29.2.12

WW- RINDU BAGINDA

Seringkali Allah hidangkan tazkirah mengenai kekasihNya semasa memandu pulang dari tempat bertugas. Hati manusia mana yang tidak tersentuh dengan keperibadian dan keunggulan akhlak dan sifat Baginda yang terpuji. Layakkah aku untuk mendapatkan syafaatmu ya Habibullah! T_T

 
Gambar ehsan google: Makam Rasulullah SAW di Raudhah.

Rasulullah SAWbersabda:
"Sesiapa yang menziarahi kuburku, wajiblah mendapat syafaatku".
(HR al-Bazzar dan ad-Daruqutni)

Ya Allah! Sampaikanlah kami untuk syafaat kekasihMu dan bimbinglah kami sehingga mampu meraih redhoMu!

27.2.12

TIPS SUKA BERUS GIGI

Alhamdulillah. Khamis malam jumaat yang lalu antara detik-detik yang membuatkan saya gembira sebagai seorang ibu. Mungkin kepada ibu-ibu lain ianya biasa-biasa sahaja tetapi tidak bagi saya kerana selama beberapa lama saya dan suami mencari solusi masalah, Alhamdulillah Allah ilhamkan juga penyelesaiannya. Bukan apa pun, Alhamdulillah akhirnya Muhammad telah mula suka MEMBERUS GIGI ;). Tidak terbayang kelegaan saya memandangkan giginya semakin hari semakin mengarat dengan jayanya ;).

Mendidik Anak Visual 
Takdir Allah membuatkan kami ke tahfiz medik tempoh hari untuk mengetahui cara terbaik dalam mendidik Muhammad. Jadi, hasilnya Muhammad adalah dalam kategori visual+kinesthetic learners. Jadi, menangani anak dalam kategori ini, saya telah menggunakan cara menonton video di youtube yang mana memaparkan baby+toddler sedang memberus gigi. Alhamdulillah dalam 2,3 hari diulang tayang video-video berkenaan, Allah izinkan Muhammad dengan gembiranya membuka mulutnya membiarkan saya memberus giginya. Semasa menontonnya juga, dia akan membuka mulut seolah-olah meniru perlakuan anak-anak di youtube yang ditontonnya.

Antara video yang saya pertontonkan kepada Muhammad.

Turun Padang
Beberapa hari sudah kebelakangan ini, saya turun padang ;). Kebiasaanya tugas membersihkan Muhammad daripada sekalian najis adalah tugas hakiki Abu Muhammad dan kadangkala saya. Ibu dan ayah pasti ada bezanya ;). Jadi, saya perlu turun padang memandangkan kerunsingan saya kepada giginya yang semakin terhakis. Disebabkan Muhammad jenis fizikal (pergerakan adalah pelajaran baginya), saya membiarkan sahaja dirinya bermain dengan apa sahaja di dalam bilik air dan dalam masa yang sama, saya memberus giginya. Alhamdulillah, tersangat mudah. Cumanya, sekarang masih diperingkat saya yang memainkan peranan memberus giginya memandangkan giginya perlu dirawat segera daripada terus mengarat ;). Kadangkala, saya meletakkan berus gigi digenggamannya dan mengajarnya cara menggosok. Sepanjang pemerhatian saya, hanya seketika sahaja Muhamamd boleh fokus seterusnya dia akan mencari permainan yang lebih mencabar minda dan mencabar sabar ibunya ;).

Ubat gigi mukmin untuk kanak-kanak berperisa oren menjadi pilihan kerana bertanda halal dan ilustrasi budak lelaki berkopiah diharap dapat menarik perhatian Muhammad tetapi hakikatnya Muhammad tidak kisah pun ;D.

Anak Eksperimen
Muhammad adalah anak pertama yang umpama anak eksperimen kami. Jadi, banyaklah yang kami belajar melaluinya. Dahulu, difikiran saya, Muhammad hanya menyusu susu ibu, tidak mengapa tidak diajar memberus gigi memandangkan dia tidak memakan makanan manis. Seperkara lagi, dibenak saya, saya tidak mahu Muhammad makan ubat gigi kerana target saya susu ibu sahaja untuk Muhammad selama 2 tahun. Takdir Allah mengatasi segala perancangan manusia ;). Rupanya kami silap. Giginya sama seperti anak yang makan juga. Mungkin air susu ibu terkandung makanan yang pelbagai rasa sama seperti apa yang saya makan. Oleh itu, kami mengalami kesukaran apabila Muhammad telah mula makan dan dalam masa yang sama, dia tidak mahu membuka mulutnya untuk diberus giginya. Oh tidak sanggup saya membayangkan gigi-gigi anak saya menghitam dengan jayanya T_T.

Belajar Dari Kesilapan
Alhamdulillah Allah mengajar kami untuk belajar dari kesilapan. Nasihat saya kepada bakal-bakal ibu atau ibu-ibu yang anaknya sudah mula tumbuh gigi, ajarkan sahaja memberus gigi kerana pada pemerhatian saya melalui Muhammad, apabila sedikit terlewat, dia sudah tidak mahu dengan berus gigi kerana anak-anak semakin membesar dan dia sudah memahami dan pandai merasa. Wallahua'lam.

Kenali Cara Belajar Anak
Seperkara lagi, setiap individu yang lahir mempunyai potensi diri yang berbeza dan kita semua mempunyai cara belajar yang berlainan. Contohnya, ada yang mendengar sahaja sudah mampu memahaminya. Ada yang memerlukan medium yang lain sebagai alat seperti Muhammad, cara belajarnya memerlukan dia melihat, mendengar dan bergerak. Jadi, dengan usaha yang kecil, saya cuba untuk menggunakan kaedah menonton video, carta, buku dan sebagainya walaupun Muhammad hanya mampu berteleku dalam masa yang singkat dan saya perlu faham yang caranya belajar adalah dengan melihat dan bergerak. Jadi, untuk mnyelesaikan masalah yang tidak suka memberus gigi menjadi suka untuk berus gigi, saya menggunakan kaedah menonton video secara berulang-ulang. Pada saya, setiap ibu bapa pasti ada gerakan hati melalui pemerhatian, cara-cara anaknya belajar sama ada melalui audio, visual mahupun kinestetik.

Ringkasnya untuk TIPS SUKA BERUS GIGI:
1. Kenali cara belajar anak anda.
2. Usahakan sesuai dengan kaedah pembelajarannya.
3. Bersama-sama dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran contohnya:
- mandi dan berus gigi bersamanya
- ketika anda memberus gigi sebelum mengambil wuduk, biarkan sahaja anak memandang perlakuan anda secara berulang-ulaang
4. Sekiranya anak belum mahir menggunakan berus gigi, anda yang perlu mempraktikkan dengan menunjuk cara.
5. Setelah itu, berikan anak peluang mencubanya sendiri dan insyaAllah pada usia yang diizinkan Allah, kita sama-sama doa yang memberus gigi menjadi sebahagian aktiviti kesukaannya kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW insyaAllah!

Kesimpulannya, setiap masalah pasti ada solusinya cuma Allah izinkan cepat atau lambat untuk penyelesaiannya. Allah akan datangkan ketika dan waktu yang tepat buat doa kita untuk dimakbulkan. Allah mahu memberikan pahala sebagai ganjaran sabar dalam mendiddik insyaAllah ;).


Post ini adalah untuk penyertaan Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang ini dianjurkan oleh Keluarga Ibu 3A, dan diTAJA oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collide, De’Chantique butik dan Take me Home serta Amira Studio


Penaja hadiah adalah seperti berikut:

  Amira Studio

Saya berminat untuk memiliki buku apa-apa sahaja sekiranya terpilih sebagai pemenang ;).

26.2.12

PENANGAN INTANBERLIAN

Baru sahaja menulis berkenaan hadiah GA daripada puan noen di entry HATI GEMBIRA, tengah hari sabtu semalam, Alhamdulillah ada bungkusan rezeki lagi. Dek kerana penangan puan intanberlian di entrynya yang bertajuk memang tak kedekutlah... hihi, saya pun isi form melalui link yang diberi puan intanberlian. Saya pun tidak ingat berapa bulan yang lepas saya mengisi form tersebut, Alhamdulillah ianya tiba tepat pada masanya dengan izin Allah. Terima kasih kepada ibu alisha kerana tidak lokek menyebarkan rezeki. Semoga terus dimurahkan rezeki! ;)

Sebelum itu, entry ini sebenarnya sesuai kepada kaum wanita. Jadi seperti ibu alisha, saya pun mahu berkongsi keterujaan bersama kawan-kawan semua. Jom tengok bungkusan apakah yang saya terima ;)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Handphone cap kapal. Jadi kualiti gambar ditahap kritikal kekaburan ;).

