29.6.14

AL-QURAN EDARIMAN

1 Ramadhan 1435H. Alhamdulillah Allah sampaikan lagi kita dalam Ramadhan Kareem yang mana semua amalan adalah pahala berkali-kali ganda dari 11 bulan yang lain. Baiknya Allah! Dikurniakan pada hamba-hambaNya yang pendosa seperti kita untuk topup segala macam kecacatan dalam beribadah kepadaNya selama ini.

Soalan zauji, 'sudah sujud syukurkah?'. Sujud tanda syukur kepada Allah kerana telah menyampaikan kita dalam Ramadhan Al-Mubarak. Mudah-mudahan kita semua adalah tergolong dalam hamba-hamaba Allah yang banyak bersujud kepadaNya inshaAllah.

Projek tertunda.

Alhamdulillah pagi 1 Ramadhan 1435 ini, Allah izinkan projek tertunggak saya ini terlaksana. Projek spesifikkan doa buat kibarul masyayikh ;). Al-Quran saya telah 2 naskhah telah diwaqafkan untuk dimakan oleh anak-anak semasa mereka bayi. Beberapa muka surat hadapan telah habis lumat sehinggakan mendatangkan masalah juga kepada saya untuk mengaji. Tidak mengapalah. Semasa bayi, makan Al-Quran. Ibunda doakan supaya membesar juga sebagai Al-Quran merayap ;).

Jadi, bulan lepas saya berjalan-jalan di alam maya untuk mencari Al-Quran sebagai hadiah buat diri sendiri untuk sambut Ramadhan. Allah gerakkan hati ini untuk terpaut pada blog Edariman Online Mall. Alhamdulillah saya juga bertemu dengan apa yang saya hajati sekian lama disitu. InhsaAllah saya catatkan nanti hajat dihati itu :D. Harga juga jauh lebih murah.

Al-Quran merun itu bernama Mushaf Aishah. Semoga diri cantik, cerdik dan sesolehah Aishah ra :D.

Soalan kedua zauji pagi ini sambil menunjukkan buku Amalan Ketika Mengandung, Setelah Bersalin dan Panduan Menamakan Bayi yang terletak berdekatan katil. 'Untuk apa buku ini?' Mentang-mentanglah Shaikh Abdullah sudah mahu pencen susu ibunda :P.

Projek sepsifikan doa.

Dalam Al-Quran saya yang lepas-lepas, memang saya lekatkan pelekat untuk spesifikkan doa-doa mengikut surah-surah yang saya ambil daripada buku-buku tulisan Abu Afiqah dan Ustazah Bahyah Mahamood. Ada yang berbunyi, tiada dalam hadis atau nas sohih untuk spesifikkan doa. Pada pendapat peribadi saya yang jahil agama ini, saya lebih suka apabila membaca sesuatu surah, ada matlamat doa-doa saya buat kibarul masyayikh.

Al-Fatihah - anak terang hati, kuat ingatan
Maryam - mudahkan ibu bersalin dan peroleh anak sabar dan taat
Luqman - anak cerdik akal dan cerdik jiwa
Yusof - anak cantik rupa dan cantik akhlak
Hujurat - perbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
Yaasin - ketenangan hati dan anak tidak tergoda dengan syaitan
At-Taubah - bersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
An-Nahl - anak berdisiplin

Asbab Al-Quranku, Al-Quranmu juga -saya dan anak-anak- maka, semua pelekat mereka cabut dengan penuh bergaya sehinggakan hilang juga ingatan saya setiap kali membaca surah-surah tertentu. Jadi, sebagai ibu dan anak-anak saya membesar dengan kepelbagaian sifat dan perangan, jadi, saya perlukan doa-doa di atas setiap kali saya membaca Al-Quran.

Contoh pelekat yang telah dilabelkan.

MashaAllah kita tidak tahu langsung masa hadapan kita dan anak-anak. Sejujurnya, kuliah Ustaz Basit seperti yang diceritakan zauji mengundang takut di hati saya. Takut dengan penyakit ain oleh orang-orang yang tidak senang dengan kita. Hanya doa-doa yang mampu saya panjatkan supaya Allah pelihara anak-anak dan keluarga kita daripada seksa api neraka.

Maafkan saya sekiranya ada tulisan-tulisan saya mengundang rasa benci, meluat dan menyampah di hati anda semua. Jom merutinkan dhuha!

3 comments:

Unknown said...

lain macam je buku pasal mengandung dan pemakanan bayi tu.. :p sila sila... hehe. leen belikan dee buku tu bleh nanti raya dee datang rumah amek :D

@LeenShamsh said...

dee: jom! datg eh..nnti bg kat u

Unknown said...

assalam. buku amalan ketika mengandung tu ada lg x. kalo nk letgo, sy nak beli. ni email sy suzanaibrahim2285@gmail.com