16.10.12

WAJAH BERCAHAYA

Keinginan menulis sedikit terganggu dengan keadaan keyboard yang amat menyedihkan. Kerja si 'abang besar' mengupas satu persatu huruf yang ada tanpa riak wajah dan dengar suara. Paling menyeronokkan apabila ibu sedang solat, dia memulakan 'kerja'nya. Si ibu bermula dengan sabar, berakhir dengan hilang sabar ;D. Walhal telah rosak dan perlu ditukar sahaja keyboard ini, marah juga si ibu. Mudah-mudahan ada rezeki tukar keyboard laptop si hitam manis, samra'. Ipad belum mampu lagi setakat hari ini ;D.

Bersalutip. Banyak yang rongak. Memerlukan daya yang tinggi untuk menekan setiap simbol yang rosak T_T. Aduhai 'abang besar'...

Wajah bercahaya gemilang ;). Kisah ini kisah benar. Orang yang wajahnya bercahaya memang wujud dan ianya boleh dilihat kerana pancarannya amat gemilang sehingga silau mata ;). Saya punya sahabat muda setahun dari saya. Kami mula rapat apabila dia suarakan keinginannya untuk berhijrah Bagaikan sejarah itu berulang. Mengikutnya, dia seorang sahaja yang 'nakal' daripada yang 8 orang. Suasana keluarga yang islami. Namun nakal si sahabat nakal biasa-biasa sahaja pada saya. Mungkin asbab doa ibunya, akhirnya Allah campakkan taufik dan hidayah buatnya. Kurniaan agung buatnya insyaAllah.

Dia pula menukar wajah 360 darjah tanpa sedikit-sedikit. Kalau sebelum ini solat hanya yang wajib, taufik dan hidayah Allah membawanya untuk istiqomah solat tahajjud. Air muka yang sebelum ini biasa-biasa tanpa ada istimewa, bertukar menjadi seri-seserinya. Pancaran wajah orang-orang yang solat malam ini memang lain benar tampaknya. Semacam ada satu kesegaran pada wajah orang-orang yang punya 'line baik' dengan Allah.

Suasana keluarga yang islami banyak membantunya. Ilmu untuk amal ada dimana-mana. Saya sendiri banyak belajar daripada si sahabat. Sampai masa, si sahabat juga sudah berkeluarga dan insyaAllah berdamping dengan orang yang hebat. Betapa Allah bantu untuk dirinya kekal dalam ruh islami. Doa saya semoga segala penat lelahnya Allah pandang dengan kasih sayang dengan mengurniakan zuriat soleh solehah secepatnya. Mengambil kisah sirah yang mana 3 pemuda yang bermuraqabah kepada Allah tentang amalan baik mereka sehingga terbuka pintu gua sedikit demi sedikit kerana Allah perkenankan kerana menjauhi larangan Allah.

Saya selalu berbual dengan suami tentang wajah bercahaya gemilang. Berseri suami isteri pasangan ustaz ustazah. Yang cerah makin serlah. Yang gelap tetap dihiasi cahaya. Mereka bagai punya satu lapisan bersinar di wajah mereka. Apalah amalan mereka sehingga begitu terang benderang wajah mereka.

Dr. Zakir Naik. Siapa yang tidak kenal anak murid Ahmad Deedad. Subhanallah! Apalah kurniaan Allah kepada mereka. Apalah amalan-amalan mereka sehingga mampu mengislamkan berapa ramai insan. Ya Allah andai bukan kita, kurniakan kehebatan dengan amalan beragama keranaMu kepada anak-anak kita. Semoga ianya menjadi sedeqah jariah berpanjangan dengan mengurniakan anak-anak soleh yang sentiasa melapangkan liang lahad ibu ayah.

Suami kata~ semua orang pergi,  kita sahaja yang tak pergi T_T.

Tahajjud pastinya suatu bentuk kerahsian antara hamba dan Pencipta. Ianya bukan mudah dan impaknya sangat besar. Sinar cahaya wajah juga boleh bertukar wajah menjadi suram dan gelap gempita. Orang yang kaki bangun malam, pasti berbeza dengan orang yang kaki judi, arak dan maksiat. Wajah suram dan gelap.

Ianya berlaku. Seorang yang mula berhijrah dan pastinya solat malam tidak tinggal, Allah memberinya ujian berbentuk cinta. Cinta membuatnya sasau sehingga syaitan berjaya memujuknya ke lembah hina antara lelaki dan wanita. Seri wajah juga Allah ambil semula. Sayang. Hidayah dan taufiq itu perlukan perhatian segera dan dibelai manja sepanjang masa. Cara membelainya, samalah seperti yang Prof. Kamil selalu sampaikan yang pernah saya tuliskan di entry sebelum ini iaitu KEKAL TAUFIQ & HIDAYAH.

Jangan resah. Allah itu Maha Pengampun. Sifat manusia tergesa-gesa dan tidak akan pernah maksum kecuali Rasulullah SAW. Biarlah manusia hina tetapi Allah kutip taubat dari seberat-berat dosa, diampunkan malah ditinggikan martabat dengan ujian-ujian yang bakal menanti dengan syarat ikhlas. Ikhlas ini suatu rahsia yang hanya Allah sahaja yang tahu. Manusia tidak berhak untuk mengadilinya. Cara ikhlas salah satunya, jauhi hasad dan dengki. Suka saya mahu coretkan tentang seorang lagi sahabat yang pada saya tiada erti dengki dalam dirinya sepanjang saya mengenalinya. InsyaAllah dengan izin Allah saya sambung lagi dikesempatan lain pasti dengan izin Allah!

5 comments:

NoEn said...

xpe la UM, tuka ajer keyboard baru..xpun beli yg baru..
abg besar tgh explore tu

UmmiUmmarMuaz said...

Jarang tinggalkan komen di sini walhal sentiasa tertunggu entry daripada leen..terusik baca kali ni.
Ya Allah, kurniakan hidayah buat kita semua.

FADLUL & FIFAH said...

tasneem rajun jugak wat keje cmtu zmn dia muda2 dulu..haha..penghabisannya, abi dia bli external kyboard je..nk tukar tak padan dh ngn laptop yg berjanggut tu..huhu

syiela said...

abang besar dah pandai ye hehhehe.. kdg2 mmg hilang kesabaran kita.. namun tetap kena sabar

anggap saja kenakalan anak2 itu sebagai hiburan buat kita baru kita tidak stress dalam menjalani kehidupan

moga diberi dan dikekalkan taufik dan hidayah buat kita semua

mama lynn said...

belajar sesuatu dari entri ini. terima kasih sis