Semasa mengisi form di link INI, saya pun isikan juga untuk emak dan seperti saya, emak pun menerima pada hari yang sama. Terkejut jugalah nenek Muhamamd dan yang penting si nenek pun suka dan insyaAllah bolehlah nanti nenek Muhammad bawa untuk travel cuti sekolah ini ;). Jom singgah dan isi form DISINI ;).

25.2.12

HATI GEMBIRA

Kesibukkan yang melanda pada minggu ini. Ditambah dengan serangan cik anon yang berjaya di speedtrapped kerana memasuki perangkap sendiri. Sepandai-pandai tupai melompat. Dalam sibuk dan serangan budak-budak minggu lepas, ada hadiah daripada Allah membuatkan saya tersenyum suka. Alhamdulillah rezeki seruan ke dapur untuk ibu Muhammad dari mamAlya untuk 1st GA blognya. Hadiah istimewa kerana semuanya adalah hasil tangan dengan penuh kasih sayang ;D.

Apron ini dirasmikan oleh Abu Muhamamd dan Ummu Muhammad baru sahaja merasmikan pagi ini ;). Model di atas pula adalah model tidak berbayar. Sukarela ;).

Bukan saya sahaja yang suka, suami pun sama tersenyum lebar sebab dia cemburu. Asyik-asyik ada sahaja bungkusan untuk saya. Saya bagi 5 bintang untuk puan noen sebab memang tersangat kemas jahitannya dan saya sangat cemburu dengan semua hasil tangannya yang pelbagai. Sekiranya anda berminat, boleh terjah di blog mamalyaboutique ;).

Hadiah puan noen ini saya terima bersama bungkusan untuk rakan setugas saya. Tahun ini adalah tahun rezeki ditempat bertugas kami bermula mei sehingga ogos. Berderetan ;). Alhamdulillah mereka antara yang semangat untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Dengan izin Allah saya tolong rakan senior saya ini yang menanti anak pertamanya ini, membeli pam susu philips avent manual. Survey punya survey, harga yang terendah yang boleh saya dapat dipasaran semasa promosi tempoh hari adalah RM150 termasuk pos penghantaran. Sebelum ini saya ada juga tolong membelikan untuk makcik tetapi saya tidak berpeluang melihat dan merasa sendiri pam susu ini kerana bungkusan terus dialamatkan kepada makcik. Kali ini saya berpeluang melihat dan merasa sendiri. Patutlah ianya digelar the best pump! Memang best! ;)

Mak-mak buyung yang berbincang mengenai penyusuan susu ibu. Segalanya lembut pada pam susu ini. Pam susu ini saya beli disini. Tidak lupa juga saya mengingatkannya yang air susu tidak akan keluar serta merta lebih-lebih lagi kedua-dua mak buyung ini menanti kelahiran pertama supaya mereka lebih bersedia. Semoga semuanya selamat melahirkan dengan mudah.

Cerita mengenai pam susu, saya ada chat melalui email dengan junior sebelah bilik semasa zaman belajar dahulu semasa dia belajar di New Zealand tahun lepas atau dua tahun lepas jika tidak silap saya. Saya menyuruh mereka membeli pam susu medela freestyle disana kerana perbezaan harga yang ketara sebelum balik ke Malaysia. Memandangkan usia mereka 2,3 tahun lebih muda daripada saya dan masih bujang, mereka ketawa sahaja. Tidak terfikir lagi katanya. Sekarang mereka telah pun berada di Malaysia. Bakal guru-guru bahasa inggeris tetapi perwatakan bagai ustazah pilihan ;). Wah sungguh merindukan kamu-kamu!!!

Ini sahaja cerita gembira saya pada minggu ini. Terima kasih kepada puan noen kerana hadiah yang menurut puan lambat untuk dipos, sebenarnya dipos tepat pada masanya buat saya. Dalam kalut-kalut kesibukan dan serangan peribadi cik anon yang dikenali, hadiah tersebut buat saya tersenyum. Semoga Allah membalas segala kebaikkan puan noen sekeluarga ;). Begitu juga dengan pam susu. Saya bahagia dapat membantu rakan saya membelinya. Semangat breastfeeding! Saya juga teruja dengan kelahiran anak sulongnya ;).

18.2.12

1st GIVEAWAY BY HAYAT ACAI BERRY TERBAEKK!

Kali ini BAi support GA ummi mawar pula! ;)


Klik gambar untuk turut serta!

Alhamdulillah benarlah janji Allah, sesungguhnya 9/10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan dan ummi mawar sekeluarga telah dikurniakan rezeki melalui perniagaan. Semoga Allah memberkati usahanya untuk mengembalikan kesihatan mukmin keseluruhannya supaya menjadi mukmin yang dicintai Allah dan Rasul insyaAllah!

Kami sebenarnya masih belum mencuba produk Hayat Acai Berry. Melalui pembacaan di blog ummi mawar dan testimoni pengguna, produk ini ternyata berkesan dengan izin Allah. Mungkin asbab Allah masih mengurniakan kesihatan yang baik, jadi potensi kami untuk mencuba produk masih belum ada. Namun saya difahamkan ianya produk kesihatan dan ianya umpama pembekal tenaga seharian insyaAllah!

Jadi, kesimpulannya, mudah-mudahan ada rezeki kami mahu untuk menambah testimoni tentang keberkesanan produk Hayat Acai Berry ini hehehe ;D.

15.2.12

60% EMOSI, 40% FIZIKAL

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Kerap kali ditempat ibu bertugas, anak buah, anak sendiri rakan setugas ibu berkata yang umur seperti seperti Muhammad sudah faham dengan arahan, disuruh mengambil tuala, bantal dapat dipatuhi dengan baik. Ada juga yang memberitahu diusia Muhammad sepatutnya gigi sudah memenuhi gusi. Mungkin anak dan anak buah rakan setugas ibu dalam kategori tumbesaran fizikal yang cepat dan sekiranya sudah memahami arahan ketika usia Muhammad iainya memang perkembangan IQ yang sangat baik. Anak tersebut pastinya cerdik. Muhammad pula kadangkala dapat mendengar arahan dengan baik contohnya apabila mahu ke bilik air dan ibu menyuruh membuka seluar, Muhammad berusaha untuk membuka seluar Muhammad. Namun, hanya beberapa arahan yang Muhammad akan buat dengan senang hatinya.

Step By Step
Dengan izin Allah, Allah mengerakkan kita isnin baru-baru ini ke tahfiz medik untuk mendapatkan nasihat cara mendidik bagi karektor Muhammad. Hasil diognis mendapati, unsur yang terbesar di dalam diri Muhammad adalah emosi dan unsur kecilnya adalah fizikal. Unsur emosi adalah unsur api dan unsur fizikal adalah tanah. Jadi, mendidik anak berunsur emosi berbeza dengan anak-anak yang berunsusr lain. Unsur seperti Muhammad adalah secara visual. Jadi, segala arahan, ibu dan ayah perlu buat bersama. Contohnya, ada sesetangah anak, ibunya hanya perlu memberitahu, nanti mandi cuci kasut sekolah dan si anak mampu membuat arahan tersebut. Habis mandi, kasut sekolah juga sudah siap dicuci. Ianya berbeza buat Muhammad. Untuk unsur Muhammad, ibu dan ayah perlu menunjukkan cara mencuci kasut sekolah kerana Muhammad belajar melalui pemerhatian. Contohnya, menunjukkan 'Muhammad, ini kasut dan ini berus dan ini pula berus. Ambil sedikit sabun dan berus kasut Muhammad sehingga bersih seperti ini'. Cara mendidik Muhammad adalah, ibu dan ayah perlu bersama-sama menunjuk cara secara step by step.

Rahsia 4 unsur alam yang terdapat pada manusia. Kredit gambar: google.

Pelaksana Hebat & Profesional
Kelebihan unsur seperti Muhammad ini, Muhammad boleh menjadi profesional dalam satu-satu bidang kerana unsur seperti Muhammad, suka membuat perlakuan yang berulang-ulang sehingga mahir. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu dan ayah sentiasa memerhatikan persekitaran Muhammad adalah persekitaran yang sihat kerana persekitaran mudah mempengaruhi Muhammad. Disini, ibu harapkan Allah sentiasa melindungi Muhammad dari pelbagai anasir negatif. Seperkara lagi, Muhammad adalah pelaksana yang hebat. Bagi sahaja apa-apa kerja, Muhammad insyaAllah akan memberesinya dengan baik.

Belajar Secara Melihat
Cara belajar Muhammad pula adalah secara visual iaitu dengan melihat. Patut juga Muhammad sangat suka dengan carta-carta di dinding yang semakin sedikit hari ke hari kerana Muhammad rajin mencabutnya sehingga tidak boleh terlekat lagi. Ibu pula tidak sempat untuk menampalnya semula kerana kehabisan pelekat. Selain itu, pengajaran secara visual seperti menggunakan TV atau di BAi kita laptoplah, sangat bersesuaian. Jadi, dengan cara ini secara berulang dan berterusan, insyaAllah ianya sangat membantu. Sebelum ini juga ayah dan ibu memang rajin membukakan Muhammad bacaan Al-Quran, azan, alif ba ta, perlakuan solat sama ada terpasang di radio mahupun laptop. Selalunya ianya terapi yang baik buat Muhammad. Apabila Muhammad memulakan sesi pancaragam Muhammad, ibu atau ayah segera memasangkan bacaan Al-Quran di radio mahupun laptop dan kesannya setakat hari ini, Muhammad akan membaik dan tekun mendengar serta melihat.

