19.4.13

MUSIM PANAS DI IMANIAGA!

Bertepatan dengan hari Jumaat yang semakin hampir ke penghujungnya, Alhamdulillah kami dengan rendah hatinya ingin memperkenalkan koleksi terbaru musim panas imaNiaga DISINI. Juga kehadiran yang dinanti-nanti hampir 2 purnama lamanya ;D.


Alhamdulillah! Setelah menanti hampir 2 bulan, akhirnya kami ada jenama sendiri! Rekaan oleh ayahanda dengan jenamanya sendiri ROZdesigner. Nak jugak ayah tu! :P

Label saiz. Bak kata Puan Noen sifu menjahitku, perasaan macam ada butik telekong sendiri :P.

Alhamdulillah inshaAllah imaNiaga merupakan label jenama niaga BAi yang mudah-mudahan akan lahir lebih banyak lagi koleksi bukan daripada ibunda dan ayahanda yang sedang berjinak-jinak dengan rekaannya, malah diharapkan sedikit masa lagi, Muhammad, Abdullah juga bakal menggunakan jenama induk ini untuk koleksi niaga mereka pula.

Mudah-mudahan semasa kecil lagi Muhammad, Abdullah dan adik-beradik mampu menjana wang yang berkat tanpa pergantungan dengan manusia. Jadi, seawal usia sekiranya takdirnya ibunda dan ayahanda membuat keputusan mencampak Muhamamd, Abdullah ke Turki, ke Eropah, ke mana sahaja, kalian mampu untuk hidup dengan kemahiran demi mencari redho Allah dan Ar-Rasul inshaaAllah! InshaAllah nantikan jenama Muhammad dan Abdullah pula sedikit masa lagi. Ibu berangan!

10 comments:

Amri dan Aishah said...

waaahhhh....mubarak3. tahniah. Allah berkati usaha ini. moga terus maju. amin3

IntaNBerliaN said...

Tahniah ummu!! makin maju.. :-)

anis said...

Kak lin tempah mana label tu? Murah x? ;)

@LeenShamsh said...

ustazah aisha, intan; Amin3x! ;D

anis: insangpari.com ;) sbb k.lin punye ade web n no tel..min 1000pcs 350..kakak k.lin tempah name butik die saje, tkde web n no tel, 290 utk 1000pcs..lebih 2 wrne hrge lain lagi ;)

FADLUL & FIFAH said...

bagus!!senoga jadi usahawanita yg bjaya..

nurbijen said...

tahniah ummi... moga terus sukses...

Ummu Ukasyah said...

Tahniah UM.. teruja sgt tengok.. semoga Allah memudah kan segala urusan.. :)

mummyrinazone beauty said...

Amin amin ya rabbal alamin.semoga Allah memberkahi semuanya dan memberi pertambhan rezeki.

NoEn said...

ooo yeah..baru je tgk kat fb insangpari label ni..nice job UM

@LeenShamsh said...

fifah: aduhai jadi usahawan takut tk terkejarlah pah..suke2 je ni selain induknye sediekan tapak utk muhammad n co ;)

kak nur, UK, nurul: amin ya rabb!

noen: hehe tiru u lah noen..tunjuk ajarku sifu!! :)