23.3.11

MANHAJ KITA: KUYAKIN PASTI

*Puisi berat: memerlukan fikrah yang sama untuk memahaminya...

Kini aku semakin pasti dengan jalan ini
Tempoh suatu masa dahulu cukup mengajar
'Uzlahku suatu masa dahulu sudah terjawab
Allah memberiku jawapan yang jelas
Inilah manhaj(sistem) kita pasti!

Kuajak diri untuk merenung sistem ini
Manhaj yang telah terbentuk sejak tahun 1928
4 tahun selepas sistem kekhalifahan musnah angkara tangan yahudi dan nasara!
Tahun 1924 menyaksikan ummat Islam begitu tenat
Terpaksa terima Barat sebagai Ustaziatul Alam kini!

Bukan sedikit pengorbanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
Apabila dakwah menggila lebih dahsyat dari ombak tsunami Jepun
Jangankan darah, nyawa sekali sanggup digadai
Demi menegakkan Islam membentuk semula aqidah
Kekuatan Ikhwanl Muslim di Gaza bukti nyata.

Hassan Al-Banna tokoh pejuang Islam digeruni pernah berkata:
Di atas dasar sistem Al-Quran ini tertegaklah sebuah negara Islam
Ianya sebuah negara Islam yang benar-benar dengan Al-Quran
Melaksanakan segala ajarannya dengan penuh rapi
Dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

Syakib Arsalan, seorang ulama dan da'ie Islam agung pernah berkata:
Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah, kita perlu mentarbiyyah individu!
Mereka perlu membersihkan diri dari segala unsur jahiliyyah
Mereka menjadikan Al-Quran sebagai satu-satunya sumber rujukan agung
Dan mereka memandang Al-Quran bukan sekadar menambah pengetahuan tetapi sebagai perintah!

Setelah 583 tahun sistem Al-Quran yang diasaskan oleh Ikhwanul Muslimin
Subhanallah! Ianya semakin meluas di benua Asia khususnya Malaysia, Indonesia
Ikhwah dan akhowat kita tidak pernah menyerah kalah!
Mengajak fokusnya individu muslim bersama-sama berada dalam sistem ini
Bersama menjadi batu-bata mencapai makam Ustaziatul 'Alam!

WAJIB melalui kesemua tangga untuk capai makam tertinggi!
Berkata lagi As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:
Umat hari ini tidak mungkin dapat diperbaiki, melainkan dengan cara umat terdahulu diperbaiki
Kesimpulannya, 7 maratib amal kebanggitan Islam bermula dengan pembinaan 
(1) Fardh Muslim- membaiki diri luar dan dalam dengan USRAH
(2) Baitul Muslim- dikuatkan oleh individu (lelaki dan perempuan/suami isteri) yang FAHAM untuk tarbiyyah anak-anak Muslim di dalam rumah dan anak-anak ini akan mengembangkan di luar rumah
(3) Mujtama'/Masyarakat Muslim- persaudaraan antara Baitul Muslim asas kepada keluarga Muslim yang lebih besar
(4) Kerajaan Islam- apabila keluarga Muslim yang besar semakin kuat, maka wujudlah kerajaan Islam
(5) Daulah Islam- Negara Islam yang berdaulat menggantikan perlembagaan karut ciptaan manusia
(6) Empayar Islam- Islam berkembang di bawah naungan khalifah Islam
(7) Ustaziatul Alam- Tangga tertinggi sehingga Islam menjadi pimpinan dan guru kepada dunia!

Perjalanan untuk ke Ustaziatul Alam ini telah tersedia sejak 1928
Setiap individu perlu renung dan bersama menyokong membina satu sistem Islam
Buat sahaja tugas dan kerja sebagai hamba (51:56) dan khalifah (2:30) semampunya
Kerana Allah tidak memandang hasilnya tetapi Dia memandang usaha kita
Inilah manhaj taygyir yang diwarisi secara mutawatir dan tidak ada ruang ijtihad untuk meninggalkannya, melupakannya atau mengubahnya!

Sejarah membuktikan yang Rasulullah memang mengajar kita mendaki kesemua tangga untuk mencapai makam Ustaziatul 'Alam.

Muslim itu tidak selamanya rahib!
Tidak cukup hanya menjaga diri sendiri dan membiarkan jahiliyyah berleluasa
Kerana membiarkan bererti menentang maksud dakwah apatah lagi syahadah kepada Allah
Hanya iman yang benar menolak kuat untuk beramar makruf nahi mungkar
Maka WAJIBlah kita keluar daripada kerahiban baik di rumah atau di masjid untuk menegakkan perintah Allah di setiap lapangan kehidupan.

Terima kasih Allah! Terima kasih kesemua mak-mak usrahku!
Allah pertemukan kita untuk sama-sama mendokong sistem ini
Manhaj Islam yang satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna
Buang sifat kerahiban,bukan sekadar beriman dihati tetapi bisu dan cacat terhadap kemungkaran
Tetapi sama-sama bersusah payah menanggung bebanan untuk berjihad menegakkannya!

Dan kini aku semakin yakin dan pasti dengan jalan ini
Kupohon doa saudara-saudaraku yang semakin menggila dakwahnya
Agar diri dan baitul muslimku sama-sama membentuk batu-bata
Sama-sama mengukuhkan tapak untuk puncak Ustaziatul Alam
Semoga kita semua tidak akan pernah penat, kecewa dan kalah terhadap perancangan jahat manusia dan syaitan!

Sedikit masa lagi: ummu Muhammad


kredit: Thoriq Ahmad, Ini Sejarah Kita.

2 comments:

Hafriz Mohamad said...

Ini Sejarah Kita.. ^_^
Iklil belum smpat bace lg buku ni.. ari tu dh belek intro.. pastu hajat nk bwk balik hostel..tibe2 plak x jmpe carik..huhu.

InsyaAllah akn dibaca kmudian.. mekaseh yer.

@LeenShamsh said...

bace jgn tak bace.