Terapi Al-Quran
Pernah beberapa kali di awal pagi dalam jam 1,2 pagi, Muhammad menangis sehingga ayah dan ibu mati akal untuk memujuk. Mengikut bacaan ibu, kanak-kanak menangis tanpa sebab diawal pagi menjadi kebiasaan lagi-lagi diusia bayi. Mungkin kembung, pampers penuh dan pelbagai kemungkinan lain. Jadi, solusi yang Allah ilhamkan ketika itu, ibu dan ayah segera membawa Muhammad keluar dari bilik tidur dengan alasan untuk memujuk, namun tidak berjaya. Diruang tamu dan rehat kita, ibu segera memasang alunan Al-Quran dan Muhammad serta merta diam mendengar di atas toto dan akhirnya terlelap sehingga pagi. Jadi, inilah penyelesaian bagi permasalahan Muhammad apabila menangis dan ketika mahu mulakan pancaragam. Terapi Al-Quran yang sangat berkesan. Paling tidak ibu dan ayah akan mengaji sambil meriba Muhammad. Ibu pun kadang-kadang azan kuat-kuat ;D.

Bergerak Untuk Belajar
Seperkara lagi, unsur fizikal Muhammad iaitu unsur tanah sebanyak 20% itu menjadi asbab Muhammad tidak boleh belajar secara statik. Muhammad memerlukan pergerakkan untuk belajar. Perkataan yang tepatnya semasa ibu belajar dahulu adalah, kinesthetic learners. Pengamal yang mendiognis tersebut memberitahu, jika diperhatikan anak-anak yang sedang menghafal, ada yang steady sahaja, ada pula menghafal sambil menghenjut badannya dengan kuat dan kerap. Anak yang menghenjut badan seperti itu adalah anak fizikal, semakin banyak bergerak, semakin banyak ilmu yang diserapnya. Jadi, sebagai ibu bapa, jangan mudah marahkan anak yang tidak boleh statik berteleku untuk belajar kerana setiap daripada kita dilahirkan dengan unsur iaitu cara yang berbeza. Contohnya ibu, sekiranya anak murid ibu tidak boleh duduk diam, ibu perlulah ada ilmu supaya ibu boleh faham cara belajar setiap anak murid ibu. Masalahnya, ibu kerap juga bertukar nada apabila anak-anak sudah memulakan hal masing-masing ;).

GARANG Lagi HOT!
Sebelum Muhammad di diognis, ibu dan ayah terlebih dahulu di diognis. Semua diognis termasuk ayah dan Muhammad adalah melalui ibu. Memang sah ibu Muhammad adalah seorang yang GARANG ;). Unsur ibu sama sahaja dengan Muhammad tetapi fizikal (tanah) adalah unsur terbesar dan 20% adalah emosi (api). Unsur terbesar ayah juga tanah tetapi unsur kecil ayah adalah mental (air), mudah sejuk. Maksudnya, ibu dan ayah perlu banyak mendidik diri terutama kami kedua-duanya adalah tanah. Mudah marah tetapi ayah cepat sejuk dan ada pertimbangan berbanding ibu yang memang gabungan yang HOT haha! Tangan dan mulut yang seiring dan sejalan. Muhammad pula cara mengajar adalah dengan pujukan. Pujuk dan pujuk dan jalan terakhir barulah kekerasan. Jadi, ibu perlu banyak bersabar dalam mendidik,menunjuk berulangkali yang baik dan tidak baik sehingga Muhammad faham. Ketakutannya disini mengikut pengamal rki, ibu tidak sempat mahu memujuk dan menunjuk, tangan sudah jalan dahulu ;D. Ibu baru sekali tepuk tangan Muhammad dengan kuat dan pernah ibu abadikan di entry JANGAN MARAH. Selepas kejadian itu, paling tidak, nada suara ibu yang berubah sekiranya tidak sabar lagi ;D.

Makanan Banyak Diawet
Sesi diognis habis sebaik Asar. Ibu sempatlah membeli gula perang, garam warna merah jambu, madu dan ayam organik disana. Berkenaan gula dan garam, sebaiknya gunakanlah gula perang dan garam berwarna pink. Menurutnya garam dan gula yang kebiasaan kita guna tidak mudah membeku kerana ianya telah diawet dan dilunturkan warnanya sehingga menjadi putih dan sentiasa terlerai. Pendek kata, banyak makanan-makanan asas kita diluar sana telah diubah warna dan kualitinya. Mencari orang yang mampu menjaga sepenuhnya pemakanannya hari ini adalah sangat susah kerana bekalan asas seperti gula, susu, garam yang kita makan juga telah diawet. Pemerhatian ibu dan ayah ketika mereka memunggah barang-barang masakan untuk menyediakan juadah berbuka puasa (puasa sunat isnin semasa kami datang) untuk anak-anak tahfiz, bukan semua mampu kita cari dan buat tetapi sekurang-kurangnya mereka menjaga setakat yang mampu dan cara/kaedah membuat makanan yang sihat.

Pokoknya IMAN & TAQWA!
Kesimpulannya yang ayah buat selaku orang mental (kebiasaan orang seperti ini tidak mudah diyakinkan ;), kita sebagai manusia dilahirkan dengan pelbagai unsur-unsur yang berbeza. Ini sekadar kajian dan kajian bukanlah seratus peratus betul. Memang membantu kita dalam menyelesaikan dan berhadapan dengan orang yang kita faham unsurnya yang bagaimana, contohnya, kaedah mendidik anak berpandukan unsurnya. Namun, panas atau sejuk seseorang, unsur tanah, api, air angin sekalipun andai dia ada iman dan taqwa, semuanya akan kembali kepada rasa takut kepada Allah. Iman dan taqwa adalah senjata ampuh dalam mengalihkan unsur-unsur kita kepada Allah. Andai panas sekalipun, andai dia soerang yang FAHAM, insyaAllah dia akan tahu suaminya duduk dimana. Ego yang diturunkan kerana pegangan agama yang begitu ampuh dipegangnya melebihi apapun. Jadi, pokok pangkalnya hati manusia sentiasa perlu tunduk kepada Allah untuk membuahkan rasa ehsan.

Manusia Ibarat Logam
Ibu jadi teringat hadis manusia ibarat logam dan contoh popularnya adalah Saidina Umar ra. Semasa jahiliyyahnya, dia sangat bengis dan menggunakan ketegasannya semasa Islamnya sehinggakan iblis takut untuk berselisih dengannya dijalanan. Tidak pelik Rasulullah menyatakan yang Umar adalah yang paling tegas dalam agama. Sama juga seperti kita yang dilahirkan dengan pelbagai unsur, asbab kepelbagaian unsur, maka terjadikan ekosistem yang seimbang antara manusia, haiwan dan tumbuhan hidup dan boleh hidup di dalam bumi yang sama. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen daripada tumbuhan manakala tumbuhan memerlukan karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan. Perbezaan antara kita menyebabkan kita perlu saling bergantung, menguatkan antara satu sama lain. Pendek kata, Alhamdulillah dengan ilmu Allah melalui diognis di tahfiz medik tempoh hari. Sekurang-kurangnya Allah mengizinkan kita lebih memahami antara satu sama lain selepas ini dan insyaAllah sangat membantu ibu dan ayah menggunakan kaedah yang terbaik dalam mendidik Muhammad insyaAllah pasti dengan izin Allah!

IntaNBerliaN's First Giveaway

Bayt Al-Iman support ibu alisha! ;)
Klik gambar untuk turut serta!

Fuh! GA ibu alisha sebenarnya GA yang ringkas tetapi sungguh padat dengan kemurahan hati sponsor-sponsor yang begitu ramai. Jadi, ibu Muhammad baru selesai follow blog-blog sponsor dan membuat satu lagi link khas untuk sponsor kerana syarat-syarat penganjur. Fanpage, facebook tidak termasuk kerana hanya Bayt Al-Iman blog rasmi yang kami ada. Dengan kebenaran ibu alisha, jadi ibu Muhammad boleh join juga GAnya yang pertama ini walau tanpa perlu like fanpage dan facebook sponsor. Sekian untuk makluman untuk penganjur dan penaja hehe ;).

