibukkan yang saya cari yang hampir setahun ini, saya berjaya menghabiskan sebuah buku dalam masa 3 hari. Pencapaian yang baik pada saya. Sekarang pula sedang menelaah buku kedua yang pada saya sangat menarik dan lain daripada yang lain.

InshaAllah jika ada kelapangan, mahu juga kongsikan perkara-perkara penting yang bagus untuk kita semua beramal.

Harga keseluruhan buku yang saya pilih dan beli hanya RM109.62 tetapi pihak PTS yang baik hati telah memberikan pelbagai hadiah seperti sekeping VCD memasak, 2 buah buku (sebuah buku cerita dan kamus pepatah dan bidalan) serta beg merah di atas.

Patutlah rezeki Puan Ainon sentiasa murah, seluas empayar perniagaannya yang pelbagai (detik hati ketika menerima hadiah daripada PTS ;).

Belum pun baca buku, Allah telah berikan satu pelajaran penting melalui sifat pemurah syarikat PTS. Sungguh memberi inspirasi!

Sekadar melepaskan rindu menaip :D.

No comments: