26.3.11

BILA KERJA MENIMBUN

Hujung minggu ini merupakan hujung minggu tersibuk
Lawatan pihak atasan membuatkan suasana tempat kerja bertukar rupa
Daripada tenang mejadi haru biru
Ketenangan hujung minggu yang bisa manggoncang aqidah
Ya! Ditahap aqidah!

Faham tak konsep kita dihidupkan hanya sebagai hamba dan khalifah?
Faham tak yang kita bukan bekerja untuk makhluk?
Sepatutnya sudah ada tarbiyyah lebih faham
Tidak perlu begitu bersusah payah untuk kepuasan manusia
Lihat zaman para sahabat, ada bangunan tinggi mencakar langit?
Ada kita lihat teknologi yang canggih?
Tidak bukan? Kerana apa?
Kerana Rasulullah SAW mengajar para sahabat hanya mengejar keredhaan Allah
Hanya mencari segala-segalanya yang Allah redha
Dan kita hanya perlu bekerja untuk Allah
Hanya buat termampu, jika tiada peruntukan itu dan ini
Sudahlah, buat apa yang ada sahaja

DUSH! DUSH! DUSH! (terasa panas pipi)
Kata-kata umpama panah yang merawat jahilliyah hati
Menghentikan siulan dunia yang tidak pernah sunyi
Tersentap seketika kerana tarbiyyah sepatutnya mengajar ape ertinya Islam
Ayat-ayat suami yang begitu melapangkan dada
Memberi sedikit ruang untuk bernafas dan merenung semula niat
Adakah semuanya Allah redha?
Atau penat lelah tetapi tiada apa disisi Allah.

Mesyuarat Jumaat sudah membuatkan aku termenung panjang
Sungguh bersusah payah kita hanya untuk menyambut kedatangan 'orang besar'
Tetapi andai panggilan untuk solat?
Seringkali aktiviti-aktiviti yang berlanjutan sehingga malam
Surau berdekatan sunyi, baik dari yang lelaki mahupun perempuan
Sayu rasa melihatkan realiti sebenar pendidik
Bagaimana bisa emak ketam mengajar anaknya berjalan tegak?

Jika hari ini anak-anak kita rosak akhlaknya
Jika hari ini anak-anak kita menderhaka
Jika hari ini kita dikurniakan cucu-cucu tidak berbapa
Adakah salah mereka semata?
Kita adalah penyumbang utama kerosakan generasi muda!

Ya Allah!
Letakkanlah dunia hanya digenggamanku dan akhirat tertanam kuat dihatiku...

3 comments:

puan nina said...

betul3..time org besar nk datang 2 lah baru nk repair jalan lah nk letak bunga cantik2..time org bawahan komplen xde pulak nk amik tindakan..eh?ade kaitan x?heheh.terlepas geram pulak

@LeenShamsh said...

stuju sgt dgn nina! 150%! zaman awal islam..org2 miskin nilah yg diberi perhatian dulu..bilalah khalifah nk muncul....

Anonymous said...

Salam..huu~ tak tahu nk komen pe.