Link sponsor

Jomlah pakat sertai ramai-ramai! ;)

28th Birthday Giveaway


Klik gambar manis pasangan ini untuk turut serta! :)

Seisi Bayt Al-Iman mendoakan

SAIDA MARLINA BT MOHD MOHTAR (09.02.1984)
&
MOHD FIKRY BIN MOHAMED (15.02.1984)

dipanjangkan usia dalam ketaatan
diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat
dilimpahkan rezeki yang halal lagi berkat
dikurniakan anak-anak penyejuk mata
dianugerahkan segala nikmat berpanjangan dunia lebih-lebih lagi akhirat
Semoga sentiasa diredhoi Allah dan Ar-Rasul!

Selamat ulangtahun yang ke-28 buat pasangan syurga ini ;).

14.2.12

INSYIRAH LUKA RINGAN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Pagi tadi hujan renyai-renyai ketika ibu keluar dari BAi sekitar jam 640 pagi semalam. Singgah dirumah ummi dan abah Muhammad untuk menghantar Muhammad sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa. Hujan mula turun dengan lebat dijalan kampung berdekatan. Ibu teringatkan ayah yang menunggang muradnya ke tempat kerja. Ibu segera mencari bahu jalan yang lapang untuk memberhentikan insyirah sebelum menelefon  ayah mengajak untuk keluar sekalian dan ibu akan menghantarnya dahulu. Ayah berkeras untuk pergi sendiri seperti biasa.

Ibu memandu dengan kelajuan 30km/j kerana hujan semakin lebat disamping urat kaki ibu yang agak ketegangan. Sampai di simpang empat jalan berhadapan kawasan perumahan yang tidak memerlukan ibu berhenti, ibu dengan yakinnya melintas simpang empat berkenaan tanpa perasan ada sebuah motor dari arah simpang sebelah kanan. Apek yang lengkap dengan perkakasan untuk menyembur racun mungkin dikebunnya. Terkejut dengan lintasan apek tadi, ibu segera menekan brek tetapi apek tadi tetap ibu langgar.

Alhamdulillah takdir ibu pagi tadi masih baik kerana ibu memandu dengan halaju 30km/j. Apek tadi juga sama brek dan berhenti mengukuhkan 2 kakinya. Jadi, apek tersebut tidak jatuh dari motornya. Dalam keadaan hujan dan suasana pagi yang masih gelap, ibu segera melepasi simpang empat berkenaan dan berhenti ditepi jalan. Apek berkenaan juga mengekori ibu dari belakang. Apa yang ibu bersyukur, dalam kekalutan itu Allah gerakkan kaki ibu menekan brek, andai menekan minyak? Minta dijauhkan.

Ibu bertanya kenapa apek melintas sedangkan jalannya memerlukannya berhenti dan ibu sendiri memang tidak perasaan langsung kelibatnya. Apek tersebut dengan senyum-senyum dan ibu sendiri tidak tahu dia faham atau tidak bahasa melayu. Penghabisannya, ibu juga tidak mahu memanjangkan cerita, kami sama-sama beredar memandangkan hujan yang semakin lebat. Mujur motor dan apek berkenaan tiada apa-apa. Ibu hanya sempat melihat kecederaan insyirah semasa berhenti membeli makanan dalam keadaan hujan lebat. Luka ringan. Calar-calar dan nombor di plat pecah dan tertanggal. Pagi tadi pula ketika menghidupkan enjin, suara insyirah sedikit keras. Mungkin renggangan bahagian hadapan.

Pelanggaran yang tidak kuat juga mengakibatkan calar dan beberapa bahagian insyirah kemek. Bedak merah yang biasa menghiasi pipi insyirah ketika hari hujan :).

Sebenarnya ibu boleh sahaja meminta ganti rugi kerana apek tersebut yang patut memberhentikan motornya. Bak kata ayah cuba mereka yang berada ditempat kita, pasti dimintanya ganti rugi. Nenek pula berkata jangan mengharap orang yang menjaga kita walaupun kita berada ditempat yang betul. Kesimpulannya, sama ada kita pelaku kesalahan ataupun tidak, keduanya berpotensi. Tawakkal sahajalah kepada kepada Allah.

Petang semalam juga ibu ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan selepas itu Allah izinkan kita ziarah tahfiz medik untuk diognis sifat dan karektor Muhammad serta cara berkesan dalam mendidik berpandukan sifat dan karektor. Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi sepatutnya Muhammad sudah di diognis tetapi baru semalam Allah izinkan semua berlaku. Menarik untuk ibu abadikan di blog kita ini supaya suatu masa Muhammad boleh membacanya apabila dewasa insyaAllah. InsyaAllah di tulisan ibu yang seterusnya dengan izin Allah.

Setakat hari ini, kenderaan kita berkaki empat hanya ada sebuah. Memang mempunyai 2 kereta menjadi keperluan ibu ayah yang bekerja pada hari ini namun untuk kes kita, masih belum terdesak untuk menambah bebanan pembelajaan kereta kedua kerana ibu dan ayah masih boleh mengurus dengan apa yang ada setakat hari ini pasti dengan izin Allah. Pernah juga ibu dan ayah berbincang untuk kereta kedua yang lebih luas mengenangkan insyirah kita pernah masuk hospital sebulan lamanya dan kasihan untuk menyusahkan orang lain. Namun, ibu dan ayah tangguhkan lagi kerana mendahulukan yang lebih perlu dari menambah kenderaan buat masa sekarang. InsyaAllah ada dua perkara besar yang sedang kita nanti-nantikan insyaAllah dengan izin Allah ;).

Alhamdulillah masih dipinjamkan usia untuk menulis disini dan bertemu rakan-rakan maya ;). Asbab doa menaiki kenderaan yang ibu tidak pernah terlupa insyaAllah Allah masih sayang pada ibu. Ketika kejadian tersebut juga, ibu sedang membaca surah An-nas iaitu sebahagian zikir pagi al-mathurat. Tazkirah subuh daripada Allah, betapa kita setiap saat sentiasa diekori oleh kematian. Tanah sentiasa menyeru kita. Mengenangkan semula usia yang entah habis sia-sia, gerun dan takut andai segala amalan kita tidak diterima sebagai ibadah. Wal iyya dzubillah! Ya Allah, mudahkanlah kami dengan berkat insyirah kecil kami.

12.2.12

ILMU MENDIDIK

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Selepas cuti raya cina yang lepas, ibu kerap balik sedikit lewat kerana program ditempat bertugas yang sedikit padat kerana dikunjungi pihak penilai dan sudah dua rabu berturut-turut ibu pulang jam 3 kerana jadual bertugas ko-ko. Jadi, ayahlah yang akan mengambil Muhammad. Ayah atau ibu akan cuba mendapatkan Muhammad secepat yang mungkin sebelum jam 2. Kadangkala hampir jam 3 barulah ayah Muhammad mengambil Muhammad kerana Muhammad tidur. Pada minggu pertama, ayah yang menghantar di waktu pagi tetapi sekarang ibu yang menghantar Muhammad kecuali ibu sudah terlambat. Ayah menghadapi kesukaran untuk mengunci pintu, menutup pagar dalam keadaan Muhamamd diatas motor. Ibu pula perlu keluar awal kerana perjalanan yang sedikit jauh.

Ambil Seawal Mungkin
Bercerita mengenai mengambil Muhamamd seawal mungkin, nenek sering menasihati ibu adik-beradik supaya tidak membiarkan anak berlama-lamaan dirumah asuhan. Menurut nenek, sesetangah ibu bapa akan balik ke rumah dahulu untuk berehat dan kemudian barulah mengambil anak mereka. Perkara ini sangat dilarang oleh nenek. Kadangkala sahaja ibu dan ayah mengambil Muhammad lambat kerana apabila sampai dihadapan rumah ummi abah Muhammad, mereka katakan yang Muhammad sedang tidur dan apabila Muhamamd sudah terjaga, mereka akan menghubungi ibu dan ayah.

Masuk Gulai Kari
Ada beberapa kisah yang tragis yang berlaku iaitu makcik ibu yang merupakan adik atok Muhammad  merupakan seorang doktor. Makcik ibu sudah pulang dari hospital tetapi pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum mengambil anak sulungnya. Dirumah pengasuhnya pula sedang sibuk bergotong-royong untuk kenduri. Tiba-tiba makcik ibu dikejutkan dengan berita anaknya termasuk ke dalam periuk gulai kari yang besar. Hampir keseluruhannya badannya melecur. Sepupu ibu tersebut ketika itu berumur 3 tahun. Kulit yang terselamat tidak melecur tidak mampu menutup kulit-kulit yang melecur dan akhirnya terkena jangkitan kuman dan disahkan meninggal tidak berapa lama kemudian.

Tercekik Kuih
Satu lagi kisah ketika yang ibu perolehi ketika menghadiri kursus pada tahun lepas. Anak saudara kenalan baru ibu yang berusia 2 tahun lebih jika ibu tidak silap, meninggal akibat tercekik kuih sahaja dan dengan kes yang sama, asbab ibu bapanya menganbil lewat dari kebiasaannya. Semuanya asbab namun menurut nenek, kita tidak tahu tahap keredhoan pengasuh itu sendiri. Mungkin dia redho menjaga anak kita mengikut masa balik kita dan selebihnya, mereka (pengasuh) juga memerlukan masa dengan keluarganya sendiri. Jadi, ayah dan ibu cukup berpeganglah kepada cara nenek, ambil anak seawal mungkin. Balik kerja terus ambil.

