2.1.15

MENDIDIK HATI UNTUK MALU

Hari ini hari bertemu adik-beradik keluarga gembira (usrah) setelah sekian lama memberi laluan rehat dengan aktiviti kekeluargaan masing-masing. Hari ini adik-beradik usrah kami berehat di TTM. Antara isu-isu yang kami bincangkan, pastinya isu semasa negara kita seperti banjir, kapal terbang terhempas dan didikan hati.

Kesimpulannya, kecanggihan teknologi yang mana semua benda dihujung jari jika tidak dikawal dengan hati yang bagus, ianya mampu menjerumuskan kepada malapetaka yang besar buat hati malah melumpuhkan jaringan sosial nyata pada hari ini serta mengikis sifat malu.

Menurut salah seorang adik-beradik kami, dunia tanpa sempadan internet menyaksikan kita sedang dididik untuk mengikis sifat malu sehinggakan semua cerita yang bersifat malu, tanpa malunya dihebahkan. Contohnya alat menentukan kehamilan yang padanya bersifat malu, tidak lagi menjadi malu untuk tatapan umum.

Malu itu letaknya di hati. Hati yang malu kepada Allah, akan lebih sensitif.

No comments: