21.9.13

APA ITU GMO? (3) l GIGI GERAHAM

Semua orang tahu bahawa dajjal akan muncul tetapi ramai yang tidak tahu apakah gambaran dajjal itu dan ini menyebabkan ianya dianggap seperti cerita dongeng khayalan padahal ianya salah satu requirement untuk keimanan kita percaya kepada Rasul dan cerita tentang hari kiamat dan kedatangan Dajjal adalah dari lidah Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya dajjal itu sudah wujud dan sekarang kita berada di zaman di mana ada puak-puak yang sedang berusaha memberikan kuasa kepada Dajjal tersebut dengan pemujaan mereka kepada Dajjal. Inilah puak-puak Freemason. Tetapi ini akan menjadi hanya sebuah konspirasi sekiranya kita tidak mengetahui perancangan mereka dan pada masa yang sama kita tidak mengamalkan Al-Quran dan Sunnah dengan sebaik-baiknya.

Kemajuan kita hari ini adalah kemajuan yang menipu, kemajuan yang menjamu nafsu dan menarik kita sedikit-sedikit jauh dari sunnah Rasulullah. Sunnah-sunnah Nabi kini dipandang sepi sekadar ‘buat dapat pahala, tak buat tak berdosa pun’. Adakah ayat ini akan keluar sekiranya Rasulullah ada disamping kita? Ingatlah kalian pesan Rasulullah s.a.w yang sangat kasihkan kita dan baginda tahu apa yang bakal berlaku pada kita.

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a berkata: "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan suatu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami bila mendengarkannya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami.

Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin kamu sekalipun yang memimpin kamu itu adalah seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia kan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafaAr Rasyidin Al Mahdiyin(Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah snnah-sunnah itu dengan gigi gerahamdan jauhilah perkara-perkara yang baru(bid’ah ) yang diada-adakan , kerana sesungguhnya setiap bida’ah itu adalah sesat" (HR Abu Daud dan Tirmizi)

Jadi, inilah kunci strategi kita mematahkan perancangan musuh Allah. Gigit sunnah dengan gigi geraham dan mengenalpasti bidaah pada zaman kita ini. Sebenarnya bidang perubatan adalah bidang yang mempunyai kunci untuk segala-galanya. Dalam bidang ini terdapat rahsia sains yang telah dimanipulasikan oleh Barat demi kebencian mereka.

Zaman ini kita risaukan ajaran syiah dan macam-macam ajaran sesat yang lain dan tidak memandang pada diri kita sendiri. Apa yang diamalkan oleh masyarakat kita sekarang. Memang tiada nama untuk itu tetapi itulah pada saya Islam yang sudah bercampur dengan bidaah yang banyak. Meninggalkan sunnah nabi dan menggantikan dengan kemodenan dengan alasan kemajuan padahal ianya adalah kezaliman pada badan.

Contohnya meninggalkan cara duduk makan Rasulullah dan makan di meja makan. Adakah ini perbuatan menggigit sunnah dengan gigi geraham? Menurut kajian saya duduk di atas meja makan menyebabkan penghadaman tidak sempurna dan menyebabkan kita makan banyak. Penghadaman tidak sempurna ini mengundang banyak penyakit dan akhirnya memberi keuntungan kepada syarikat dadah.


Semua orang berasa selesa duduk di atas kerusi padahal Rasulullah tidak berbuat demikian. Adakah ini menggigit sunnah dengan gigi geraham? Duduk di atas kerusi menurut kajian saya menyebabkan keburukan pada tulang belakang dan tulang punggung. Duduk tahiyyat adalah yang terbaik kerana tulang iskium digunakan sebagai lapik duduk dengan menyengetkannya sedikit. Ini menghalang kesakitan tulang punggung(koksik dan sacrum) bagi yang berceramah atau yang mendengar ceramah.

PPT

4 comments:

Karisma Izzah said...

Alangkan makanan sunnah pun di hanya dianggap sebagai supplement, bukan penawar, ape lagi cara duduk makan mengikut sunnah Rasulullah yang dilihat sebagai kurang sopan oleh masyarakat sekarang.

@LeenShamsh said...

KI: bole privte mesej kite..ade wassup tak? ank2 KI sume udah bebas drugs kah?

duduk tu kalau timbul yg kurg sopan ade lagi care lain sbb takut undang ngumpat, jadi fitnah kpd sunnah..KI kne tgk cara duduk Rasulullah SAW yg lain dan duduk tahyat contohnye..sunnah juge ;) bole rujuk yg pakar utk hadis..UM takut slah ;)

Karisma Izzah said...

whats app ada tapi dah usang...we chat ada...

anak2 belum bebas drug...yang si kecik tu memang payah sikit nak makan ubat jenis cecair..so hari tu suapkan 3 serangkai tu dia luah balik...

berapa harga sebotol olive oil tu?

@LeenShamsh said...

KI: sebotol 39.90..dulu mase memule tau pasal vax ubat2ubatan..perasaan tu bercampur baur.Allah datangkan kekuatan demi kekuatan..alhamdulillah iA jalan ini kami pilih dgn yakin ewahh! :D