Sentiasa Berta'ruf
Dua kisah di atas hanya selingan yang terlintas difikiran ibu ketika menulis. Kembali kepada tajuk, asbab tidak kerap mengambil Muhammad, agak terhad ruang ta'ruf ibu dan keluarga baru Muhammad. Alhamdulillah hari ini baru ibu berkesempatan menimba ilmu lagi daripada ummi Muhammad. Rupa-rupanya ibu tersalah dengar. Bukan mak dan abah tetapi ummi dan abah. Banyak informasi yang ibu tersilap sebelum ini. Abang Muhammad kepada Muhammad adalah anak bongsu ummi dan abah yang rupa-rupanya baru 9 tahun dan memang benar dia sudah menghafal 11 juzuk. Walaupun perbualan singkat hanya mengambil masa 10 minit tetapi pelbagai tips yang ibu kutip dengan ummi Muhammad ini.

Subjek Tahfiz Medik
Menurut ummi Muhammad, di tahfiz medik tempat abang Muhammad diajarkan 5 subjek iaitu Al-Quran, bahasa arab komunikasi, bahasa inggeris komunikasi, matematik dan perubatan insaniah. Kebanyakkan subjek menerapkan ilmu keyakinan diri untuk bercakap. Subjeknya sangat menarik kerana subjek teras kehidupan. Tiada subjek mengarut yang kadangkala tidak masuk akal seperti hari ini. Sebenarnya kelayakkan untuk belajar di tahfiz medik adalah yang berumur 10 tahun ke atas. Abang Muhamamd baru sahaja 9 tahun dan dia layak belajar disana kerana lepas saringan syarat belajar disana. 4 bulan awal, semua pelajar tahfiz medik tidak dibenarkan untuk pulang ataupun dilawati kerana mereka semua dirawat. Sebenarnya pada ibu, iainya merupakan tarbiyyah bukan sahaja buat si anak malah si ibu bapa untuk merelakan anak-anak keluar berjuang terutama anak-anak lelaki. Selama ini abang Muhammad menghafal dirumah sehingga 11 juzuk dengan kerjasama ahli keluarganya. Kadangkala abah, ummi dan kaklong yang menyemak bacaannya. Apa yang terpenting, keinginan abang Muhammad yang begitu menebal di dalam ilmu agama.

Didik Anak
Ibu ada bertanya bagaimana kaedah mereka mendidik pada peringkat permulaan. Menurut ummi Muhammad lagi, sebaik anak pandai sahaja bercakap, mereka terus mengajarkan Al-Quran. Ummi dan abah memang tegas dalam mendidik. Ibu dan ayah sendiri memang susah melihat anak-anaknya keluar rumah bersantai-santai. Menurut ayah, apabila abah Muhammad tiada, abang Muhamamd akan dijemput kak longnya setelah habis solat berjemaah disurau berdekatan. Asbab ini juga ibu dan ayah membeli rumah berdekatan surau atau masjid kerana apabila ayah ada hal diluar kawasan, Muhammad boleh berjemaah disurau diusia kecil. Sekiranya berdegil, senang juga ibu libas anak-anak ibu dengan rotan. Ibu Muhamamd yang garang ;). Cara mereka merotan pula adalah ditapak kaki dan bahagian kaki sebagaimana kajian pukulan di kaki dapat merangsang otak anak-anak. Bahagian lain badan menjadikan si anak lebih agresif sebenarnya.

Ragam Ditempat Baru
Hanya itu ilmu pra-mendidik yang sempat ibu timba semalam. Selebihnya ummi bercerita perihal Muhammad yang pelbagai ragamnya. Kebiasaannya Muhammad memang susah untuk menyesuaikan diri ditempat baru. Menangis, meronta, tidak mahu didokong, itu semua perkara biasa. Apa yang paling ibu dan ayah geli hati, mereka dirumah puas menggeletek, ditimangnya Muhammad supaya merasa geli dan ketawa, tetapi malangnya Muhammad tetap dengan muka serius tanpa senyuman. Senyuman dan ketawa yang cukup mahal pada mereka. Selalunya Muhammad senyum, hanya sebelah pipi yang terangkat. Senyuman buat syarat. Buatlah apa sahaja untuk Muhammad tersenyum, Muhammad tetap dengan muka kosongnya. Apabila pulang Muhammad akan melambai dan berbual tetapi dengan riak muka yang serius. Memang geli hati.

Mengasuh Dan Al-Quran
Seperkara yang menarik menurut ayah, abah Muhammad ada menyatakan yang berdekatan tahfiz medik ada tempat mengasuh anak yang diajarkan sekali Al-Quran bermula dari bayi. Memang menarik tetapi bagi ibu dan ayah, dirumah ummi dan abah juga insyaAllah ada berkatnya. Mudah-mudahan keberkatan Al-Quran sudi singgah dan sapa Muhammad seperti abang Muhammad juga. Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat Muhammad. Semoga Allah sentiasa mengilhamkan taufik dan hidayahNya buat usrah kita insyaAllah.

11.2.12

14 ORANG KINI

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Baru-baru ini Muhammad telah genap setahun setengah mengikut tahun hijrah. Rupa-rupanya 2 geraham sebelah kiri bahagian atas dan bawah sudah memunculkan diri mereka menjadikan gigi Muhammad kini seramai 12 orang kesemuanya dan ibu baru perasan beberapa hari yang lepas. Dari segi pertumbuhan gigi, ibu rasa Muhammad agak lambat kerana Danial, putera sulong puan nina sudah punya 14 batang gigi diusia setahun lebih sedikit sahaja. Peringkat pertumbuhan yang berbeza antara bayi yang terkandiung hikmah yang kita sendiri tidak tahu. Danial tua seminggu dua sahaja daripada Muhammad. Mungkin giginya sudah penuh sekarang. Hikmah mahu menjadi abang ;).

Ibu masih ingat pertumbuhan gigi Muhammad statik beberapa bulan setelah 8 batang gigi kukuh berdiri. Gigi garaham kanan bahagian atas dan bawah muncul ketika Muhammad setahun 5 bulan dan geraham kiri atas dan bawah muncul ketika setahun setengah mengikut tahun hijrah. Tahun hijrah bezanya hampir sebulan dengan tahun masihi. Patutlah Muhammad selalu memasukkan jari ke dalam mulut. Meleleh air liur sampai ke dada. Menahan gatal gusi mungkin ;). Selepas ini gigi apakah yang akan muncul. Apakah gigi geraham lagi ataupun gigi taring? Sama-sama kita nantikan lagi carta perkembangan fizikal seorang Muhammad ;).

Suka ibu catatkan secara terperinci sebagai rekod istimewa mujahid sulung. Bila Muhammad meniarap, merangkang, memapah, bertatih, berjalan, tumbuh gigi, semuanya ada kenangannya disini. InsyaAllah sehingga 2 tahun sahaja mungkin direkodkan sesuai dengan masa Muhammad putus susu dengan izin Allah. Itu sahaja untuk kali ini. Alhamdulillah gigi semakin banyak, mudah-mudahan dikurniakan lidah yang fasih dan suara yang elok untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Rasulullah SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam tidak lama lagi insyaAllah.

Anak teruna yang teramat pemalu orangnya tetapi banyak celotehnya sekarang bak kata nenek usrah Muhammad malam semalam di dalam bulatan gembira kita, Muhammad sedang dalam latihan untuk bercakap. Kata mereka, Muhammad menyambut nenek dan makcik-makcik dengan bahasa jerman ;).

7.2.12

SETAHUN SETENGAH

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah Allah sampaikan usia Muhammad menginjak ke setahun setengah pada hari ini mengikut perkiraan hijrah. Allahuakbar! Muhammad melepasi fasa sarjana penyusuan susu ibu dengan bergaya. Tinggal satu semester lagi untuk melengkapkan 2 tahun penyusuan walaupun dengan bantuan makan secara berjadual setelah setahun 4 bulan yang lalu.

Taliah Hayat
Muhammad masih punya stok susu yang berbaki pada tahun lepas. Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan dan kegigihan buat ibu untuk membuat stok cuti hujung tahun lepas. Kesannya, stok susu Muhammad masih berbaki hingga ke hari ini dan Muhammad masih boleh menikmati susu ibu dirumah mak dan abah Muhammad. Memandangkan kuantiti susu ibu semakin berkurang, ada juga ibu dapatkan sedikit maklum balas daripada rakan-rakan maya ibu yang masih gigih menyusukan dan dibantu dengan susu formula dirumah pengasuh. Hasil dapatan ibu, anak-anak dibawah umur setahun, mudah menerima susu bantuan (susu segar mahupun susu formula) berbanding anak-anak yang melebih setahun. Anak-anak yang melebihi setahun mungkin sudah mengecam rasa dan mereka hanya mahukan susu ibu sahaja. Payah juga apabila memikirkan Muhammad mula menginjak 2 tahun nanti. Ibu dan ayah sedang mencari-cari formula untuk menjinakkan Muhammad selain dengan susu ibu. Ibu dan ayah juga perlu mengambil kira faktor pembesaran Muhammad. Susu bukan hanya diperlukan setakat anak berusia 2 tahun malah ibu dan ayah perlu memastikan kelangsungan sunnah Rasulullah SAW ini selepas anak-anak melepasi usia 2 tahun.

Talian hujung hayat yang entah dapat bertahan sampai bila.

Semangat Makan
Muhammad makan dengan bersemangat. Bak kata ummi auni, dimana ada makanan, disitu ada anaknya. Begitu juga dengan Muhammad. Apa yang paling merisaukan ibu dan ayah, apabila kerusi dimeja makan dialihkan jauh daripada meja, Muhamamd sudah bijak menarik kerusi hampir kemeja makan sebelum memanjat menjengah ke atas meja, kalau-kalau ada rezeki terletak diatas meja. Muhammad memerlukan makanan sentiasa ditangan untuk dikunyah. Mungkin kerana 2 geraham lagi mahu muncul. Alternatifnya, ayah membelikan buah-buahan sebagai jajan Muhammad. Setakat hari ini, Muhammad masih belum pandai makan makanan ringan dan hanya minum susu ibu dan air masak yang dicampur air zam-zam. Setiap kali mencapurkan air zam-zam di dalam air masak Muhammad, hati ibu tidak henti-henti berdoa, semoga air ini mencukupkan zat susu ibu untuk Muhammad.

Bercakap
Bercakap? Masih belum. Hanya beberapa perkataan yang boleh ditangkap. Belum lancar bagai orang bercakap. Apabila Muhamamd sudah terjaga dari tidur, Muhammad akan berkata 'bangun' kepada ibu sambil mencungkil mata ibu supaya terbuka ;D. Ramai yang menanti Muhammad bercakap. Makcik-makcik usrah, nenek dan ramai lagi. Nenek sudah tidak sabar menanti Muhammad untuk menghafal Al-Quran. Muhammad masih difasa berceloteh dan pandai memulakan berbicara dengan orang asing dengan bahasa tersendiri. Nenek ada berkata semalam, ni yang orang tua-tua cakap, kalau cepat dapat kaki, bercakap lambat sikit. Wallahua'alam. Perkembangan yang berbeza bagi semua bayi. Ada yang cepat itu, lambat ini. Ada yang lambat itu, cepat yang ini. Semuanya adalah rahsia Allah yang pasti punya hikmah tersendiri. Mudah-mudahan sebaik sahaja Muhammad dikurniakan mulut untuk bercakap, hanya kata-kata yang baik yang keluar dari mulut Muhammad. Semoga dikurniakan kefasihan lidah untuk mengalun dan mengamalkan kata-kata Allah dengan sebaik mungkin. Pandai bercakap terus pandai mengaji dan menghafal!

ABC?
Ada kawan ibu yang menelefon bertanya khabar. Rindu rasanya. Geng ibu-ibu semasa dizaman belajar. Makan, bersahur, berbuka bersama-sama. Kawan ibu ada bertanyakan Muhammad sudah pandai ABC ;). Ibu ketawa kecil kerana sememangnya ibu mahupun ayah tidak pernah pun mengajar Muhamamd ABC. Alif ba ta, wahid isnani salasa adalah. ABC, one two three masih belum proses ;D. Baiklah matlamat jelas tanpa disuluh ibu ayah adalah Al-Quran. Jadi, Muhammad diajar untuk mendengar yang berkaitan dengan Al-Quran. Tiada aspek penekanan. Apabila Muhammad sibuk bermain, ibu dan ayah akan membukakan CD Al-Quran di radio. Begitu juga semasa Muhammad sedang mamai mahu tidur. Sama juga di dalam insyirah. Muhammad juga lebih banyak menonton kanak-kanak yang mengaji, azan di youtube selain kartun upin ipin versi arab. Selain itu, kelebihan kita di bayt al-iman, Muhammad tidak terdedah dengan suara TV, jadi kuranglah sedikit gangguan bunyi selain bacaan Al-Quran. Mungkin asbab Al-Quran, Muhammad tidak boleh duduk lama dipasaraya mahupun dirumah orang termasuk rumah nenek. Muhammad akan cepat meragam untuk balik dan seperti biasa Muhamamd akan membaik sebaik berada di dalam perut insyirah. Untuk duduk berteleku mengajar Muhammad iqra' seperti ketika Muhamamd 8 bulan dahulu, amatlah mustahil diusia ini. Muhammad lebih suka membawa lari buku, kad, iqra' dan membaca dengan lagunya sendiri. Biarlah Muhammad dengan cara Muhammad sendiri. Janji ibu dan ayah dengan usaha kecil kami berusaha mengembalikan generasi Al-Quran yang unik persis zaman awwal insyaAllah!

Ibu dan ayah hanya orang biasa dengan kefahaman agama yang sangat minimun. Namun, mudah-mudahan dengan kefahaman agama yang minimum ini, Allah kurniakan kekuatan untuk beramal sesuai dengan ilmu yang sedikit ini. Ibu dan ayah tidak mahu mujahid-mujahiddah ibu mengulangi kesilapan yang sama seperti zaman kecil ibu dan ayah dahulu. Bukan mahu menyalahkan didikan ibu bapa kami, namun ianya merupakan ilmu termahal yang mengajar ibu ayah erti kehidupan beragama dan Allah mengurniakan pengalaman itu sebagai panduan berguna untuk ibu dan ayah dalam mencorakkan mujahid-mujahiddah ibu ayah menjadi bukan sahaja muslim malah mukmin dan mukminah yang dicintai Allah dan Rasul. Semoga Allah redho akan kita dan Rasullullah SAW memberi syafaatnya buat kita dan orang-orang islam keseluruhannya insyaAllah!

KASIHANILAH LELAKI

Jalan ke syurga adalah sesuatu yang sukar. Keterikatan antara lelaki dan perempuan, mempunyai daya tarikan bukan sahaja di dunia malah lebih lagi di akhirat. Jom muhasabah diri dengan artikel di bawah yang saya salin terus dari blog UAI.

4 JENIS LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam.

Bukan mudah menjadi lelaki yang tidak dayus.

6.2.12

TULSA JOGGER

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah hari sabtu hingga ahad semalam, kita sekeluarga bermusafir di kampung moyang Muhammad untuk menghadiri kursus ilmu pada sabtu malam dan terpaksa juga bermalam disana kerana keesokan harinya moyang saudara Muhammad yang juga nenek saudara ibu mengadakan kenduri walimah untuk anak bongsunya. Kita tidak bermalam dirumah nenek ibu kerana orang rewang disana. Kita menempah sebuah bilik sekadar untuk bermalam sahaja. Tambah lagi, kursus ilmu tersebut tamat hampir 11 malam.

Jadi, petang sabtu tersebut selepas menyewa sebuah bilik untuk bermalam yang berdekatan dengan rumah nenek ibu, kita ke Jusco untuk melihat-lihat stroller yang dicari. Hampir 2 jam kita berjalan terus ke tempat yang dituju, pelbagai jenis stroller pengunjung yang ibu perhatikan. Secara tidak langsung, ia merupakan review untuk ibu dan ayah. Ada jenama mahal Quinny, tidak kurang yang memakai SCR1 mahupun SCR5. Pendek kata senarai stroller yang berada di entry STROLLER, semua ibu dapat melihat gaya persembahannya.

Sampai sahaja ditempat bayi dan kanak-kanak di bahagian stroller, Tulsa Jogger sedang menanti di barisan pertama dengan harga RM119. Beza RM20 dengan harga online. Kita jalan ke barisan kedua, disana terdapat SCR5 dan SCR1 yang tampak mewah seperti Quinny. Bergerak lagi ke rak bahagian belakang, yang ini ibu dan ayah hanya boleh melihat sahaja. Semua stroller yang ada berharga dari RM500 hingga RM1k dan ke atas pastinya.

Apa yang ibu dan ayah sepakat setelah saling berpandang, kami menuju ke barisan pertama semula untuk melihat Tulsa Jogger yang merupakan paling ringan dan paling murah disitu. Tiada beg untuk travel. Setelah dilipat kemas, apa yang menarik pada ayah, ianya mudah untuk disorong ketika membawanya. Memandangkan pengalaman sebelum ini, Muhammad yang sememangnya tidak boleh lama di dalam stroller selain masa bayi yang sekejap sahaja berlalu dan mengambil kira pandangan rakan-rakan maya yang kebanyakkannya mempunyai pengalaman stroller hanya digunakan sekejap, kami pun membeli Tulsa Jogger berwarna merah dengan harga RM119. Ibu dan ayah membeli atas tuntuntan keadaan nanti mengambil pandangan orang yang berpengalaman dan mudah-mudahan stroller ini adalah yang terbaik disisi Allah insyaAllah!

Gambar  ehsan google. Tulsa Jogger Muhammad masih di dalam perut insyirah. Design seat sedikit berbeza dengan gambar. Mungkin kepunyaan Muhammad design baru yang nampak lebih smart. Seat boleh laras sehingga baring dan amat selesa serta ringan. Sengaja ayah dan ibu memilih merah kerana ianya sesuai sama ada mujahid mahupun mujahiddah ;).

Sebaik membayar, stroller merah tersebut terus digunakan dan seperti biasa Muhammad hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja di dalamnya. Selebihnya Muhamamd bersusah payah berusaha untuk keluar dan tolak stroller berkenaan. Nasib ayah melebihi berat dan muatan, kalau tidak, ayah yang Muhammad tolak ;P. Ayah sibuk melayan Muhammad, ibu pula memang suka duduk di tempat baby lama-lama. Tidak membeli apapun, suka sekadar membelek-belek barang-barang bayi. Penghabisannya ibu hanya membeli stroller Muhammad dan kids magic drawing writing erase smart board sketch yang berharga RM5. Mahu juga membeli permainan lain tetapi dilarang ayah. Jauhi mengajar anak dengan permaian. Ajarkan dahulu Al-Quran. Begitulah nasihat ayah. InsyaAllah berkat melangkah dengan doa masuk tandas ke dalam Jusco, hanya dua benda itu sahaja yang ibu dan ayah beli.

Kids magic drawing writing erase smart board sketch yang berharga RM5 untuk belajar menulis alif ba ta ;).

Ibu masih ingat ayah menyamakan perangai Muhammad yang tidak suka ke pasaraya persis ayah ketika Muhammad memulakan acara pancaragamnya. Kedua insan ini memang tidak betah berada lama di pasaraya. Ayah akan segera mencuit ibu untuk sesegera yang mungkin dan hanya pergi ke tempat yang ingin dituju manakala Muhamamd sama ada tidur ataupun merengek. Apa yang pasti, sebaik berada di dalam perut insyirah, Muhammad akan membaik seperti tiada apa berlaku. Muka tidak bersalah. Kesimpulannya, kedua insan ini sering menjadi asbab ibu tidak berlama-lamaan di dalam pasaraya menghabiskan duit. Cepat kayalah ibu ;D.

Alhamdulillah selesai bab stroller sebagai kenderaan Muhammad yang berfungsi terutamanya ketika Muhammad tidur nanti. Banyak lagi keperluan yang perlu dibereskan dan ibu berharap dengan keterbatasan waktu yang ada, Allah memudahkan kita sekeluarga nanti. Mohon Allah membersihkan hati-hati kita dari segala bentuk hasad dengki, iri hati, prasangka, riya', ujub dan pelbagai lagi penyakit hati yang membuatkan hati hitam yang menjadi punca sukarnya cahaya hidayah untuk menembusinya dan taufikNya untuk melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas. Hanya Allah tempat kami memohon pertolongan dan perlindungan. Kasihanilah kami ya Allah! Kami mohon syafaatmu ya Rasulullah!

4.2.12

STROLLER

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Ibu dan ayah sedang mencari stroller buat Muhammad dan adik-adik insyaAllah. Muhammad amat jarang menggunakan stroller kerana kita sememangnya jarang keluar berjam-jam. Lebih-lebih lagi Muhammad minta diturunkan apabila di dalam stroller. Tidak lama selepas itu, Muhammad pun sudah berjalan. Jadi, stroller kepunyaan maklong yang ada pada kita, ibu serahkan pula kepada makngah, ibu Kaiyisah Zahrah sepupu Muhammad yang memang suka berjalan-jalan makan angin ;).

Namun, stroller ada kepentingannya tersendiri yang ibu tidak nampak sebelum ini dan Muhammad memerlukannya lebih-lebih lagi ketika Muhammad sedang tidur. Jadi, ibu dan ayah berniat mahu membeli sebuah stroller yang ringan dan senang dipikul untuk dimuatkan ke dalam bonet dengan harga yang kami mampu. Ibu pun melihat-lihat review pengguna dan jenis stroller yang ada dipasaran melalui internet berhari-hari dengan keterbatasan waktu. Rupa-rupanya begitu banyak benda-benda canggih dengan harga yang canggih juga. 

Stroller SCR5 ini lebih kurang juga dengan SCR6 hampir secanggih jenama mahal Quinny. Design yang lebih kurang sama tetapi dengan harga yang lebih murah. Jika secara online, ianya dijual dengan harga RM459.00 dengat berat 8 kg. Klik gambar untuk link.

Inilah dia Quinny. Smart! Ianya boleh digunakan untuk infant car seat. Maksudnya bayi selesa dan budak sebesar Muhammad juga selesa. Tidak perlu membeli berasingan. Fungsinya juga lebih kurang sama dengan SCR5 dan SCR6 di atas dan harganya lebih RM1k. Gambar ehsan google.

Baby Stroller 18074
Kali pertama melihat hati sudah terpaut kerana ianya punya beg yang memudahkan terutama ketika untuk travel. Namun handlenya statik, tidak boleh dua arah. Stroller ini berharga RM269.90 dengan berat 7kg. Klik gambar untuk link.

Tulsa Jogger
Tidak lama selepas itu, ibu terjumpa stroller yang seakan-akan stroller di atas yang harganya jauh lebih murah tetapi masalahnya, ibu dan ayah mahukan stroller yang ada beg. Tidak perlu memikul andai tidak digunakan ketika perjalanan jauh. Harganya RM139 dengan berat 5.6kg. Lebih ringan berbanding stroller di atas. Ada sesiapa yang punya stroller sebegini? Adakah ianya didatangkan dengan beg? ;) Klik gambar untuk link.

Seboleh-bolehnya ibu ayah mahu mengecilkan budget. Sekiranya stroller terakhir itu punya beg, sudah tentu kami memilihnya yang jauh lebih murah dan lebih ringan tetapi begitu smart dengan roda tiganya ;). Namun, andai kata stroller terakhir tidak punya beg, kemungkinan stroller ketiga itu yang kami pilih. Terkesan dengan kata-kata seorang blogger semasa ibu google untuk mencari tahu perihal stroller, dia mengatakan anaknya bukannya membesar 24jam di dalam stroller. Benar juga. Kita menggunakan pada masa-masa tertentu sahaja. Namun, beberapa cadangan kawan dan maklong, mereka mengatakan di Jusco punya banyak pilihan dan lebih puas hati kerana sebelum membelinya, kita sebagai pembeli boleh membeleknya. Ditempat kita ini mana ada Jusco T_T.

InsyaAllah kita akan kerap ke rumah moyang Muhammad, nenek ibu nanti. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kekuatan untuk ibu mencari stamina untuk latihan berjalan di Jusco yang memakan 30-40 minit perjalanan dari rumah moyang Muhammad. Bukan berjalan dari rumah moyang Muhammad, tetapi berjalan di dalam Jusco. Aduhai penatnya, ibu lemah betul jalan ditempat yang besar sebegitu ;(. Mudah-mudahan Allah gerakkan hati ibu dan ayah untuk memilih stroller yang terbaik disisiNya insyaAllah!

Yang ini ok juga! ;D 

1.2.12

HIJRAH MUHAMMAD

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah takdir Allah menentukan segalanya dan kepastian itu sesungguhnya daripada Allah dan mudah-mudahan ianya adalah terbaik buat agama Muhammad terutamanya insyaAllah. Kita merancang namun perancangan Allah itu adalah sangat sempurna dan ibu ayah hanya mengharapkan yang terbaik buat perjalanan tarbiyyah Muhammad.

Hari ini merupakan hari ketiga Muhammad dirumah mak dan abah Muhammad. Muhamamd adalah satu-satunya anak yang diasuh mereka. Rumah mereka sangat hampir dengan Bayt Al-Iman kita yang terletak juga berhampiran dengan surau dan abah Muhammad juga merupakan orang yang mengimarahkan surau. Jadi, memang selalulah bertemu ayah. Ayah kata orang-orang yang selalu mengimarahkan masjid atau surau memang tidak boleh lari daripada satu sama lain. Kalau tidak bertemu di masjid ini, akan bertemu dimasjid satu lagi. Begitulah hati-hati mereka Allah ikat cantik diatas jalan ketaatan insyaAllah dan mudah-mudahan sehingga ke akhirnya.

Sesungguhnya sunnatullah hijrah adalah kepahitan diawalnya dan mudah-mudahan manis yang menanti dipenghujungnya. Hari pertama Muhammad melaungkan azan berjam lamanya berserta renang berirama bebas. Kebiasaan berada di tempat baru, Muhammad akan mahu kepada orang lelaki sahaja. Jadi, apabila abah ke tempat kerja, Muhammad pun mulakan acara pancaragamnya. Menurut mak Muhammad, selepas tidur, barulah Muhammad kembali membaik dan mahu kepada kaklong pula. Kemana sahaja kaklong pergi Muhammad akan ikut. Hatta kaklong mengambil wuduk sekalipun, Muhammad menanti dipintu bilik air dengan sabar. Kaklong solat pun Muhammad akan duduk tunggu. Kaklong sedang menanti keputusan SPM. Setiap petang kaklong ada kelas menjahit bersama mak. Minggu hadapan pula kaklong akan memulakan latihan memandunya untuk mendapatkan P. Ibu harap Muhammad baik-baik sahaja dengan mak nanti.

Hikmah dirumah mak dan abah Muhammad, rumah mereka dihuni oleh ustaz-ustazah kecil. Muhammad kini punya 3 kakak dan seorang abang ekspress ;). Abang Muhammad juga dipanggil Muhammad oleh mak dan abah. Sekarang abang Muhammad kepada Muhammad ini sedang menuntut di Tahfiz Medik dan apabila ibu bertanya kepada mak Muhammad, abang Muhammad telah menghafaz 11 juzuk Al-Quran diusia 9,10 tahun mungkin kini. Subhanallah! Menurut ayah yang berbual dengan abah Muhammad, sekiranya abang Muhammad termakan makanan yang tidak halal dan tidak sihat, dia akan muntah dan mengeluarkan makanan tersebut semula. Kurniaan Allah. Badannya tidak menerima apa-apa makanan yang tidak halal dan tidak toyyibah. InsyaAllah lagi 2 tahun ibu rasa abang Muhammad dapat melengkapkan hafalan 30 juzuknya insyaAllah. Kaklong pula lepasan sekolah arab. Kakak ketiga juga sedang belajar disekolah arab. Kakak bongsu sahaja masih bersekolah rendah di tahun 5 jika ibu tidak silap. InsyaAllah peluang keemasan Muhammad untuk belajar bahasa arab mudah ;). Kucing-kucing mereka pun dinamakan dengan nama arab. Manis sungguh ;). Ketiga-tiga kakak ekspress Muhammad, ibu dan ayah pernah bertemu tetapi abang Muhammad sahaja yang masih belum ketemu kerana dia tinggal di asrama.

Hanya satu yang mampu ibu katakan mengenai keluarga baru Muhammad iaitu 'keberkatan'. Walaupun sedikit tetapi cukup. Abah bekerja dan mak Muhammad membantu dengan menjahit. Namun, anak-anak mereka mampu disekolahkan di sekolah arab dan tahfiz medik yang yurannya perlu dibayar setiap bulan. Ibu terus terkenangkan nenek dan atok semasa diawal perkahwinannya. Nenek juga membantu dengan mengasuh anak kecil, menjahit dan sebagainya. Sehingga kini juga nenek seorang yang berdikari. Contohnya, nenek menanam sayur-sayuran bagi mengecilkan perbelanjaan rumah. Apabila sedikit itu cukup maka tidak lain ianya adalah keberkatan. Ayah selalu berkata, penyelesaian bagi setiap kesempitan adalah kembali kepada Allah. Kembali koreksi diri. Jadikan solat berjemaah, solat malam, solat-solat sunnat amalan yang berterusan. Ramai orang yang boleh mendengar ceramah, kuliah agama tetapi berapa ramai yang mampu mengamalkannya. Contoh termudah tuntutan solat berjemaah bagi lelaki. Peringatan buat diri ibu juga yang sentiasa lalai lagi lega kerana kita manusia biasa pasti punya kelemahan dan kekurangan.

Ibu teringat kisah SEDIKIT, NAMUN MENCUKUPI yang termuat dikulit belakang majalah solusi isu 40. Ketika Rasulullah SAW dan para sahabat menggali parit sebagai benteng pertahanan untuk persediaan peperangan, baginda dan para sahabat terpaksa mengikat perut masing-masing dengan seketul batu akibat menahan kelaparan yang teramat sangat. Melihat keadaan yang sangat memilukan, sahabat yang bernama Jabir ra memohon pulang untuk melihat-lihat apa-apa makanan yang tersisa dirumahnya. Sesampainya Jabir dirumah, isterinya menyatakan yang mereka hanya punya secupak gandum dan seekor kambing betina yang sangat kecil. Jabir segera menyuruh isterinya memasaknya untuk dijamu Rasulullah SAW dan  cukup untuk beberapa orang sahabat sahaja. Jabir pun mengkhabarkan kepada Baginda dan Rasulullah SAW menitip pesan supaya jangan diangkat periuknya dan rotinya sehingga Rasulullah SAW sampai nanti. Jabir begitu cemas kerana Baginda mengajak seramai anggaran 1000 orang Ansar dan Muhajirin yang menggali parit berkenaan. Sampai sahaja dirumah, Rasulullah SAW terus meludah ke dalam doh gandum dan periuk berisi daging kambing sambil mendoakan keberkatan makanan tersebut. Subhanallah! semua sahabat yang berpenat lelah dan kelaparan itu tadi dapat makan sehingga kenyang dan apa yang lebih menakjubkan adunan gandum dan masakan kambing yang sedikit tadi seolah-olah tidak terusik. Sedikit namun mencukupi. Teringat kisah makan di dalam talam. Walaupun lauknya sedikit namun sentiasa mengenyangkan kerana keberkatan berkongsi ;).

Bukan mudah bertemu pengasuh. Ayah dan ibu memikirkan faktor Muhammad yang akan menangis untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Namun Alhamdulillah Muhammad dapat melepasi fasa ini dengan baik dengan izin Allah. Memang ada niat ibu dan ayah untuk menaikkan harga mengasuh apabila imbuhan bulanan bertambah. Maklum kos sara hidup yang semakin bertambah. Rezeki mak abah Muhammad insyaAllah kerana kemungkinan Februari ini kenaikannya. Mak melayan Muhammad juga seperti anak-anaknya. Pakaian Muhammad dicucinya. Muhammad lebih teruja dengan makanan dirumah mak berbanding bubur bekalan Muhammad setiap hari. Sabar sahajalah ;). InsyaAllah kualiti masakan semestinya terjaga kerana mereka juga bermatlamat yang sama dengan kita insyaAllah ;).

Ibu sangat terkesan dengan kata-kata mak Muhammad semasa kali pertama bertemu. Ketika itu ayah hanya bertanya ciri-ciri pengasuh yang dicarikan kepada abah. Semestinya ayah dan ibu sebolehnya mengelak orang lelaki yang merokok kerana kesan asapnya, ibu dan ayah sendiri tidak tahan apatah lagi anak-anak kecil. Kasihan mujahid-mujahidah ibu ayah nanti. Semasa kami berbual mengenai sekolah, mak Muhammad berkata, targetnya bukan mahukan anak-anak yang berjaya akademik tetapi tumpuannya adalah anak-anak soleh solehah yang menjadi manusia. Akidah dan akhlak itu yang terpenting. Itulah yang sedang mereka usahakan. Sama seperti matlamat ayah ibu. Kami percaya dengan mantapnya aqidah dan akhlak, insyaAllah semua segi Allah akan tolong dan dunia akan makmur dengan manusia-manusia yang baik isnyaAllah! Hati ayah dan ibu lebih memberat untuk meminta mak dan abah Muhammad yang mengasuh Muhammad dengan syarat-syarat mak abah Muhamamd dan dipersetujui kedua belah pihak. Alhamdulillah hari Sabtu sebelum sesi persekolahan bermula selepas raya cina, abah dan mak Muhammad bersetuju. Lega hati ibu lebih-lebih lagi ayah.

Hijrah Muhammad adalah ketentuan Allah. Hamba bertanya, Allah menjawab dan insyaAllah inilah jawapan Allah kepada kita. Mudah-mudahan Muhammad, ibu dan ayah dapat meneguk ilmu orang-orang soleh yang lebih berpengalaman dalam membesarkan anak-anak insyaAllah. Ilmu bukan sahaja diterima disekolah malah ilmu yang lebih mahal adalah ilmu kehidupan, andai manusia mengerti hakikat penciptaan manusia. Mudah-mudahan ini adalah jalan yang Allah lorongkan buat Muhammad dalam meniti jalan-jalan generasi Al-Quran yang unik persis zaman awwal insyaAllah!

Setiap kali Al-Quran ibu Muhammad 'pinjam' sehingga berubah tempat dan tertanggal helaian mahupun hilang hujung halaman, hati ibu sentiasa mendoakan yang Al-Quran adalah teman Muhammad dan adik-adik yang paling karib sehingga Muhammad dapat menghafal dan mengamalkannya dari kulit ke kulit insyaAllah!